“Susu Bayi Juga Saya Sediakan..” -Mulianya Hati Ibu Ni, Bina Pondok Sedekah Bantu Keluarga Kurang Mampu!
Umumnya bagi sesiapa yang hidup dalam kesusahan, bukan semua selesa untuk meminta-minta secara terbuka kepada orang lain. Lantaran itu, bagi kita yang berkemampuan hulurkan lah bantuan walau dengan apa cara sekalipun seikhlas mungkin. Agar kehidupan sesama kita di dunia ini menjadi lebih harmoni.
Ini kisahnya seperti wanita ini yang begitu mulia hatinya dengan mmengambil inisiatif menghulurkan barangan keperluan secara percuma kepada golongan memerlukan dengan mendirikan Pondok Sedekah.
Hebatnya kisah Haslinda Wahab, 40 tahun ini yang menetap di Kuala Nerus, Terengganu merupakan peniaga kedai makan dan sebelum itu merupakan asnaf dan penerima zakat.
Memetik berita yang dikongsikan Sinar Harian, katanya, inisiatif membuka Pondok Sedekah itu adalah sebagai tanda kesyukuran selepas dia berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan berkat bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Saya pernah merasai kesusahan kehidupan sewaktu bergelar ibu tunggal selama 13 tahun sehingga menerima zakat dan bantuan daripada Maidam dan JKM.
Ads
“Kehidupan saya mula berubah apabila membuka kedai makan dengan pinjaman dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Selepas itu, rezeki saya terus murah apabila bertemu jodoh dengan suami pada tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Maras di sini semalam.
Ujar Haslinda, dia menyediakan barangan keperluan seperti beras lima kilogram, minuman coklat, kicap, minyak, biskut, mi segera dan susu formula bayi di pondok sedekah bersebelahan premis perniagaannya di Pengkalan Maras.
“Susu bayi yang saya sediakan di sini dari jenama Dutch Lady yang biasa digunakan oleh ibu-ibu. Ramai juga yang datang untuk dapatkan susu anak.
“Kalau keluarga anak ramai sekampit beras tu tahan dalam dua tiga hari sahaja. Biasanya mereka yang datang ambil barangan ini kita akan tanya dulu untuk pastikan penerima adalah mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.
Ads
Ibu kepada empat anak itu berkata, kesemua barangan keperluan tersebut boleh diambil secara percuma oleh golongan memerlukan.
Dalam pada itu, Haslinda turut mendedahkan pelbagai ujian dilalui orang ramai ketika ini di mana dia sendiri tidak menyangka ada yang seminggu terputus bekalan beras di rumah.
“Saya tak sangka ramai yang datang ke sini sebab rumah tiada beras. Ada yang minta izin ambil beras sebab sudah tiga hari terputus bekalan makanan itu.
Ads
“Ada juga yang telah seminggu rumahnya tiada beras. Kalau mampu beli pun beras siap bungkus sikit-sikit dari kedai runcit seberat 1 kilogram (kg) untuk sekali masak.
“Kebanyakan mereka yang berdepan situasi ini mempunyai ahli keluarga yang ramai mungkin lebih dari lima orang anak.
“Saya bersyukur sebab saya kini mampu membantu untuk meringankan bebanan mereka yang susah. Saya nekad untuk tidak berhenti dan doakan saya dapat teruskan sumbangan ini,” ujarnya.
Haslinda memberitahu, terdapat juga insan pemurah yang ingin turut sama menyumbang dengan menyalurkan wang ringgit bagi membeli barangan yang akan diagihkan di pondok itu.
Alhamdulillah! Moga lebih ramai insan mulia seperti wanita ini tampil sama-sama membantu mereka yang memerlukan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rupa-rupanya, anaknya itu mempunyai Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Obsessive Compulsive Disorder (OCD) atau Kecelaruan Obsesif Kompulsif adalah keadaan kesihatan yang memberi kesan kepada individu yang menghidapinya sama ada secara fizikal atau mental.
“Mama & idea bernasnya memutuskan untuk mengadakan pesta dengan Neqayl di ruang tamu Oleh itu, saya telah berunding dengannya kerana ayah mahu menonton TV,” tulis Nedim dikapsyennya.
Apa yang mencuri perhatian daripada perkongsian tersebut adalah cara Nedim berkomunikasi dengan anaknya. Pendekatan yang di ambil Nedim dilihat sangat prihatin, memahami dan dalam masa yang sama mendidik menggunakan tutur kata yang baik.
Rata-rata yang memberi komen memuji sikap Nedim tersebut.
bunswunsie I love that there’s no “anger” and negotiation is always a choice. Such a loving way to educate instead of using violence. Cos I was belted by my Dad and till this day, I can remember the pain. Way to go Boss 👍🏼
aidalistaThe best way…talk nicely n explain why..👍👍
evinurhidayahCara bijaksana daddy masa kini menasihati anaknya.hemmm sweetnye😍
syasyasya91The way daddy talks to neyney😍😍 halahhh melting nyee.. so polite, humble, soft spoken yet firm.. nanti neyney besar mesti jadi lelaki gentleman sbb cara didikan mommy daddy dia bagus👍🏻👍🏻👍🏻
alongatashasuka betul cara dady dia ajar anak dia.. tegas tapi sayang..
n_shidao803This is actually lovely… Something to learn from a father figure… Good job Neyney.. 😊
abelle_asnilove cara u didik ur anak..cara u explain supaya dia paham..
