Isteri dan ibu mana yang tak pernah rasa penat bila menguruskan hal rumah tangga. Namun semua itu dilupakan seketika kerana merasakan ianya satu tanggungjawab dalam berkeluarga.
Benar ia satu tanggungjawab tapi isteri kenalah bijak mengawal tekanan dalam diri. Kalau penat, bawa-bawalah rehatkan tubuh dan minda. Suami pula jangan buat tak faham. Jangan sebabkan kita jenis tak ambil kisah sampaikan isteri penat pun kita tak tahu.
Perkongsian Dr Taufiq Razif ini banyak benarnya. Suami kenalah kenal pasti bila isteri penat. Isteri selalunya tak pernah beritahu. Tapi kita kenalah ambil tahu, baru bahagia dunia akhirat.
Terkedu saya bila ramai sangat mengadu tak dapat kawal emosi bila berhadapan dengan anak.
Jadi saya merayu sangat kepada para suami semua untuk tengokkan isteri masing-masing kat rumah sana.
Ads
Isteri ni dia takkan mengadu sangat dia penat. Dia taknak bebankan suaminya tapi kita boleh tahu tanda-tanda isteri dah penat melampau.
Antaranya :
Isteri dah mula banyak mengomel dan membebel daripada biasa
Benda sekecil apa pun boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi
Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab
Mudah jatuh sakit
Wajah jadi redup tak bermaya
Jadi hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau
Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak
Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi
Ads
Cuba peluk si isteri tu sekali sekala dan mintak si isteri ceritakan masalah sebenar. Mintak si dia cerita daripada hati ke hati.
Nanti hujung hujungnya si isteri akan buka cerita juga yang dia sebenarnya tengah penat dan perlukan bantuan si suami untuk uruskan rumahtangga.
Percayalah, emosi isteri akan jadi sangat tak stabil bila keperluan fisiologi (physiological needs ) paling asas seperti tidur, makan dan rehat yang cukup tu kita tak pedulikan.
Ads
Taufiq Razif
Sangat percaya takkan jatuhnya ego seorang lelaki yang belajar untuk memahami isterinya sendiri
Bersama kita saling ingat mengingati agar sentiasa menjaga hati dan memberi perhatian kepada ibu ayah yang semakin berusia.
Ini sebagaimana nukilan yang dikongsikan oleh Hajjah Rohana ini. Mana yang baik jadikan pengajaran untuk panduan bersama.
AYAH IBU TAK PERNAH TINGGALKAN KITA SAAT KITA KECIL, JADI JANGAN TINGGALKAN MEREKA SAAT MEREKA SUDAH TUA
Sebaik apapun pengorbanan ayah dan ibu mu, anak yang tidak bersyukur akan selalu melihat kekurangan dalam pengorbanan itu.
Ada banyak ayah dan ibu yang terbaik di dunia, tetapi hanya satu iaitu ayah dan ibu mu yang terbaik di dunia buat selamanya.
Kamu mungkin sedang bahagia dan gembira bersama sahabat handai, orang atasan atau bawahan, atau juga orang di sekeliling berdekatan.
Tapi ingat!.. di saat kamu sakit atau jatuh, akhirnya hanya ayah dan ibu mu di samping. Adakah ada tulus cinta.. setulus cinta ayah dan ibu mu?.
Bukan kita kena tunggu masa lapang untuk berbakti kepadanya tetapi kita perlu melapangkan masa untuknya kerana masa untuk bersama dengannya itu adalah sekejap tatkala ia tidak sama dengan panjangnya masa yang kita manfaatkan untuk orang lain. Sedarilah.. ayah dan ibu mu sudah tua.
Besarnya pengorbanan seorang ibu, walau dalam kesakitan, namun masih memikirkan anak-anak dan keluarga.
Kisah ibu muda beranak 4 ini diceritakan oleh Dr Zurairah Shahidan, Pegawai Perubatan Pakar, Jabatan Bius & Rawatan Rapi dalam pageMedical Mythbusters Malaysia baru-baru ini.
