Suami Isteri Panggillah Pasanganmu ‘Sayang,’ Hubungan Jadi Lebih Erat, Rasa Lebih Disayangi & Dihargai
Suami isteri, tahukah anda betapa penting sebenarnya panggilan sayang pada pasangan dalam hubungan suami isteri. Panggilan sayang ini merupakan salah satu panggilan manja buat pasangan selain baby, honey, abang, hubby dan sebagainya. Percaya atau tidak dengan membiasakan diri menyebut panggilan manja ini, ia mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri agar rasa lebih disayangi dan dihargai.
Janganlah masa zaman bercinta je, bersayang-sayang bila dah kahwin ada anak, panggilan sayang pun hilang.Digantikan dengan abahnya, maknya.. langsung tak sweet.
KATA-KATA POSITIF YANG BERI KESAN PERILAKU MANUSIA
Menurut Elite Daily dalam penelitian yang dilakukan oleh Harvard Law School, panggilan yang mempunyai unsur romantik dan lucu dikategorikan sebagai kata-kata yang positif yang memberi kesan terhadap perilaku dan keputusan yang dibuat oleh seseorang.Ia mewujudkan sebuah perasaan yang menyenangkan dan menenangkan dalam fikiran seseorang.
Ads
Walaupun nama panggilan yang diberikan kepada pasangan terdengar ganjil atau aneh, ia menunjukkan satu aras yang baik terhadap hubungan yang dimiliki oleh seseorang.
Satu penelitian yang dilakukan oleh Elizabeth Landau menunjukkan bahawa nama panggilan sayang terhadap pasangan merupakan tanda sihatnya sebuah perhubungan itu.
Ads
KESAN BAHAGIA DENGAN PANGGILAN ‘SAYANG’
Hasil yang positif mengenai panggilan sayang ini turut disokong oleh Pepper Schwartz dari University of Washington di Seattle. Dalam kajian yang dilakukannya terhadap 100 ribu pasangan, 76 peratus pasangan berpendapat mereka bahagia dengan gelaran dan panggilan sayang yang diberikan oleh pasangan mereka.
Ads
Panggilan tersebut digunakan sebagai pengingat tentang kedekatan dan betapa pentingnya hubungan yang mereka miliki. Hasilnya, mereka selalu bersama untuk saling melindungi dan mencintai.
Kesimpulannya, rajin-rajinkanlah diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang. Lagipun kata-kata tu kan satu doa. Semoga berkekalan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan nanti.
Sumber: Elite Daily
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perubahan pada dekorasi bilik tidur ini nyata cukup simple namun cantik dan kemas. Menurut Rose Elle idea untuk berbuat demikian memandangkan bilik tidur tersebit sudah lama terbiar usai arwah ibunya meninggal dunia.
Bilik ni sudah lama terbiar sejak arwah mak meninggal. Rumah kampung je. Tp sayang kalo xdigunakan . Banyak barang2 dalam ni di serang anai Sebagai penjaga umah pusaka ni, apa salahnya melabur skit utk berikan sentuhan untuk bilik tidur yg selesa. Inspirasi dari studio ikea. Hihihi.
Perjalanan pasangan ini dalam mendapatkan zuriat cukup berliku. Lima kali dikurniakan cahaya mata namun takdir Allah semuanya dijemput Ilahi sebelum sempat menjengah dunia.
Namun, tidak sedikit pun timbul keluhan jauh sekali meratapi akan nasib diri. Sebaliknya, pasangan ini terus berusaha dan tidak putus asa memohon pada Yang Esa.
Nyata doa mereka dimakbulkan bila mana lahirnya seorang putera melengkapi hidup pasangan ini. Ikuti kisah yang dimuat naik puan As-syahidah Dukturah Inirah dalam facebooknya. Cukup berinspirasi buat pasangan lain yang masih berusaha untuk memiliki cahaya mata.
KERANA TAKDIR ALLAH SELALU INDAH.
Alhamdulillah segala kesusahan dan kesulitan terasa ringan setelah melihat wajah yang tidak berdosa. 1. Wan muhammad asdaq, 17w, 240g 2. Wan muhammad ahmas, 19w, 270g 3. Thuwaibatul aslamiah, 20w, 290g 4. Wan muhammad aman, 23w, 400g
#5. WAN AHMAD DIHYAH KHALIFAH BIN WAN MUHAMMAD SILMI, 12/10/20, 37w1d, 2.78kg, baby boy
We did it!! Perkenalkan putera ke lima kami, tapi yang pertama di dunia. 😊😊😊😊
PERMULAAN pada perjuangan kami untuk anak sulung di dunia ini telah selesai.
