Ikan terubuk jarang menjadi makanan kegemaran semua orang. Semuanya kerana tulangnya yang menyukarkan untuk di makan.
Mungkin dalam erti kata lain memerlukan lebih kesabaran untuk makan.
Namun ada caranya untuk memastikan tulang ini seakan ‘hilang’ dan lebih mudah untuk dimakan. Anda harus mencubanya kerana dua petua ini memang terbukti berkesan. Apa yang perlu anda lakukan adalah melakukannya dengan betul.
Ads
Tarik Arah Bertentangan
Cara untuk menghilangkan tulang ini adalah dengan memegang bahagian insang dan ekor ikan terubuk tersebut. Kemudian tarik dari arah bertentangan secara serentak. Tarik sehingga mengeluarkan bunyi seperti tulang yang ditarik. Selepas itu, barulah ikan disiang seperti biasa. Hasilnya tulang akan turun ke bawah dan lebih mudah dimakan tanpa perlu membuang tulangnya.
Ads
Kelar Rapat
Selain itu, proses mengelar ikan juga adalah cara seakan-akan menghilangkan tulangnya. Caranya mudah sahaja, basuh bersih ikan terubuk dan kemudian kelar ikan rapat-rapat. Tidak seperti mengelar ikan seperti biasa, tetapi kelar hingga rapat-rapat. Hasilnya tulang akan patah dan ketika makan tidak terasa lagi adanya tulang ikan terubuk yang berbentuk seperti huruf Y.
Tauhu telur mungkin bukan kegemaran semua orang, tapi ada anak-anak yang sangat gemarkannya. Kebiasaanya ibu-ibu akan membelinya di pasar.
Tetapi kalau rajin, boleh saja buat sendiri di dapur anda. Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pun sedikit sahaja.
Jika mahu lebih sihat bahan yang segar dan organik, cuba resipi yang dikongsi oleh chef Sue M Arukin. Jadi, keluarga dapat menikmati hidangan yang dijamin mutu serta kebersihannya. Selamat mencuba!
TAUHU TELUR
Bahan-bahan:
500 ml air soya segar (tanpa gula)
6 biji telur organik
5 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuat:
1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, satukan air soya bersama tepung jagung dan garam. Kacau rata di atas api sederhana hingga suam (jangan sampai mendidih). Sejukkan sebentar.
3. Satukan telur yang sudah dipukul tadi bersama campuran soya. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas lalu kukus selama 20 minit atau hingga tauhu mengeras. Sejukkan.
4. Potong mengikut cita rasa dan goreng hingga keperang-perangan. Hidangkan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sepanjang bulan puasa ini, ramai wanita yang terpaksa berkejar-kejar masa untuk bekerja dan memasak. Al maklumlah, bulan Ramadan ini ramai yang mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga.
Jadi juadah haruslah disediakanuntuk mereka menikmatinya. Namun atas kekangan masa, ramai yang terpaksa cari jalan pintas. Kalau nak paksa diri, nanti sendiri yang merana kerana akhirnya penat dan terus terbongkang.
Takkan nak beli di bazar Ramadan setiap hari. Pasti anda nak sajikan air tangan anda sendiri untuk keluarga tercinta.
Jalan peneyelesaiannya, anda sebenarnya boleh menyediakan stok lauk-pauk frozen. Mungkin sewaktu cuti atau hari Sabtu dan Ahad anda boleh maraton membuat stok ini.
Disini, terdapat perkongsia dari seorang wanita yang turut membuat perkara yang sama. Bagi memastikan stok lauk-pauk andamencukupi dan tahan sehingga 3 bulan.
Ini perkongsian daripada Cik Puan S Kamalinda Lynn, cara nak menjimatkan masa memasak. Dengan cara menyiapkan terlebih dahulu lauk-pauk dan difrozenkan.
Ini cara saya masak untuk ibu ~ Frozenkan!
Oleh kerana saya selalu tak dapat sediakan juadah tengah hari (samada masak atau beli) kerana kerja, saya terpaksa guna inisiatif begini. Cari 1 masa yang sesuai dan masak untuk bekalan 1 minggu terus. Nah, kasi penuh icebox! Ibu pilih je nak makan lauk apa.
Mulanya ibu memang kurang setuju dengan cara ni tapi bila saya buat juga dan ajar dia cara penyediaannya, sekarang dia pula senaraikan lauk untuk saya siapkan (I ok jer)
Bukan ibu tak mampu masak sendiri lagi, tapi kesian tengok dia habiskan masa kat dapur dari muda sampai tua ni.. haih!