Menurut Dr Zurairah, pesakit ini sedang mengandung anak kelima dan ditahan di wad akibat jangkitan kuman di dalam darah. Namun meminta izin untuk pulang ke rumah untuk melihat anaknya.
“Doktor, saya nak mintak balik rumah hari ni boleh?Suami dan mak mertua saya dah bising, anak saya dah 2 malam asyik menangis tak mau tidur.” Tersentak saya mendengar permintaan itu.
Ibu muda beranak 4 ini sedang mengandung anak ke 5 mereka. Usia kandungan 28 minggu. Beliau di masukkan ke dalam ICU disebabkan jangkitan kuman di dalam darah. Sepsis.
ICU= Intensive Care Unit Unit Rawatan Rapi.
Betapa rapinya rawatan di sini sehingga setiap denyut nadi pesakit di perhatikan. Sehingga setiap titik air yang keluar masuk daripada badan pesakit di kira. Tiada pesakit yang tidak tenat saja-saja dimasukkan ke dalam ICU. Setakat sakit biasa-biasa, tidak perlu di rujuk kepada Pasukan Bius & Rawatan Rapi. Hanya bila keadaan pesakit kritikal.
“Maaf Puan, kami tak boleh benarkan. Keadaan Puan masih kritikal.”
Demamnya masih tinggi, 39.6oC.
Nafasnya laju, kerana darahnya berasid disebabkan jangkitan kuman lalu paru-paru bekerjasama dengan buah pinggang untuk mengurangkan tahap asid dalam darah.
Tekanan darah juga rendah perlukan ubat sokongan. Jantung berdenyut sangat laju. Kuman juga hidup riang di dalam sampel darah pesakit yang di ambil.
Antibiotic yang di berikan untuk membunuh kuman pun baru dua tiga hari diberikan.
“Susah doktor..anak saya tu baru setahun, dia memang menyusu badan dan tidur dengan saya malam-malam. Dia tak mahu dengan suami atau neneknya..”
Adei..parah..
“Adik, awak ni masih letih, bernafas pun laju tercungap-cungap perlu oksigen..macamana awak nak balik rumah?”
Dia terdiam. Angguk.
“Boleh ka doktor terangkan kepada suami dan mak dia? Tadi mereka datang marah-marah saya sebab saya tak sihat dan tak boleh balik rumah lagi..”
“Boleh adik. Nanti saya bercakap dengan mereka. Adik berehat lah dulu ya? Jangan fikir banyak sangat..kesihatan awak tu lebih penting..Doa minta Allah mudahkan semuanya, ok?”
Begitulah nasib seorang isteri dan juga seorang ibu yang baik. Hal kepentingan diri dia, sentiasa dia letakkan belakang sekali. Dah lah sedang mengandung, sakit tenat sampai kena masuk ICU, anak menangis di rumah pun suami nak dia settle kan juga?? Apa guna awak jadi bapa dia kalau macam ni pun masih kena isteri buat semuanya??
Cuba fikir dalam-dalam, lagi susah ke lagi senang hidup awak kalau awak paksa isteri balik rumah juga dan kemudian keadaan dia makin teruk sehingga tidak dapat diselamatkan? Anak yang dalam perut tu dah pergi bersama dengan ibu dia. Anak awak yang paling besar baru darjah 1. Yang kecik sekali baru umur setahun dan masih menyusu.
Hanya kerana awak tak dapat tidur malam sebab anak awak meragam, awak hilang terus isteri awak tu selamanya. Anak-anak awak turut kehilangan ibu kandung mereka.
Memang la isteri awak tu wonder woman. Semua dia boleh buat. Tapi kekuatan dia pun ada limit juga. Berkorbanlah sedikit masa tidur tu. Tunaikanlah janji nak bersusah senang, sehidup semati dengan isteri awak tu.
