
Perkongsian pengalaman seorang lelaki ini apabila melihat sendiri gelagat si isteri yang membaca alquran dan didengar bacaan tersebut oleh suaminya cukup menyentuh perasaannya. Kejadian itu berlaku di dalam Masjidil Haram.
Nyata, sesiapa pun yang melihatnya akan merasakan alangkah beruntung dan bahagianya pasangan itu.
Jadi ayuh kita baca perkongsian penuh daripada Bijen Mod ini semoga kita juga dapat melakukan kebaikkan bersama pasangan dan keluarga tercinta.
Sewaktu di Masjidil Haram hari tu, mata saya sempat merakamkan gelagat sepasang suami isteri yang mesra di satu sudut masjid di situ.
Usai solat Maghrib, si isteri datang ke tempat solat lelaki, menemui suaminya sambil membawa Al-Quran untuk dibaca. Suaminya yang sedang bersandar menjadi mustami’ mendengar bacaan yang sedang disampaikan.
“Sweet-nya!” Berbunga hati saya melihat akan keletah mereka. Saya yakin majlis ta’lim wa ta’lum pasangan ini sudah dihidupkan sejak dari rumah mereka lagi. Tidak kekok walau sedikit pun.
Terus teringat pesan orang alim;
Bernikah itu mudah. Yang payah adalah mencari pasangan yang dapat membantu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah.
Oleh itu mintalah 3 perkara dengan Allah:
1. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa mengingatkan kita kepada-Nya,
2. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa memimpin tangan kita ke syurga-Nya,
3. Dikurniakan pasangan yang akan sentiasa meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.
Semoga rumah tangga kita menjadi wasilah untuk kita sampai ke syurga-Nya.
Ameen Ya Rabb.
Sumber : Bijen Mohd
Suami Pembentuk, Isteri Pencoraknya. Pasti Rumahtangga Kekal Bahagia Jika Saling Melengkapi.

Peranan seorang suami dalam membahagiakan isteri adalah perlu ada supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai.
Dalam hal yang demikian, suami perlu tahu tanggungjawab yang dipikul sebagai ketua keluarga.
Tidak dinafikan, memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati.
Sebegitulah yang dikongsi oleh saudara Abu Hurairah Asifa untuk membahagiakan pasangan sekali gus membentuk keluarga bahagia.
Semasa anak pertama lahir, saya tiada disisi isteri. Sebab masa tu saya roadtour show asia. Termasuk Indonesia dan Brunei.
Maka, sepanjang kehamilan isteri saya seorang sahaja mengharunginya. Tanpa saya. Dan saya memang kosong habis bab isteri mengandung ni.
Saya tak tahu apa yang dia lalui. Saya tak tahu apa yang dia rasai. Saya tak ambil kisah apa yang sedang di hadapi. Yang saya tahu, nanti dia bersalinlah. Simple!
Dan, akhirnya pada jam 4.30 pagi hospital telefon mengatakan bahawa anak pertama saya selamat dilahirkan oleh isteri. Saya yang masih mengantuk baru balik show menjawab biasa.
“Ok!” Kemudian tidur semula.
Kemudian jam 7.00 pagi isteri telefon.
“Abang, abang kat mana? Saya sakit. Sakit sangat”
“Ada kat rumah ni. Saya datang jap lagi. Alah, sabarlah. Sikit je tu”
Dan, bila saya sampai je kat hospital, saya lihat ada jururawat tengah bawa seorang bayi, betul-betul tepi saya. Putih melepak. Bibir merah. Comel sangat. Masa tu saya terbayang, kalaulah anak aku macam ni kan.
Saya terus dapatkan isteri. Isteri salam dan peluk dengan kuat. Menangis tak berhenti.
“Assalamualaikum tuan puan. Ini bayinya. Comel!”
Kami pun pandang bayi itu. Ya Allah, itulah bayi yang saya pandang tadi. Rupanya, anak kami.
Sepanjang hari itu, itulah pertama kali saya rasakan satu perasaan yang lain. Yang tak saya rasa sebelum ni.
Dengar isteri bercerita saat dia bersalin, berlinangan airmata ini jatuh kerana betapa hebatnya seorang wanitu melahirkan. Betapa kuatnya menghadapi ini berseorang.