Setelah hampir 6tahun perjuangan 😭😭 Namun masih jauh perjalanan di hadapan sana.🤧🤧
Merancang untuk hamil pada bulan 3 setelah perbincangan dgn pakar. Alhamdulillah awal bln 3 disahkan mengandung. Indahnya takdir 😊
Pada awal kandungan, sy bermimpi melihat bulan mengambang, besar dan cerah, saiz nya besar daripada bulan yang kelihatan di dunia ini. Pada saat tu, sy yakin Allah akan beri peluang bagi kami kali ini.
Warded di HUSM selama 16minggu, dari umur kandungan 20minggu sehingga 36minggu. Sempat discaj seminggu, dan selamat melahirkannya pada 37minggu.
Sempat menyambut besday suami d wad korporat (20w-29w stay d wad korporat).
29w ke atas stay dalam wad biasa. Tanpa suami menemani di wad dan waktu bersalin kerana musim covid. Seminggu sekali saja dapat jumpa suami dan mak.
Kisah Saidatina Maryam menjadi penyuluh dan penguat semangat. Beliau menghadapi saat mengandung dan kelahiran seorang diri. Hanya kepada Allah tempat bergantung dan berserah diri.
Kuasa Allah! Doa termakbul bila kandungan dapat bertahan sehingga 37minggu. Walaupun pada usia 33w terpaksa buka ikatan cerclage kerana ada kontraksi pramatang. Alhamdulillah, baby bertahan cukup bulan!
Ok, Covid Gelombang ketiga awak keluar Dihyah 😅
Saat lahirnya Dihyah ke dunia, Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu. Syukurnya, tanpa ucapan yang mampu diungkapkan. Dan perkara pertama yang ku ingat, adalah wajah abang-abang dan kakak nya. Mirip sekali semuanya.
“Dihyah, awak ada kakak dan abang-abang, mereka tunggu kita di sana 😊😊”
Mama takkan lupakan anak2 mama yang sentiasa menunggu kami di sana.
Sekali lagi diuji, belum sempat balik ke rumah, Dihyah ditahan di wad kerana jaundice. Dan sekali lagi, mama seorang diri bersama Dihyah.
Belum sempat rehat mental fizikal, kena kuatkan jiwa sendiri. Air mata tumpah memberi kekuatan untuk bertahan. Sehari bagaikan seminggu. Dan memang seminggu dalam wad 😅😅
Alhamdulillah hari ketujuh Dihyah boleh balik rumahhh!! Terus tahnik.
Dihyah Khalifah merupakan seorang sahabat Nabi, antara yang terawal memeluk agama Islam, merupakan sahabat yang paling tampan (paling mirip wajahnya dengan baginda nabi), malaikat Jibril menyerupai beliau ketika menyampaikan wahyu kepada Nabi.
Semoga Dihyah juga menjadi seorang yg soleh. Aminnn..
*ingin sy kongsikan antara amalan harian kami lakukan sepanjang mengandung. Ikhtiar kami supaya dikurniakan rezeki anak di dunia. Namun, segalanya adalah kehendak Allah jua.
1. Selawat 500x setiap hari 2. Qiamullail, tahajjud, taubat, hajat, witir 3. Baca quran sebelum subuh 4. Sedekah setiap hari, dan jika jumpa dengan org susah, minta mereka doakan kandungan kita selamat 5. Alfatihah 41x selepas solat maghrib beserta doanya 6. Solat hajat 100x qulhuallah 7. Istighfar sebanyak mungkin 8. Membaca alquran sebanyak mungkin, dan dengar Qurantime sebagai pengisian jiwa 9. Solat dhuha 12 rakaat (4/6/8/10 rakaat ikut kemampuan) 9. Doa lah banyak2, karang ayat yang baik untuk dibaca di hadapan Allah, minta kepadanya dengan bersungguh2.
Amalan2 ini semua daripada nasihat2 orang dan ilmuwan sekeliling. Mungkin amalan2 ini blh membantu kalian juga dalam mencapai hajat kalian (jodoh, anak, harta). Semoga ia juga menjadi saham pd kami. 😊
Selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba ini, malaikat kecil, Dihyah.
Doakan anak kami jadi anak yang soleh, dipilih Allah menjadi penolong agamaNya. Amin…. اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل امين
Catatan ini sebagai nukilan mama untuk mama sendiri sebagai memori terindah perjalanan melahirkan Dihyah ke dunia.
