“Sudah Hujung-Hujung Kan…” Beri Bayangan Tarikh Kelahiran Zuriat, Neelofa Kini Jalani Sesi Fisioterapi

Share

Usahawan dan juga selebriti terkenal, Neelofa kini sedang menjalani sesi fisioterapi sebagai persediaan kelahiran bayi sulungnya.

Perkongsian tersebut dimuatnaik sendiri isteri kesayangan PU Riz menerusi InstaStorynya. Sekali gus memberi bayangan tarikh kelahiran zuriat sulungnya bakal tiba tidak lama lagi.

“Saya kini dalam perjalanan untuk hadir ke sesi fisi0terapi yang dilakukan dua kali seminggu.

“Sudah hujung-hujung kan (bakal melahirkan). Semoga dapat membantu,” tulisnya lagi.

Difahamkan, senaman fisi0terapi sangat berguna bagi setiap wanita hamil dan membantu mengurangkan serta memperbaiki posisi badan selain mengurangkan sakit belakang serta keletihan sepanjang tempoh kehamilan.

Sebelum ini berita kehamilan bekas pengacara Meletop hasil perkahwinan bersama  PU Haris Ismail hangat diperkatakan dalam media sosial.

Empunya diri bagaimanapun tidak mengeluarkan sebatang kenyataan. Namun berita tersebut sahih usai peguamnya mengumumkan perkara tersebut.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

 

IKLAN