Sejujurnya besar juga pengorbanan yang dilakukan oleh encik suami sepanjang musim PKP ini bagi memastikan keperluan keluarga dapat disediakan dan kesihatan sentiasa optimum.
Namun mungkin ada yang tidak sedar, mereka juga adalah frontliner dalam sebuah keluarga. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Sarah ini.
Diharapkan perkongsian ini lebih ramai yang peka dan sekali gus kita tahu menghargai usaha yang dilakukan oleh seorang suami, ayah dan bapa.
Jom semak perkongsiannya ini.
Berapa ramai yang sedar. Salah seorang frontliners adalah our Hero.
Suami kita.Ayah anak anak kita.Dan ayah kita.
Mereka juga frontliners yang sebenar.
Perintah MCO meletakkan tanggungjawab dibahu mereka untuk sedaya melindungi isteri dan anak-anak dirumah.
Ads
Mereka terpaksa keluar rumah, kalau sebelum ini bekerja.Tetapi kali ini mempercukupkan keperluan kita dirumah. Kadang mereka meringankan kerja kita.
Membasuh kain, mencuci pinggan mangkuk, memasak dan menyapu.
Mereka lebih banyak belajar cara menguruskan rumahtangga sepanjang mco ini.
Ada yang jadi paranoid. Beli vitamin c, spend duit untuk supplement anak isteri beratus ringgit. Supaya mereka sentiasa sihat. Kalau sebelum ini hanya tahu pergi balik kerja, kali ini duduk semeja mengajar anak mengira.
Percayalah.Mereka juga frontliners yg sebenar. Kerna mereka sedaya memastikan anak isteri mereka berada aman dan sihat.
Ads
Mereka belajar mengenal kunyit, halia dan belacan.Mereka pandai menggoreng ikan.Siap pandai menguli tepung.
Ye. Dia frontliners yg memastikan kita sihat sejahtera.
Beruntung para isteri.Waktu ini di pasar pun kaum adam yg ramai.
Suami soleh merata-rata.
Allah jaga pandangan mereka dari wanita yg seksi.Allah jaga anak dara mereka untuk tetap dirumah.
Saya memang suka tanak labu bawang putih yang sudah dibersihkan dalam nasi yang hampir-hampir selesai proses memasaknya. Saya suka rasa lemak berubi bawang putih yang sudah empuk. Apa lagi jika dinikmati bersama nasi berperisa seperti nasi ayam (👇🏻), nasi beriani, nasi daging, dan sebagainya.
Tahukah anda, bawang putih yang diambil mentah dan dimasak mempunyai khasiat yang berlainan? YA. Kepada yang terlepas perkongsian saya sebelum ini, jom baca
Bawang putih
Bawang putih (garlic) mempunyai nama saintifik Allium Sativum yang berasal dari tumbuhan famili Amaryllidaceae. Bawang putih mampu memberikan manfaat kesihatan jika diambil bertujuan jelas dan dengah cara yang betul. Di sini pentingnya pemahaman sifat kimia bahan aktif dalam bawang putih supaya bukan hanya kesan placebo yang diperolehi.
Bahan kimia aktif utama dalam bawang putih ialah allicin. Ianya sejenis bahan kimia organik bersulfur (organosulfur) yang mempunyai bau tengit dan berasa pedas menyengat. Bahan kimia aktif ini terbentuk hasil tindakbalas bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase.
Seperti di dalam tumbuhan bebawang lain, kedua bahan kimia pencetus (alliin dan enzim alliinase) terpisah di ruang masing-masing dalam sel.
Semasa proses mencincang/melenyek bawang putih, sel-sel akan terpecah menyebabkan dua bahan kimia ini terbebas dari ruang masing-masing dan bertindakbalas membentuk bahan kimia aktif allicin.
Disebabkan ketidakstabilan, allicin kemudiannya akan melalui beberapa fasa perubahan struktur molekul membentuk pelbagai bahan kimia organosulfur berkaitan yang mana memberikan kepelbagaian kepada bau dan rasa bawang putih ini.
Bolehkah bahan kimia aktif allicin terhasil tanpa memusnahkan sel bawang putih?
Tidak. Proses biosynthesis penghasilan allicin hanya akan berlaku apabila sel pada bawang putih dimusnahkan dengan aktiviti memotong, melenyek, mencincang atau menumbuk.
Semakin banyak sel yang dimusnahkan (semakin lumat), semakin tinggi potensi untuk bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase bertemu. Maka, semakin banyak allicin akan terhasil.
Jelas di sini cara pengendalian bawang putih sangat penting untuk penghasilan bahan aktif yang optimum. Tambahan pula, cara mengunakan bawang putih juga penting.
