“Suka Tengok Tuanku Di Dapur, Very Simple. Terus Rindu Kat Mak. “Permaisuri Agong Buat Biskut Raya, Ramai Minta Resipi!

Share

Keperibadian Baginda yang cukup low profile dan prihatin menyebabkan Tunku Azizah Maimunah Iskandariah diangkat sebagai Raja Permaisuri Agong sangat disayangi rakyat jelata.

 

Bahkan, Tuanku Permaisuri juga rajin berkongsi aktiviti nya baik di istana mahupun di luar.

Termasuklah bulan ramadan yang mana baginda sendiri turun padang membuat biskut raya.

Terbaru,  Tuanku berkongsi perkongsian beberapa foto dan video sedang membuat kuih raya bagi menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.

Seronok betul melihat suasana di dapur baginda yang penuh dengan biskut raya, dengan lagu raya yang dipasang, fuh tak boleh bayangkan kalau kita berada di dapur tersebut, mesti sibuk nak merasa sambil feeling raya kan!

Bukan itu sahaja, pelbagai jenis biskut raya  dihasilkan, antaranya biskut Milo dan biskut ceri. Turut kelihatan  pembantu istana yang membantu baginda menyiapkan biskut rata berkenaan.

 Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa seronok melihat gelagat Tuanku dan tak kurang yang mahukan resipi dari baginda.

syhrazyni Ni kalau duduk satu dapur ni mesti perut vibrate😂😅 bau je dah cukup mengoda😂
yattyusoff8 Wow Tuanku Halwa maskat ❤️❤️❤️ resepi tradisi yg sgt unik dan sgt sedap .. can’t wait to see it.
rohailidaud nak resepi tuanku..siap pasang lagu raya..terbaik tuanku permaisuri..👏👏👏
tun_nurulhuda Suka betul tgk tuanku @airtangan_tunkuazizah
ni..cantik!😍😍😍
pj_princessjasmineMembaking ditemani lagu raya blh buat air mata bergenang 2 Tuanku…indah nya moment nii😍
ticelin_official Ya Allah.. hebatnya Queen ni… contoh yg terbaik utk rakyat jelata.. tahniah my Queen..
rahimahsalleh877 Umpama mcm org biasa2 je….cara berpakaian tu…Bertuahnya mereka yg dpt berdampingan dengan Permaisuri…Ampun Tuanku😍😍😍😍

 

Sumber: airtangan_tunkuazizah

IKLAN