Tak Susah Makan Ikan Terubuk Kalau Ikut Cara Ni, Confirm Tak Ada Masalah Terlekat Tulang!

Share

Ikan terubuk jarang menjadi makanan kegemaran semua orang. Semuanya kerana tulangnya yang menyukarkan untuk di makan.

Mungkin dalam erti kata lain memerlukan lebih kesabaran untuk makan.

Namun ada caranya untuk memastikan tulang ini seakan ‘hilang’ dan lebih mudah untuk dimakan. Anda harus mencubanya kerana dua petua ini memang terbukti berkesan. Apa yang perlu anda lakukan adalah melakukannya dengan betul.

Tarik Arah Bertentangan
Cara untuk menghilangkan tulang ini adalah dengan memegang bahagian insang dan ekor ikan terubuk tersebut. Kemudian tarik dari arah bertentangan secara serentak. Tarik sehingga mengeluarkan bunyi seperti tulang yang ditarik. Selepas itu, barulah ikan disiang seperti biasa. Hasilnya tulang akan turun ke bawah dan lebih mudah dimakan tanpa perlu membuang tulangnya.

Kelar Rapat
Selain itu, proses mengelar ikan juga adalah cara seakan-akan menghilangkan tulangnya. Caranya mudah sahaja, basuh bersih ikan terubuk dan kemudian kelar ikan rapat-rapat. Tidak seperti mengelar ikan seperti biasa, tetapi kelar hingga rapat-rapat. Hasilnya tulang akan patah dan ketika makan tidak terasa lagi adanya tulang ikan terubuk yang berbentuk seperti huruf Y.

Selamat mencuba.

 

IKLAN