Masak bawang putih
Apakah akan berlaku apabila bawang putih diMASAK (rebus, panggang, goreng)?
👉🏻 Tanpa daya memusnahkan sel bawang:
Apabila sel bawang putih tidak dimusnahkan, bahan kimia pencetus alliin tidak akan bertemu dengan enzim alliinase, dan bahan kimia aktif allicin TIDAK akan terbentuk.
Apabila diikuti dengan aktiviti memasak, enzim alliinase akan termusnah (denatured). Enzim ini akan ternyahaktif pada suhu 40 degree Celsius, iaitu sedikit tinggi daripada suhu badan normal manusia.
Haba berterusan pula akan memusnahkan sel-sel bawang putih dan bahan kimia pencetus alliin juga ternyahasli.
👉🏻 Dengan daya memusnahkan sel bawang:
Semestinya bahan kimia aktif akan terbentuk. Namun, haba yang berterusan akan menyebabkan bahan kimia aktif allicin meruap.
Jadi, adakah bawang putih yang sudah masak ini tidak elok?
Tidak juga. Selain dari bahan kimia aktif allicin, bawang putih juga mengandungi nutrisi stabil lain seperti karbohidrat, protein, mineral, vitamin dan pelbagai fitokimia yang memberikan keunikan bau dan rasa kepada bawang putih. Dan ini juga boleh dimanfaatkan oleh badan kita.
Bagaimana pula jika bawang putih dinikmati bersama bahan berasid (aka masam)?
Aktiviti enzim alliinase berlansung pada keadaan neutral (pH 6.5-7). Dengan menambahkan bahan berasid seperti cuka, limau, lemon, asam keping dan yang seangkatan dengan mereka, akan menyebabkan enzim ini kurang aktif. Maka peratusan pembentukan bahan kimia aktif allicin dari alliin juga akan menjadi kurang.
Bagaimana pula dengan membakar seketika?
Membakar seketika bawang putih dengan api perlahan, dan diikuti dengan memusnahkan sel bawang akan mengaktifkan lagi aktiviti enzim alliinase dan seterusnya menghasilkan lagi banyak bahan kimia aktif allicin.
Senarai gambar di bawah ini ialah kepelbagaian cara penyediaan bawang putih yang saya lakukan sendiri untuk menguji jumlah kehadiran bahan kimia aktif allicin secara perbandingan.
Rasa pedas menyengat terbanyak adalah dalam bawang putih yang dibakar seketika (berkulit menambah sedikit keunikan dalam rasa), diikuti dengan mentah. Goreng dan rebus tidak mempunyai rasa ini. Memasukkan bawang putih cincang dalam air dan madu juga memberikan rasa yang berlainan.
Adakah pengambilan bawang putih mentah memberikan kesan sampingan?
YA. Disebabkan Kehadiran bahan kimia semulajadi bersulfur, bawang putih mempunyai bau masam menyengat yang kuat yang mana boleh menyebabkan nafas berbau.
Bahan kimia aktif allicin bersifat asid yang mampu merengsakan kulit. Maka, cairkan dengan air, minyak atau madu.
Bawang putih mempunyai sifat pencairan darah. Maka, elakkan mengambilnya secara berlebihan apabila terluka kerana proses pembekuan darah pada kawasan luka akan menjadi lambat. Ini akan menyebabkan pendarahan berterusan.
Terdapat kajian yang menunjukkan bawang putih mampu berinteraksi dengan aktiviti ubat rawatan. Maka, mereka yang ‘on medication’, berbincanglah dengan doktor perubatan anda sebelum mengambil bawang putih mentah bersama dengan ubat.
INGAT, apa-apa yang berlebihan berpotensi membawa mudarat. Ambil tahu tahap kesihatan diri dan jaga badan yang Allah amanahkan kepada kita sebaiknya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: ChM Dr Fatimah Salim Ahli Kimia
Nota: Bahan kimia aktif allicin bersifat larut minyak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak adalah generasi yang akan mentadbir negara pada masa akan datang. Dengan didikan ibu bapalah akan mencorakan pemikiran dan gaya hidup anaknya.
Sebagaimana perkongsian ini, menerusi twitter yang menggunakan nama @lelakiboek berkongsi kisah inspirasi bapanya yang memilih hidup secara sederhana walaupun bergaji lima angka yang pastinya mampu memiliki kereta mewah.
Siapa sangka, kata-kata nasihat bapanya turut menjadi inspirasi buat warganet untuk berkongsi kisah yang sama.
Ikuti perkongsian inspirasi ini, yang boleh membuka minda kita untuk mendidik anak-anak hidup dalam persekitaran yang sederhana dan rendah diri biarpun berjaya dalam hidup.