Kerja suri rumah, penat. Isteri seorang yang buat memang tak cukup tangan. Perlukan bantuan suami. Kalau mampu carikan pembantu untuk isteri, lakukanlah. Jika tidak, awak sebagai suami lah tolong dia uruskan rumah . Awak sebagai bapa lah tolong uruskan anak-anak.
Ini tidak.
Anak nak ada ramai-ramai. Setahun dua dah nak tambah anak. Isteri awak buat macam dia orang gaji. Bila dia tak sempat urus diri, kurang menarik awak pergi cari tarikan kat tempat lain. Sedangkan masalah ni bermula puncanya daripada suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dia dengan betul.
Ada baca perkongsian seorang bapa hari tu, anak perempuan dia yang masih kecil cakap kepada dia, nanti besar dia nak jadi lelaki lah, senang. Kenapa senang? Sebab papa lelaki, balik rumah je boleh rehat main-main telefon. Kalau jadi ibu semua kena buat. Letih! Baik jadi lelaki.
Agak-agak daripada mana anak tu belajar kalau bukan daripada contoh teladan sekeliling dia? Tak hairan lah kalau sekarang ni banyak kes kecelaruan gender.
Dalam setiap perkahwinan ni kena ada semangat kerja berpasukan. Saling bantu membantu, saling bertolak ansur, saling memahami, tidak mementingkan diri sendiri, tidak menjulang ego sendiri, kena sentiasa ada komunikasi yang baik terutama di antara suami dan isteri.
Mohon layan isteri anda dengan baik dan adil. Jangan biar isteri anda merana dalam diam. Dia boleh bersabar. Namun sabarnya ada limit.
Dia boleh redha dengan nasibnya di dunia. Sebab dia tahu, Allah nanti bagi dia pilihan di akhirat untuk kekal bersama dengan suami dia ni, ataupun pilih yang lain yang lebih best lagi.
Nukilan hati salah seorang “wonder woman”:
Dr Zurairah Shahidan
Pegawai Perubatan Pakar
Jabatan Bius & Rawatan Rapi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak yang masih kecil, sudah tentu memerlukan pendekatan yang berbeza untuk memberikan pendidikan seksual ini.
Malah bukan mudan untuk mendidik anak untuk mengelak daripada gangguan seksual. Ini bagi memberi kesedaran kepada kanak-kanak bahawa perbuatan itu adalah salah.
Jenayah seksual yang semakin berleluasa menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan juga pendidik. Isu pedofilia yang menular sejak akhir-akhir ini juga menarik perhatian semua pihak termasuk ibu bapa dan pendidik.
Jika sebelum ini anak-anak kecil tidak tahu bahawa ‘sentuhan’ mana yang boleh dan tak boleh, jadi dengan pendudukan seksual ini amat penting untuk memastikan keselamatan anak pada setiap masa walau di mana mereka berada.
Menarik dengan perkongsian video yang dipaparkan oleh seorang guru menerusi facebooknya, Ferdy Cikgu Celebrity menunjukan cara untuk mendidik anak-anak kecil mengenai pendidikan seksual.
Dalam video berkenaan, Cikgu Ferdy menggunakan carta anggota badan dan menghuraikan dengan cara penyampaian yang menarik.
Malah, bahasa yang digunakan ringkas dan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak.
“Lucah itu maksudnya memegang bahagian sensitif.”
“Kalau ada orang nak cium, tak boleh!”
“Mana boleh pegang dada kita.”
Dalam pada itu, dia menunjukkan aksi tanda ‘tidak boleh’ sambil diikuti oleh murid-murid di kelasnya. Kelihatan, muridnya memberikan perhatian dalam sesi pembelajarannya.
Moga video ini menjadi manfaat untuk ibu bapa mendidik anak-anak mengenai bahagian yang tidak boleh di sentuh.
Sentuhan tidak selamat
Apa yang pasti, anak-anak perlu diberi pendedahan mengenai tips keselamatan diri bagi tujuan perlindungan daripada jenayah seksual yang semakin membimbangkan.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.