“Sudi Terima Suami Tidak Memiliki Apa, Teman Masa Susah & Sayang Anugerah Terindah Bagiku.” Ucapan ‘Sweet’ Ebit Lew Buat Isteri Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

Share

Selain aktif berdakwah dengan cara tersendiri, Ebit Lew juga sangat terkenal dalam menyantuni isterinya. Setiap kali memuat naik perkongsian, pasti terselit ucapan indah dan sweet buat bidadarinya.

 

Terbaru, pasangan ini menyambut ulang tahun perkahwinan. Dalam perkongsian di media sosial, Ebit Lew melahirkan rasa syukur dan terharu dikurniakan isteri yang cukup memahami dan juga teman semasa susah dan senangnya.


Selamat ulangtahun perkahwinan bidadariku. Tak tahu nak ungkap bagaimana. Tapi abang lelaki paling bertuah ditakdirkan bertemu dengan bidadari sayang. Dari hari pertama kita bertemu dan saat akad nikah sehingga kini.

Tanpa sedar sekejap jer masa berlalu. Terasa macam baru semalam bercinta dan setiap hari jatuh cinta padaMu. Setiap hari rasa seperti pengantin baru.

Sudi menerima suami yang tidak memiliki apapun. Sudi teman masa susah dan sama-sama berdakwah dan berjuang di jalan Allah. Orang selalu tanya apa rahsia kekuatan ustaz dalam dakwah.

Tiada apa melainkan doa ibubapa. Dan kini setiap hari abang memiliki doa dari dirimu bidadariku. Setiap hari tanpa dirimu entahlah bagaimana nak teruskan berdakwah ini.

Ya Allah terima kaseh atas nikmatmu. Berilah bidadariku sentiasa sihat,cantik,bahagia, kuat dalam bersama atas cinta sampai syurga. Ya Allah beliaulah kekuatan dan anugerah terindah dan penyejuk mata bagi diriku.

Bidadariku syurgaku. I love u bidadariku. Ya Allah seperti kami bersama dalam dunia berilah kami dapat bersama dalam syurga-ebitlew

www.keluargasunnah.com #keluargasunnahTour

IKLAN