Saya minta maaf pada isteri, atas sikap saya yang begitu. Ya, saya belajar tentang perasaan ini daripada kelahiran pertama kami.
Bila saya pulang, saya tiba-tiba rindu pada anak kami. Rindu pada isteri. Bila waktu melawat, saya yang sampai dulu.
Masa tu guna handphone tiada kamera. Saya pergi kedai beli kamera digital. Saya snap gambar anak dan isteri beribu kali. Bila rindu saya lihat gambar mereka.
Suami adalah seorang lelaki. Jika dia hanya seorang lelaki, dia adalah hanya sekadar kayu yang tegak berdiri.
Namun, saat dia menjadi suami, kayu yang kaku itu akan bergerak mengikut angin yang dibadai anak isteri. Kayu itu akan di hiasi ranting dan bunga hasil dari corak dan warna dari anak isteri.
Kalau kita menjadi suami, dan kekal menjadi kayu yang kaku dan tak berseri, percayalah kita lah punca kepada rosaknya hati dan jiwa isteri.
Kita ego dengan sikap kita.
Kita keras dengan pendirian yang entah apa-apa.
Kita sepohon kayu yang tak merimbun. Yang tak bermanfaat.
Jadilah suami yang belajar membawa rasa dalam rumahtangga. Yang memandang dan melihat anak isteri itu berbeza. Yang kuat dan selalu berdoa pada Tuhannya.
Pasti, rumahtangga kita akan sangat disenangi dan disukai Allah dan orang-orang yang melihatnya nanti.
Syurga rumahtangga, bermula dari seorang lelaki yang bernama suami dan isteri.
Suami pembentuk. Isteri pencoraknya.
Sumber: Abu Hurairah Asifa
Ramai Nak Jadi Pasangan Romantik, Tapi Tak Buat. Ini 8 Tips Simple Suami Isteri Kena Buat, Barulah Makin Bahagia.

Dulu masa bercinta, memang ada yang romantik, bila dah kahwin ada yang berubah. Masing-masing dah lupa nak bersikap romantik dengan suami atau isteri.
Sebenarnya romantik ini, bukannya hanya memberi bunga tapi segala perlakukan yang ‘sweet’ kepada pasangan.
Nak tahu lebih lanjut, ikuri perkongsian manis ini yang dikongsi oleh saudara Akhtar Syamir. Menarik untuk kita lakukan. Tip yang kita tahu tapi tak buat!
Ikuti perkongsiannya.
Cara mudah untuk jadi romantik dengan pasangan dan sekaligus menambah kemanisan hubungan suami-isteri. Semua pasangan boleh cuba.
Tak kiralah anda seorang suami atau seorang isteri, anda boleh menjadi seorang yang romantik sebenarnya.
Romantik ini ada 2. Satu dari percakapan dan yang kedua dari perbuatan. Ada yang boleh buat kedua-duanya. Ada yang boleh buat 1 sahaja. Tapi jangan risau, mana-mana pun bakal membuatkan pasangan anda tersenyum dan hatinya berbunga-bunga.
Romantik Perbuatan.
1. Sentuhan Fizikal.
Dibuat apabila suami dan isteri sedang duduk santai. Jangan buat semasa salah seorang sedang fokus pada benda lain contohnya si suami sedang tengok bola atau si isteri sedang tengok drama Nur 2.
– Hanya gunakan tepi ibu jari dan lalukan ia di pipi pasangan perlahan-lahan sambil memandang matanya dan senyum dengan manis.
– Gunakan hujung ibu jari dan bermainlah di kening pasangan dengan lembut. Buat dari dalam kening ke bahagian luar. Kiri dan kanan. Jika matanya tertutup melayan, anda sudah berjaya.
– Mainkan jari-jemari anda di ubun rambutnya. Boleh buat semasa tengok tv atau main telefon. Perlahan-perlahan je. Antara dia sedar dengan tidak. Gunakan juga jari-jemari anda untuk mengusap jari-jemari pasangan dengan lembut dan perlahan.
– Bawa kepala pasangan anda ke peha, biar dia jadikan peha itu sebagai bantal. Mainkan rambutnya. Garu ke, carik uban ke atau usap pun boleh. Cuba mainkan jari di bahagian telinga. Nanti ucap terima kasih kat saya.
