Sweetnya Bila Isteri Mengaji, Suami Pula Semak Bacaannya!

Share

Perkongsian pengalaman seorang lelaki ini apabila melihat sendiri gelagat si isteri yang membaca alquran dan didengar bacaan tersebut oleh suaminya cukup menyentuh perasaannya. Kejadian itu berlaku di dalam Masjidil Haram.

Nyata, sesiapa pun yang melihatnya akan merasakan alangkah beruntung dan bahagianya pasangan itu.

Jadi ayuh kita baca perkongsian penuh daripada Bijen Mod ini semoga kita juga dapat melakukan kebaikkan bersama pasangan dan keluarga tercinta.


Sewaktu di Masjidil Haram hari tu, mata saya sempat merakamkan gelagat sepasang suami isteri yang mesra di satu sudut masjid di situ.

Usai solat Maghrib, si isteri datang ke tempat solat lelaki, menemui suaminya sambil membawa Al-Quran untuk dibaca. Suaminya yang sedang bersandar menjadi mustami’ mendengar bacaan yang sedang disampaikan.

“Sweet-nya!” Berbunga hati saya melihat akan keletah mereka. Saya yakin majlis ta’lim wa ta’lum pasangan ini sudah dihidupkan sejak dari rumah mereka lagi. Tidak kekok walau sedikit pun.

Terus teringat pesan orang alim;

Bernikah itu mudah. Yang payah adalah mencari pasangan yang dapat membantu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah.

Oleh itu mintalah 3 perkara dengan Allah:

1. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa mengingatkan kita kepada-Nya,

2. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa memimpin tangan kita ke syurga-Nya,

3. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.

Semoga rumah tangga kita menjadi wasilah untuk kita sampai ke syurga-Nya.

Ameen Ya Rabb.

Sumber : Bijen Mohd

IKLAN