Kelebihannya
Sekarang banyak masa sikit untuk rehat sebab tak perlu ‘bersilat’ kat dapur hari-hari. Tinggal tumis sayur atau celur ulam jer.
Dalam masa 3 setengah jam untuk siapkan semua ni. Jimat masa sesangatlah kalau nak dibandingkan setiap hari masuk dapur.
Cara ni juga bagus dan mudahkan untuk budget beli barangan basah. Beli barang ikut senarai sebab dah tau nak masak apa.
Panduan Penyediaan & Memanaskan Lauk-pauk Frozen
Saya hanya sediakan seperti masak biasa sahaja. Tetapi saya cuma masak serentak sekali pelbagai jenis
1. Rancang menu untuk dimasak
2. Beli bahan masakan mengikut kesesuaian menu
3. Oleh kerana masakan Melayu menggunakan bahan asas yang lebih kurang sama maka, lebih memudahkan proses masakan tersebut. Contoh bahan asas tumis ialah bawang merah, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup. Maka, penyediaan ini boleh dilakukan serentak.
4. Masak juadah seperti biasa namun penggunaan sayur adalah terbatas. Saya hanya guna sayur lobak merah dan bunga kobis sahaja itupun masukkan di waktu hampir siap supaya nanti bila proses reheat tak lembik sangat. Lauk pauk boleh masak macam biasa, kecuali sayur half cooked.
5. Simpan dalam bekas yang sesuai, lebih baik letakkan label supaya tahu jenis masakan apa untuk setiap bekas. Dah beku nanti memang tak boleh cam. Letak tarikh juga.
6. Cara panaskan saya memang suruh ibu panaskan atas api atau kukus sahaja. Keluarkan dari bekas plastik dan panaskan dalam kuali atau bekas pengukus.
7. 1 bekas, 1 lauk memang makan untuk sekali makan sahaja. Jadi portionnya memang kecil. Untuk lauk tengah hari, 2 orang makan sahaja.
Nota
Simpan Di peti beku (freezer). Maksimum boleh tahan sampai 3 bulan, Tapi biasanya saya 1-2 minggu dah habis.
Kek chiffon pandan adalah sejenis kek yang amat popular di kalangan masyarakat kita. Dikenali kerana rasa pandannya yang wangi dan tekstur yang lembut, kek chiffon pandan pasti akan memenuhi selera. Warna hijau pada kek ini diperolehi daripada daun pandan, yang kerap digunakan dalam masakan sebagai pewarna semula jadi.
Resipi kek chiffon pandan dari Ummu Ashraf ini patut anda cuba. Istimewa resipi ini ialah ia adalah resipi orang lama yang tidak menggunakan ovalette. Hanya tambah pati dari daun pandan segar dan juga pati santan. Memang terbaik hasilnya. Jom cuba!
RESIPI KEK CHIFFON PANDAN
Bahan A:
6 biji kuning telur
100 gm gula kastor
140ml santan
115ml minyak jagung
2 sudu makan pati daun pandan (kisar 8 helai daun pandan dengan 1 sudu besar air – perah)
2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh esen pandan
1/2 sudu teh garam
Bahan ayak:
180gm tepung gandum
20gm tepung jagung
2 sudu teh baking powder
Bahan B:
9 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon
100gm gula kastor
Cara memasak:
2. Dalam bekas lain, satukan santan, minyak jagung, pati daun pandan, esen vanilla, esen pandan dan garam.
3. Kacau rata semua bahan ini dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Pukul rata.
4. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang telah diayak ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau hingga tidak berbintil.
5. Untuk bahan B, putih telur hingga berbuih.
6. Masukkan jus lemon, pukul hingga kembang.
7. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Teruskan memukul hingga putih telur bertanduk.
8. Kaup balikkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan pandan. Aduk dengan berhati-hati.
9. Masukkan 1/3 lagi adunan putih telur, kaup balik hingga sebati. Ulang hingga habis putih telur. Aduk dengan lembut hingga tak nampak lagi alur-alur putih telur.
Aplikasi Nuramma ciptaan mahasiswa Indonesia, Ali An Nuur, menggunakan teknologi AI untuk membantu kanak-kanak menghafal Al-Quran. Inovasi ini turut melayakkan beliau memenangi Apple Swift Student Challenge 2026.