Terima kasih ya Allah atas takdirMu yang terindah ini. 🥰🥰🥰
Solat berjemaah suami, isteri dan anak-anak adalah salah satu resipi dalam mengikat hubungan kekeluargaan. Namun, ada antara keluarga yang tidak mengamalkan tip ini, bahkan ada juga yang tidak menunaikan solat 5 waktu.
Menurut Pendakwah dan penulis, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, rumah tangga zaman moden hari ini terlalu sibuk. Tidak kenal rehat. Suami isteri, keluar pagi, balik senja untuk mencari nafkah. Begitu juga anak-anak, pagi ke sekolah, petang kelas tuisyen dan aktiviti-aktiviti kokurikulum lain.
Hujung minggu pula ada kalanya dipenuhi dengan program ziarah keluarga, majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan banyak lagi.
Apabila sibuk sudah keterlaluan, kita tidak akan dapat menikmati hidup. Hidup akan lebih tenang, jelas, teratur apabila kita mula memperlahankan langkah.
Stephen Covey, seorang pakar motivasi Barat menggunakan analogi seorang penebang pohon yang menggergaji kayu selama beberapa hari secara terus-menerus.
Kerja memotong pokok tanpa henti-henti itu membuat mata gergajinya menjadi semakin tumpul. Gergaji yang tumpul itu tidak lagi efektif dan produktif berbanding gergaji yang tajam. Maka, sudah tiba masanya penebang mengasah gergajinya.
Begitulah jua dalam kehidupan berumah tangga perlu ada masa yang diperuntukkan untuk merehatkannya (sementara) agar rumah tangga itu dapat mengembalikan semula kekuatannya. Dalam Islam, rehat itu adalah dengan berzikir.
Rasulullah telah bersabda kepada Bilal, “Wahai Bilal! Bangunlah (untuk azan), rehatkan kami dengan solat.”
Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah bersabda: “Rehatkan kami ya Bilal dengannya, (iaitu dengan sembahyang) wahai Bilal.”
Dan zikir yang paling utama ialah solat. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” (Surah Thaha 20: 14)
Justeru, untuk “merehatkan” rumah tangga kita adalah dengan mendirikan solat. Rumah tangga tidak cukup rehat, umpama pemandu yang sudah keletihan dalam satu perjalanan yang jauh. Dia mungkin hilang kawalan akibat tertidur atau hilang fokus sehingga boleh menyebabkan kemalangan.
Maka begitulah keadaan dalam sebuah rumah tangga yang suami, isteri dan anak-anaknya yang tidak mendirikan solat, maka akan berlaku banyak masalah yang boleh menjerumuskan ke arah kebinasaan.
Tidak lama dahulu, mantan Kadi Besar Negeri Johor, Mohd Nooh Kadri menyatakan bahawa sebahagian besar daripada 3021 kes cerai yang berlaku di Johor pada tahun tersebut terdiri daripada pasangan suami isteri yang mengabaikan amalan solat masing-masing.
“Tiga punca utama penceraian yang banyak berlaku di Johor termasuklah masalah ekonomi, jurang komunikasi serta ketidakpuasan hati dalam perhubungan seks.
“Namun apabila diselami dengan lebih mendalam, setiap permasalahan yang timbul adalah bertilik-tolak daripada amalan gaya hidup pasangan suami isteri yang mengabaikan solat mereka.”
“Apabila ditanya, kira-kira 90 peratus daripada pasangan yang merujuk kes cerai kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) mengaku tidak menjaga solat sedangkan Allah SWT telah berjanji akan memberi jalan penyelesaian kepada umat yang bertakwa,” katanya.
Mengapa tidak solat menyebabkan impak negatif dalam kehidupan rumah tangga? Bila seseorang hamba tidak solat, maka hakikatnya dia telah putus hubungan dengan Allah SWT.
Antara makna solat ialah silah – yakni hubungan. Bila hamba Allah tidak solat, dia akan hilang kekuatannya untuk menghadapi ujian dalam hidup termasuk ujian dalam rumah tangga. Ia akan menjadi gelisah, bimbang, marah, putus asa dan kecewa apabila berdepan dengan masalah rumah tangga.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah. Apabila ia mendapat kebaikan, ia amat kikir kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang tetap mengerjakan solatnya.” (Surah al-Ma‘arij 70: 19-22)
Dengan mengerjakan solat (yakni solat yang khusyuk), terbinalah empat rasa yang sangat penting dalam kehidupan, sama ada yang secara umum atau khususnya di dalam sebuah rumah tangga.