– Cuba amalkan menyikat rambut pasangan. Kesannya amat positif. Jika pasangan berambut panjang, buat perlahan-lahan. Jika rambut suami pendek, buat dengan cepat dan kemas. Bila rambutnya sudah terurus, jangan pula kita kacau. Boleh gaduh pulak nanti. Hehe..
– Selalu pegang dengan lembut lengan atau pinggang pasangan. Ini boleh dibuat sama ada bila berjalan atau semasa berdiri menunggu apa-apa. Jangan nampak seperti memaksa. Perlu mulakan sedikit-sedikit. Ada yang hati keras, tak suka sentuhan. Tapi cuba je sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan. Kalau tak berjaya hari ini, esok lusa ada lagi. Nanti bila dah biasa, boleh cengkam-cengkam geram pulak.
– Ini yang paling hebat. Pelukan. Tak semestinya pelukan ghairah. Hanya pelukan sayang dan tak perlu lama pun. 2 3 saat pun dah cukup. Kalau dapat lagi lama lagi bagus. Boleh pilih untuk buat sebelum pergi kerja, selepas pulang dari kerja, bangun pagi, sebelum tidur, peluk dari belakang semasa dia masak, peluk tanda terima kasih jika pasangan buat sesuatu yang menggembirakan dan lain-lain situasi lagi. Tak perlu buat semua, buat salah satu pada permulaan je pun dah cukup. Nanti dah biasa, buatlah banyak-banyak.
– Geletek pasangan. Ini perlu hati-hati dan jangan terlebih. Ada orang suka, ada yang tak suka. Kenali pasangan anda dahulu. Cuba sekali dua dahulu. Kalau nampak dia marah, tak perlu buat dah. Kalau dia tergelak atau seronok, boleh buat lagi.
2. Senyum
Kalau mulut sukar untuk meluahkan, senyum je.
– Bila dia selesai berpakaian untuk ke luar, senyum. Itu tanda anda suka, anda sayang, anda memuji dia cantik atau segak tanpa berkata apa-apa. Hebat kan?
– Bila isteri sedang atau telah selesai masak, berikan dia senyuman tanda terima kasih dan anda menghargainya.
– Sebelum meninggalkan pasangan. Sama ada mahu pergi kerja atau keluar ke kedai. Sebelum pintu rumah ditutup, lemparkan sahaja satu senyuman manis buat pasangan. Tinggalkan mood yang baik. Pasti dia tersenyum sendiri.
– Bila pulang dari kerja, berikan senyuman yang menandakan anda bersyukur kerana telah pulang ke rumah dan anda telah meninggalkan kerja di tempat kerja. Setkan mood pulang anda itu di tahap yang baik.
– Senyum secara rawak atau spontan kepada pasangan. Bila dia tidak memandang, berikan senyuman padanya, bercakaplah dalam hati, “hensemnya laki aku ni” atau “comel bini aku ni”. Biar dia perasan yang anda sedang tersenyum melihat dia. Kalau dia tanya kenapa, boleh jawab sebab dia hensem atau cantik, atau jawab je “takde pape”. Pasti best !
3. Buat Apa Yang Disukai Pasangan
Ada sahabat saya cakap, suami dia beli ayam gunting RM6 pun dia dah rasa romantik sangat. Kenapa? Kerana suami dia TAHU apa yang isterinya suka dan buat.
– Beli atau masak makanan kegemarannya. Tak semestinya yang besar atau mahal. Kadang-kala dia suka keropok jenama Cachos, kalau anda belikan, pasti dia tersenyum. Ataupun jika pasangan suka makan seaweed, belikanlah bila teringat. Pasti dia suka. Kalau ada rezeki lebih, beli makanan kegemaran dia. Mungkin dia suka burger, mungkin dia suka sushi, mungkin dia suka makan di Nandos. Jika mampu, bawak dia sekali sekala. Kalau pasangan jenis suka masakan anda, masak apa yang dia suka. Cukup dapat lihat dia makan dengan bersungguh pun kita dah seronok kan?
– Jika pasangan suka anda buat sesuatu, buatlah. Contohnya pasangan suka anda berzumba, berzumbalah sampai penat. Jika pasangan suka anda bersukan atau ke gym, pergilah. Jika pasangan suka anda buat lawak, jadilah tukang lawak buat dia. Jika pasangan suka nyanyian anda, menyanyilah selalu. Jika pasangan suka anda mengaji, amalkan baca Quran berdekatan dengannya. Pasti dia hargainya.