Lipas bila waktu malam hari, mulalah bermaharajalela di dalam rumah. Dapur antara kawasan yang paling disukai lipas. Pening juga memikirkan apakah cara untuk menghalau lipas-lipas ini dalam rumah kita.
Pelbagai cara dicuba termasuk menggunakan produk di pasaran, namun lipas hilang sekejap dan akan muncul kembali. Nah berikut dikongsikan petua untuk menghalau lipas hanya dengan menggunakan dua bahan dapur sahaja.
Memang stres bila nampak lipas merayap-rayap di dalam rumah terutama di ruang dapur. Menurut kajian, di dalam perut lipas, ada cacing halus dan lembut. Kalau kita pukul atau halau lipas dengan penyapu atau kertas, kemungkinan cacing ini akan keluar daripada perut lipas tadi dan mencari rumah baru untuk membiak.
Cacing ini anda tidak boleh nampak dengan mata kasar sebab saiznya yang kecil. Cacing ini boleh boleh masuk dalam tubuh melalui pori-pori kaki terutama bahagian tubuh terutama kaki yang ada luka.
Ada cara mudah, selamat dan jimat untuk menghalau lipas. Boleh cuba cara berikut:
Bahan-bahan:
1 sudu makan baking soda
1 sudu makan gula
Cara-cara:
Campurkan baking soda dan gula dalam satu bekas. Kacau biar sebati.
2. Letakkan bekas tersebut di tempat yang gelap terutama yang menjadi laluan lipas. Boleh juga taburkan campuran bahan ini di atas laluan lipas.
NOTA PETUA: Gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda ni akan membunuh lipas secara senyap.
Bersedekah adalah suatu amalan yang mulia dan harus dilakukan oleh kita semua, sama ada berupa wang atau pemberian barangan, sama ada besar atau kecil jumlahnya itu semua bukan persoalannya namun apa yang lebih penting setiap pemberian sedekah itu perlulah ikhlas dan pasti ada ganjaran disisi Allah. Bahkan dikatakan juga dengan bersedekah dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh seseorang.
Pun begitu perasan atau tidak, ada segelintir antara pemberi sedekah ini turut meminta si penerima untuk mendoakan kesejahteraan dan mendoakan agar rezeki mereka bertambah. Ia seoalah-olah meminta balasan daripada orang yang dibantu.
Adakah cara ini boleh dan beradab?
Dalam perkongsian Ahmad Saifuddin Yusof ini boleh dijadikan panduan untuk anda melakukan sedekah. Rupanya ada adab supaya apa yang kita berikan mendapat pahala sepenuhnya dari Allah.
ADAB BERSEDEKAH ADA CARANYA
Orang Bersedekah
Orang yang memberi sedekah tidak boleh meminta balasan daripada orang yang dia beri sedekah walaupun diminta supaya orang itu mendoakan kejayaan hidup dan bisnesnya.
Contohnya kita berkata, “Mohon doakan bisnes saya ya. Supaya lebih maju.” Sambil menghulurkan wang sedekah.
Ia tidaklah menjadi haram, namun para ulama’ berkata dibimbangi mengurangkan pahala sedekah.
Firman Allah ‘Azza wa Jalla;
وَیُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِینࣰا وَیَتِیمࣰا وَأَسِیرًا ﴿ ٨ ﴾
Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا نُرِیدُ مِنكُمۡ جَزَاۤءࣰ وَلَا شُكُورًا ﴿ ٩ ﴾
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, (9)
Surah Al-Insan ayat 8-9
Ibn Taymiyyah menyatakan;
ومن طلب من الفقراء الدعاء أو الثناء خرج من هذه الآية
“Sesiapa yang meminta didoakan oleh orang miskin atau meminta dipuji, maka dia terkeluar dari maksud ayat ini (Surah al-Insan : 9).” – Majmu’ Fatawa
Orang Menerima Sedekah
Orang yang menerima sedekah pula, elok adabnya mendoakan orang memberi sedekah itu supaya rezeki dan kebaikannya bertambah.
Abdullah bin Abi Aufa Radhiyallahu anhuma memberitahu;
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أُتِيَ بِصَدَقَةٍ قَالَ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِمْ. وَإِنَّ أَبِي أَتَاهُ بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ: اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِي أَوْفَى
“Ketika sedekah (zakat) dibawa ke hadapan Nabi Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam, baginda pun berdoa, ‘Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada mereka.’
Ayah saya pernah membawa sedekah (zakat)nya, maka Nabi Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam berdoa, ‘Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada keluarga Abu Aufa.’” – Sahih al-Bukhari
Sebaiknya kita yang mendoakan kepada orang miskin yang dihimpit kesusahan hidup bukannya kita pula meminta mereka mendoakan kita.