Suami Kena Tahu Cara Bahagiakan Isteri. Sungguh Praktikal Cara Ni!

Share

 

Dalam melayari  sebuah bahtera perkahwinan, persiapan dari aspek mental dan fizikal perlu dititikberatkan. Panduan di bawah mungkin boleh dipraktikkan bagi mewujudkan sebuah persekitaran yang bahagia dan menyenangkan dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Berbual boleh hilangkan tekanan

Sekali sekala ambil hati isteri dengan meluangkan masa untuk bercerita atau bergurau-senda. Setiap gurauan mampu mengubat lelah di hatinya sekaligus mengeratkan kembali ikatan perkahwinan anda. Isteri yang bergelar suri rumah tangga tentulah penat menyiapkan tugas harian dirumah dan sama juga dengan isteri yang bekerja. Dia bekerja untuk meringankan beban suami, jadi hargailah pengorbanan si dia.

Manfaatkan masa dalam kenderaan

Ketika anda berduaan dalam kereta, perbualan berbentuk jenaka boleh dicetuskan bagi membangkitkan bahagia. Kebanyakkan suami gagal memanfaatkan masa tersebut malah selesa mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Tidakkan ia merugikan?

Belajar untuk jadi lebih prihatin

Sentiasa prihatin kepada kemahuan dan keperluan isteri serta anak-anak. Dalam masa yang sama, latihlah diri untuk menjadi seorang suami dan bapa yang peka dengan emosi dan situasi mereka.

Boleh cemburu tapi berpada

Jangan tak percaya bahawa kebanyakkan isteri senang apabila suaminya bersikap cemburu. Secara tak langsung mereka rasa diri cukup dihargai. Tetapi usah keterlaluan kerana mungkin dari cemburu yang memupuk kasih sayang boleh mencetuskan masalah dikemudian hari.

Selesaikan masalah secara berhemah

Marah adalah mainan syaitan, jadi ada yang kurang berfikiran waras semasa tengah marah. Tips berguna yang boleh anda cuba, jangan hamburkan kata-kata kesat semasa tengah marah dan cuba kawal emosi. Masa yang paling baik untuk bersemuka dan menyelesaikan masalah adalah sekurang-kurangkan 24 jam selepas rasa marah itu membuak-buak. Masa itu anda boleh berfikiran waras dan bertindak rasional.

Jadilah suami yang pemaaf

Antara cara yang paling mudah untuk mengikat kebahagiaan rumah tangga adalah setiap malam sebelum tidur, maafkanlah kesalahan yang dilakukan isteri. Tak guna berdendam atau makan hati kerana ia boleh merosakkan diri serta hubungan suami isteri.

Berubah ke arah yang lebih positif

Manusia berubah setiap masa. Jadi bukanlah alasan sekiranya anda mengatakan sangat susah untuk berubah. Sekiranya anda berubaha terlebih dahulu, nescaya isteri akan terdorong untuk melakukan perkara yang lebih positif makan tidak mustahil anak-anak juga akan mengikut jejak langkah kedua ibu bapa mereka.

Sumber: www.wanista.com

IKLAN