Ayah aku pernah hidup dari golongan B40 merasa miskin cabok bawak van buruk (masa aku baru lahir) sampailah direzekikan ke T20 sekarang ni.
Tapi walaupun sekarang gaji dia dah 5 angka, dia hanya bawa Axia, downgrade from Alza. Pakai phone pun harga 400.
Aku kadang pelik.
Ayah aku pernah hidup dari golongan B40 merasa miskin cabok bawak van buruk (masa aku baru lahir) sampailah direzekikan ke T20 sekarang ni.
Tapi walaupun sekarang gaji dia dah 5 angka, dia hanya bawa Axia, downgrade from Alza. Pakai phone pun harga 400.
Akhirnya setelah berbual mengenai pilihan ayahnya memilih hidup secara sederhana, barulah beliau menyedari bahawa hidup secara sederhana adalah bukan untuk bermegah tetapi memastikan pendidikan anak-anak sempurna dan membantu orang ditimpa kesusahan.
“Ayah pesan, jangan sibuk hidup bergaya tapi bila masyarakat susah kita tak dapat tolong”.
Didikan ayahnya itu telah memberi kesan kepada diri beliau bahawa perlu sentiasa bersyukur seadanya bukannya hidup mengikut gaya kehidupan orang lain.
KISAH YANG INSIPRASI
Dalam pada itu, ramai yang bersetuju dan berkongsi kisah masing-masing mengenai cara didikan dalam keluarga.
Walaupun dari golongan T20, tapi bapa memilih cara hidup yang sederhana.
“Respect pada mereka yang humble walaupun ada harta”
“Bila umur dah 40an ke atas, dah tak kejar sangat kekayaan harta tapi na tengok anak-anak berjaya.
“Tahniah, untuk abah hang, didik jadi sensitiviti, jadi manusia, bukan robot.
Apa yang pasti, pendidikan ibu bapa yang betul dalam mendidik anak-anak akan mencorakkan cara pemikiran dan hala tuju hidup. Semoga kisah ini membuka cara pemikiran kita dalam mendidik anak-anak dan cara hidup keluarga.
Sumber: Twitter @lelakiboek
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yakinlah kerja rumah bagi seorang isteri memang tidak akan pernah siap. Ada sahaja yang perlu dibuat, dan semua ini sungguh memenatkan. Mengeluh panjang sekali sekala itu biasa, namun jika setiap waktu ada sahaja yang dirungut, itu bukan dapat melegakan keletihan. Malah menambahkan beban semata-mata.
Namun alangkah tenang dan lapangnya hati kita sekiranya melihat daripada sisi berbeza.
Bukankah setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas pasti ada ganjarannya dariNya.
Sila baca juga, perkongsian daripada seorang isteri ini untuk sama-sama kita jadikan inspirasi bersama dalam menjalankan tanggunjawab sebagai isteri dan anak agar semua itu menjadi lubuk pahala.
Buat kerja rumah memang penat. Tambah kalau kau kena hadap kerja-kerja tu 24 jam. Belum masuk lagi peel anak-anak yang dambakan perhatian kau. Allah, tak boleh berenggang lansung!
Mandi pun ala kadar, makan pun tak sempat nak kunyah sempurna. Dah serupa ular sawa, asal telan saja.
Percayalah, bukan kau seorang lalui benda ni. Semua ibu pun berdepan rasa yang sama. Letih, penat, takde me-time, serabai, bahkan kau lupakan juga kesihatan diri sendiri demi suami dan anak-anak.
Kalau kau pandang ini sebagai jalan untuk kau ke syurga, kau pasti akan senyum sampai telinga. Hilang penat dan lelah sebab kau tahu penat kau selama ini berpahala.
Setiap orang, jalan syurganya berbeza. Para ilmuan, jalan syurganya dengan menyebarkan ilmu. Banyak masa dihabiskan untuk berjumpa masyarakat dan sebarkan manfaat. Itu jalan dia. Kau jangan cemburu buta.
Sebab jalan syurga kau juga ada. Betul-betul di depan mata. Kalau menghadap karenah anak-anak pun kau dah merungut sebakul, cuba kau pandang semula mata anak-anak kau yang comel tu.
Mereka sihat! Cergas! Aktif! Kau nak bising apa? Kau nak tengok anak-anak kaku atas katil tak bergerak dengan wayar berselirat? Atau kau nak anak-anak cuma menelan susu tanpa dapat menjamah masakan kau yang sedap tu?
Faham yang kau penat. Penat kau itulah lubuk pahala. Dah alang-alang penat, biarlah penat yang berpahala. Hati senang, jiwa ceria, insya-Allah tersedia pula tempat untuk kau di syurga.
Sumber : SriAjilahSamsir
Mengeluh sekali-sekala tu, biasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.