Kelazimannya kalau ditanya tentang bab siapa bangun awal pagi dan seterusnya menyediakan sarapan, pasti isterilah orangnya.
Tetapi berbeza dengan perkongsian daripada seorang suami yang cukup luar biasa. Setiap hari akan bangun lebih awal untuk mendirikan solat qiamullai dan bukan itu sahaja dapat pula menyediakan sarapan untuk keluarga tercinta, nyata cukup terinspirasi.
Ini perkongsiannya.
Bagi ‘tukang masak pagi’ macam saya ni, one of the real struggles adalah untuk bangun awal pagi masa tengah gelap gelita lagi kat luar tu dan orang ramai masih dibuai mimpi, saya kena bangun awal daripada orang lain.
Ads
Ditambah pula saya wajibkan diri untuk menunaikan solat sekurang-kurangnya 2 hingga 4 rakaat sebelum mula memasak maka kena bangun lebih awal lagi. Tetapi dengan niat yang baik dan cara yang betul, Allah SWT pasti tolong.
Jangan risau sangat, jika mahu buat, buat je. Apabila sudah terbiasa, tak rasa susah pun. Saya ni pun tak pernah rasa mengantuk apa pun sepanjang seharian kerja. Lebih-lebih lagi walaupun kurang tidur, kerana percayalah qiyamullail itu memberikan kekuatan kepada diriberbanding melemahkan, cubalah buat.
Ads
Saya bertuah, sebab isteri setia di sisi. Bangun seawal pagi mana pun, kebanyakan masanya isteri pun bangun juga. Dan kebanyakan masanya masa saya masak tu isteri buat ‘kerja’ lain macam lipat baju ke, kemas rumah ke, menyusukan anak ke, mandi ke, baca al-Qur’an ke, macam-macam.
Susah ke, boleh ke, mampu ke, tak penat ke, tak kisah apa persoalannya pun, buat je dulu, baru tahu OK atau tak OK. Setiap satu adalah ibadah, tak rugi apa pun insyaAllah.
Ads
Pagi ini saya masak mi goreng (guna mi kering yang mi segera tu, goreng tumis bawang dan cili kering kisar letak serbuk kari sikit) dan jagung rebus. Alhamdulillah sekeluarga suka. 06/10/2019
Semoga perkongsian daripada Dr Shahr Musafir ini dapat kita bersama ambil aura dan semangat untuk melakukan perkara yang sama.
Membaca perkongsian daripada Bijen Mohd ini ada benarnya, terkadang antara kita ada merasakan selepas mendirikan rumah tangga, rutin seharian semakin hari semakin sibuk dirasakan. Pelbagai perkara perlu diuruskan dengan anak-anak, mengemas rumah, mencari rezeki dan sebagainya. Hingga disebabkan memberi fokus hal-hal demikian, amalan ibadah yang dahulunya biasa dilakukan semasa bujang contohnya dengan mengaji, solat hajat dan sebagainya tidak ‘terbuat’.
Memahami lagi apa yang ingin dikongsikan oleh Bijen Mohd, jom kita baca perkongsian daripadanya dan semoga kita terus dapat laksanakan ibadah dengan sebaik mungkin sebagai tarbiah untuk diri kita yang sering lalai.
Ini perkonsiannya.
Perasan tak ada sesetengah dari kita dulu amalannya cukup terjaga? Dengan tahajud tiap malamnya, dengan puasa Isnin-Khamisnya, dengan tilawah dan zikirnya, serta berbagai lagi amalan para wali auliya.
Namun bila sudah berkeluarga, amalan yang dibina pun perlahan-lahan luput darinya. Si isteri sudah semakin sibuk dengan urusan dapurnya. Sang suami pula tekun bekerja mencari nafkah demi keluarga. Bukan terlupa, tapi tak cukup masa.
Bila sudah beranak-pinak, kesibukan pun makin bertambah banyak. Tidur makin tak lena, makan makin tak berselera, mandi makin tak menyempat, berak pun nak kena cepat. Ada saja ujian yang cuba menduga kesabaran kita setiap masa. Sedih kan? Beruntung orang yang masih dapat menjaga amalan harian mereka walau banyak mana sekalipun kesibukan yang datang melanda.
Namun sedarkah kita bahawa Allah sebenarnya sedang memudahkan jalan dengan menyediakan ladang pahala buat kita?
Jika dahulu kita punya masa menjaga hubungan dengan Allah semata-mata, namun kini kita diberi peluang memelihara hubungan dengan manusia, semata-mata kerana Allah Taala. Bukankah ini yang sering kita hadapi setiap hari?
Kita mungkin sudah tidak dapat bangun tahajud kerana terlalu penat berkhidmat untuk keluarga kerana Allah. Sang isteri sudah tidak dapat berpuasa sunat mungkin kerana melayan perasaan suaminya kerana Allah. Tilawah dan zikir sudah tidak dapat dibuat mungkin kerana kini semakin banyak masa diluangkan untuk berpesan-pesan kepada ahli keluarga semata-mata kerana Allah.
Amalan tahajudnya kini diganti dengan khidmat bangun malam menenangkan anak yang terjaga dari tidurnya. Puasanya kini diganti dengan pahala sabarnya menghadapi kerenah pasangan dan anak-anaknya. Buah zikir dan tilawahnya kini sudah bukan setakat di bibir tetapi berada di dalam hati yang diterjemahkan dalam bentuk akhlak peribadi diri.
Walau apapun keadaan kita, belajarlah bersyukur menerima dengan apa yang ada di depan mata.
