Berkongsi pengalaman dan info daripada seseorang yang berpengalaman dan berjaya menurunkan berat badan, tentu sahaja itu suatu perkara yang cukup mengujakan untuk orang lain pula mencubanya. Apatah lagi dengan cara itu akan memberikan kebaikan agar lebih ramai yang dapat memiliki berat badan ideal dan dalam masa yang sama menjalani kehidupan lebih sihat. Ini sebagaimana apa yang dilakukan oleh Puan Fauziah Z Alias bila berkesempatan bertemu dengan salah seorang pengajar dalam bidang sains pemakanan ketika berkongsi bilik di Mekah.

Ini antara ilmu yang dikongsikannya. Jom semak.

Seorang tenaga pengajar bidang sains pemakanan memberi saya petua ini semasa kami berkongsi bilik di Mekah minggu lepas. Yussof Ahmad, ProfAbdullah Hassan, Abu Samah Mohd Amin, Mohamed Idris Saman, Idrus Abdul Ghani, Ghazali Othman, Ridzwan Salleh, Rizal Muhammad.

A. CARA SUSUTKAN BERAT BADAN
Langkah 1.
Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

IKLAN

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.

Susut Berat Badan Berkesan Guna Cara Ni. Mudah Sangat Nak Amalkan!

Langkah 2.
Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.

IKLAN

Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.

B. CARA KUATKAN LUTUT.
Susut Berat Badan Berkesan Guna Cara Ni. Mudah Sangat Nak Amalkan!

IKLAN

Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.

Susut Berat Badan Berkesan Guna Cara Ni. Mudah Sangat Nak Amalkan!

Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.

Sumber : Fauziah Z Alias

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI