Hidayah itu milik Allah. Tidak kira umur mahupun pangkat serta darjat, andai Allah mahu membuka hati, tiada apa yang dapat menghalangNya.
Ini yang terjadi kepada seorang lelaki bukan Muslim yang ingin belajar cara solat.
Video ini diambil ketika program Mosque Open Day yang diadakan di Masjid Sekyen 7, Shah Alam baru-baru ini.
Ads
Nampak dari perlakuannya, pak cik ini tidak dapat menahan sebak apabila dapat belajar solat. Walaupun dia belum memeluk Islam, namun tidak mustahil suatu hari andai dibuka pintu hidayah untuk dia. Sama-sama kita doakan.
Pak cik ini berketurunan Vietnam beragama Buddha mohon ingin ditunjuk dan mengikut cara solat. Alhamdulillah melalui program Mosque Open Day Aidilfitri ini beliau berpeluang dapat ikut sama belajar solat di dalam ruang solat masjid mungkin dah lama menyimpan niat nak mendalami Islam dan bersolat.
Ads
Subhanallah, lepas selesai sahaja beliau terus menangis teresak- esak, bagai tak dapat dibendung lagi perasaan syahdu beliau, terasa tenang dan dekatnya dengan sang pencipta, kita doakan insyaAllah hidayah Allah mengetuk pintu hatinya dan husnul khatimah.
Allahu Akbar begitu bertuah sahabat yang sudi mengajar beliau bersolat moga jadi asbab untuk beliau memeluk agama Islam. Kredit pakcik Noli yang banyak melakukan kerja dakwah bersama.
Sumber:Hidayah Centre Foundation
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai anggap bahawa “cinta monyet” tidak akan kekal lama dan hanya membazirkan masa. Namun, berbeza pula kisah pasangan ini yang mengakhiri cinta monyet mereka di jejang pelamin selepas 11 tahun “couple”.
Seorang pengguna Instagram yang bernama Shamime telah mengongsikan sebuah video kompilasi yang menunjukkan kronologi kisah cintanya bersama suami, Affique. Video tersebut berjaya menangkap perhatian wargamaya yang lain serta reaksi yang sangat positif terhadap pasangan itu.
“Saya kerja dekat Sushi King, suami kerja dekat Burger King yang terletak bersebelahan. Dia tegur masa saya nak balik kerja dan bermula daripada situ kami berkawan. Masa tu umur kami masing-masing 17 tahun. Saya bekerja sambilan nak cari duit lebih untuk bayar lesen kereta. Selepas berkawan sebulan, dia ajak couple. Kami selalu luangkan masa bersama ketika waktu rehat, makan sama-sama” ujar wanita itu.
Cabaran pertama mereka bermula apabila masing-masing meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan terpaksa menjalani cinta jarak jauh atau “long distance relationship” (LDR).
“Saya masuk Kolej Matrikulasi dekat Kuala Pilah dan suami sambung belajar dekat Institut Teknologi Penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT). Cabarannya, kami selalu gaduh sebab takut masing-masing curang. Sebab study group mesti bercampur lelaki perempuan, ada aktiviti dan macam-macam lagi, tambahan pula kami jarang jumpa. Selepas tamat matrikulasi, saya sambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda dekat Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pekan selama empat tahun setengah, jadi memang jarang jumpa” ujarnya.
Bagaimanapun, sekatan untuk kerap bertemu bukanlah alasan untuk dia dan pasangannya mengambil kesempatan di atas kesetiaan masing-masing.
Dengan memanfaatkan teknologi untuk berkomunikasi setiap hari, dia dan pasangannya saling meletakkan kepercayaan antara satu sama lain.
“Kami jarang bergaduh mengenai isu orang ketiga sebab setiap perkara seperti pergi ke mana, jumpa siapa, buat apa semua kami sentiasa update each other. Kalau bergaduh, call dan pujuk sampai hati pasangan lembut. Sepanjang hubungan ini juga, kami memang terus jumpa keluarga kerana restu mereka sangat penting,” katanya.
Selepas 11 tahun bercinta, pasangan ini mengikat tali pertunangan dan kemudian ikatan pernikahan pada 16 Jun 2020 dalam satu majlis ringkas disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.
Semoga bahan bacaan kali ini berjaya memberi inspirasi kepada para pembaca semua.
Bukan mudah untuk kekal Istiqomah usai berhijrah, Itu antara yang terpaksa dilalui selebriti Kilafairy. Pelbagai dugaan dan ujian terpaksa ditempuhi sepanjang dua tahun melalui proses tersebut dalam diri, hati dan penampilan.