Orang bujang mungkin cemburu dengan mereka yang sudah berkeluarga kerana dia nampak agamanya makin sempurna dengan perkahwinan. Namun dia belum tahu dengan ujian yang bakal melanda. Oleh itu gunakanlah masa yang ada ini sebaik mungkin untuk membina amalan seutuh-utuhnya.
Orang yang berkeluarga pula pasti rindu zaman bujangnya. Namun ketahuilah bahawa Allah sedang menjadikan keluarga itu sebagai ladang pahala buat dirinya. Itu yang harus disyukuri dan dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Hatta orang yang ‘berkeluarga banyak’ sekalipun, yakinlah bahawa Allah sebenarnya sedang menyediakan wasilah jalan untuk kita menuju ke syurganya dengan keadaan kita. Syukurilah nikmat tersebut dan manfaatkan ia bersama.
Kita tidak tahu amalan kita yang manakah yang Allah suka yang akan membawa kita masuk ke syurga-Nya. Ada orang masuk syurga dengan solat wudhunya. Ada yang masuk syurga dengan kasihnya terhadap binatang. Dan ada juga dengan dakwah, jihad dan kebaikan yang dilakukan.
Kita mungkin memiliki syurga dengan khidmat dan nafkah yang diberi kepada keluarga. Atau sabarnya kita menghadapi kerenah pasangan dan anak-anak yang menduga jiwa. Atau mungkin kerana tabahnya kita berhadapan dengan ujian yang melanda.
Ingatlah, Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. Baik sangkaan kita kepada Allah maka baiklah juga hal keadaan kita.
Bila anak tidak menyerlah dalam bidang akademik, mak ayah janganlah stres. Jika anak anda tidak sepandai anak kawan-kawan anda yang lain bukan bermakna masa hadapan mereka telah berakhir.
Anak bukan trofi ibu dan ayah. Anak adalah anugerah yang diamanahkan untuk kita membentuknya menjadi insan yang berjaya. Sikap berjaya yang perlu kita pegang di dalam mendidik anak-anak adalah; setiap anak ada kelebihan dan kelebihan ini sangat berkait dengan jalan untuk dia menambah kehebatan di dunia ini.
Bagi menjadi seorang yang hebat dalam mengindahkan dunia ini, caranya pelbagai. Ada yang bijak bermain bola, maka dia menjadi hero di dalam bidang itu dan menjadi inspirasi kepada orang lain, contohnya Pele, Beckham, Ronaldo dan ramai lagi.
Jika keistimewaannya dalam bidang memasak, maka kita boleh lihat contoh seperti Jamie Oliver, Chef Wan dan ramai lagi. Jika kehebatannya di dalam ilmiah, sains dan seperti itu, kita boleh lihat Hawking, Einstein dan ramai lagi.
Pendek kata tidak adil kita mengukur siapa paling pandai jika ukurannya hanyalah satu. Ikan tidak akan nyata pandai jika ukuran kita hanya siapa paling cepat memanjat. Maka tentulah monyet dan segala kaum kerabatnya. Namun, jika ukuran kita termasuk siapa boleh berenang paling cepat, maka itu bolehlah si ikan ada peluang untuk menang juga.
Tak perlu stres dan berlawan dengan kawan-kawan yang suka sangat membandingkan anaknya dengan kebolehan anak anda.
Stop being stressful and start being grateful.
Berhenti stres tak menentu dan mulalah BERSYUKUR dan yakin Allah itu MAHA TAHU dan dia memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya mengikut kehebatan hambaNya. Ini termasuklah anak-anak yang dilahir ‘istimewa’. Bukan calang-calang ibu bapa yang boleh membesarkan anak itu dengan sempurna.
Erra Fazira ‘luluskan’ telefon bimbit untuk anak, tapi ada syarat khas. Siapa sangka, walaupun anak kepada selebriti terkenal, Engku Aleesya tidak pernah memiliki telefon bimbit sendiri sebelum ini. Menurut ibunya, primadona Erra Fazira, keputusan itu dibuat demi kebaikan puteri kesayangannya.
Namun, selepas mencecah usia 16 tahun dan selesai peperiksaan, barulah Aleesya diberi ‘lampu hijau.’ Itupun dengan peraturan yang cukup ketat!
“Memang Aleesya tidak ada telefon sebelum ini tetapi dia baru sahaja memperoleh pelepasan kerana sudah selesai peperiksaan.
“Kami sama-sama buat perjanjian bahawa dia boleh dapat gunakan telefon cuma dalam waktu tertentu sahaja.
“Kata laluan pula kena kongsikan dengan saya serta bapanya dengan syarat boleh kami akses pada bila-bila masa. Kalau buat salah atau langgar perjanjian, kami tarik balik telefon,” kata Erra.
Erra yang juga digelar Primadona Filem Melayu Alaf Baharu menjelaskan, langkah ini adalah cara beliau dan bekas suami, Engku Emran, memantau penggunaan gajet anak mereka.
“Itu cara kami memantau anak. Kami buat sebaik yang mungkin kerana sebagai ibu bapa tentu kita tidak mahu mereka lakukan perkara buruk.
“Era tanpa sempadan ini membolehkan kita terdedah kepada bermacam-macam maklumat. Sudah tentu cara tapis adalah menerusi pemantauan.
“Tetapi kadang-kadang, sebijak-bijak kita, bijak lagi anak. Jadi, kita buat sahaja mana yang terdaya dan selebihnya berdoa kepada Allah,” tambahnya lagi.
Untuk info, Aleesya merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup Erra dan Engku Emran sebelum mereka bercerai selepas tujuh tahun berkahwin. Sebelum itu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pengarah, Datuk Yusry Abd. Halim pada tahun 2003, namun berpisah selepas tiga tahun.