Begitupun, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil ini percaya kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan percaya proses lumrah itu menjadi pengukur kematangan dan pendinding diri.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah. Ia bukan sehari dua untuk dihadam. Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri. Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa.
“Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” katanya.
Biarpun ada yang bimbang berhijab akan membataskan rezeki dalam duni senia, namun Kilafairy percaya semuanya datang dari Dia.
Terbaru, dia dilamar menjadi wajah bagi mewakili jenama tudung bawal MINAZ Hijab Blossom 3.0 kempen Next Chapter.
“Daripada kerendahan hati, saya bangga kerana terpilih menjadi wajah wakilan koleksi tudung bawal ini. Berurusan dan bekerjasama dengan pasukan kerjanya juga menyenangkan.
“Mereka juga memastikan saya selesa dan berpuas hati dengan tudung yang dipakai serta digayakan. Begitu juga dengan hasil gambar kempen fotografi yang dijayakan.
“Pendek kata tudung yang digayakan bukan sekadar selesa dalam konteks percakapan dan penulisan. Tapi saat dipakai pun dapat rasa keselesaan yang digambarkan itu. Saya sangat besyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan selain dikelilingi dengan orang yang baik waktu bekerja,” katanya.
Sebelum Kilafairy, Nora Danish terlebih dahulu diperkenalkan untuk siri kempen sama edisi 2.0 tahun lalu yang turut mengundang kontroversi kerana dilihat tidak selari dengan imej tudung dengan wanita ‘free hair’.
Kata isteri kepada Tamizee Adzman itu, dia sendiri melihat Kilafairy sebagai inspirasi wanita bertudung.
“Lihat saja kesungguhannya untuk kekal istiqamah berhijab.
Paling utama dalam menutup aurat dan kekal sopan, dia masih pandai bergaya. Saya sendiri menghormati pendiriannya untuk tampil dengan gaya yang sangat sopan sewaktu sesi fotografi kempen berlangsung.
“Malah dia sendiri lebih teliti memilih gambar yang tidak menjolok mata dan bersesuaian dengan kempen ini,” katanya.
Umumnya hari-hari istimewa dalam keluarga, seperti sambutan hari jadi anak, sambutan hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya pasti diraikan dalam suasana gembira dan istimewa sebagai tanda penghargaan buat yang tersayang.
Namun kali ini, akibat berdepan Covid-19 pasti berbeza caranya. Bahkan, mungkin ada yang terlupa kerana dalam kepala kita masing-masing berserabot dengan kegusaran ‘melawan’ Covid-19.
Apatah lagi buat petugas-petugas kesihatan, cukup berat tanggungjawab yang dipikul saat ini.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang suami yang juga merupakan seorang doktor.
“Bang! harini ulang tahun perkahwinan kita,” ujar isteri semasa kami sama-sama bersiap untuk ketempat kerja.
Keadaan kami agak hambar. Tak seperti biasa. Dalam kepala masing-masing penuh dengan pelan pengurusan COVID-19 apa yang perlu dilakukan untuk hari ini.
Malah aku sendiri pun tak ingat tarikh ulang tahun perkahwinan dalam keadaan begini.
Aku terus bersuara, “oh ye ke. Selamat ulang tahun perkahwinan kita ke 19.”
Isteri hanya senyum saja.
“Hati-hati ye bang. Pastikan full PPE (personel protective equipment) intubate patient ye bang. Take care. Good luck.”
“Ok. Baik! Hati-hati juga. Good luck.”
Kami bersalaman dan kami terus memandu ketempat kerja masing-masing.
Pesanan isteri tak seperti biasa. Dulu-dulu begini; “Selamat bekerja bang. Jangan noty-noty tau. Jangan kacau anak dara orang kat hospital tu.”
Memang lain pesanan dia berbanding dulu sebelum wabak COVID-19. Kali ini pesanan dan ucapan seolah-olah kami sama-sama ke medan perang. Sama-sama berdepan dengan COVID-19. Sama-sama berjuang untuk menangani penularan COVID-19.
Kami sama-sama penat.
Semasa baru keluar untuk pergi kerja kami masih ‘bersih’. Anak-anak pun masih tidur. Pulang nanti, belum pasti bagaimana keadaan kami.
Pesanan isteri itu juga buat aku lebih berhati-hati. Ya, keluarga sendiri perlukan aku. Begitu juga masyarakat diluar sana. Mereka juga perlukan aku.
Aku ucapkan selamat ulang tahun ke 19 perkahwinan kami. Maaf, tahun ini kita tak dapat celebrate. InsyaAllah, aku janji akan celebrate selepas wabak ini selesai.
Please! Stay at home, guys. Semoga selepas ini kita boleh jalani hidup seperti sediakala. Aku rindu kehidupan tanpa COVID-19.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.