– Boleh juga masuk bab jangan buat apa yang pasangan tidak suka anda buat. Contohnya, dia tak suka anda geletek dia. Jangan buat dah. Jika dia tak suka nyanyian sumbang anda, jangan sakitkan telinga dia. Jika dia tak suka anda like gambar lelaki atau perempuan lain, jangan buat dah. Mudah kan?
– Layan minat dan hobinya selagi ia tak memudharatkan. Tunjukkan minat untuk ambil tahu. Kalau tak faham pun takpe. Cukup sekadar beri dia ruang untuk melayan hobinya. Kalau hobinya anda pun suka, pasti dia sangat seronok jika dapat dilakukan bersama.
– Solat berjemaah. Mungkin ramai yang anggap Solat berjemaah ini memang kena buat dan perkara wajib. Memang betul. Tapi ini juga salah satu dari cabang romantik. Dari rohani hinggalah fizikal. Pasangan pasti rasa manis bila dapat solat berjemaah bersama.
4. Permudahkan Urusan Pasangan
– Bantu suami bersiap. Sediakan pakaiannya yang kemas. Si suami pun boleh bantu isteri dalam membuat kerja rumah. Basuh pinggan, basuh kain, sidai dan lipat kain, sapu rumah, kemas bilik dan ruang tamu atau basuh tandas. Bukan suruh buat hari-hari. Bila perlu je. Boleh jugak tolong isteri masak sekali-sekala asalkan jangan sampai menyusahkan. Karang ada yang “dah la abang, biar sayang je masak, abang pergi tengok tv”. Pasti ramai yang suka kan? Tapi tak romantiklah.
– Tolong jaga anak bila isteri makan. Sama ada di rumah atau di luar. Kadang-kadang, cuba bagi can isteri makan dahulu. Mesti dia hargainya nanti.
Romantik Percakapan
1. Kata-Kata Cinta
– Ucapkan secara lisan I love you. Cakap sekali sekala boleh. Cakap setiap kali sebelum pergi kerja boleh. Sebelum tidur, sebelum pergi kedai, sebelum keluar dari rumah ataupun secara rawak tanpa dirancang.
– Jika tak mampu bercakap, taip. Kadang-kala ada yang malu nak keluarkan suara. Taip sahaja di whatsapp. Atau yang paling mudah, emoji. Emoji ini kecil je, tapi sangat-sangat bernilai. Bagi je sekali-sekala atau selalu. Nak selitkan dalam perbualan di whatsapp pun boleh. Pasti pasangan akan nampak punya. Dia balas atau tidak itu soal lain. Buat sahaja bahagian kita. Jangan risau, 1 emoji ini tidak akan membinasakan. Kecuali kalau diberi kepada orang lain. Hahaha..
-Google kata-kata cinta, ambil satu dua dan cuba sekali-sekala. Atau yang lagi bagus, cakap terus kata cinta dari hati. Sama ada “I sayang sangat kat U” atau “I tak boleh kalau U pergi lama-lama, rindu sangat”. Benda-benda yang dulu kita selalu cakap masa bercinta pun ok.
2. Imbau Kenangan Semasa Bercinta
-Masa bercinta semuanya indah kan? Boleh je bersama dengan pasangan cerita kembali kenangan dulu. Benda yang kelakar, benda yang manis, yang memalukan ke pun takpe, pasti akan tergelak bila teringat. Cuba sama-sama ingat kembali masa dating, masa kali pertama jumpa, kali pertama declare, kali pertama kenalkan kepada keluarga dan lain-lain.
– Boleh juga jadikan kenangan lama sebagai pengajaran, kesilapan lalu yang sama-sama mahu tambah baik dan ubah. Atau pun kesusahan lalu yang sudah berjaya atau sedang diatasi. Ini pun satu perkara yang romantik apabila pemikiran suami dan isteri berfikir perkara yang sama.
3. Tanya dan Komunikasi
– Apa yang bermain di fikiran pasangan? Tanya. Apa yang disukai dan tidak disukainya, tanya. Apa yang merunsingkan fikirannya, tanya. Apakah harapannya, tanya. Apakah cita-citanya serta angan-angannya, tanya. Apakah kesilapan kita, pun boleh tanya. Jangan diam. Jangan ingat kita boleh faham sendiri dan jangan ingat kerut di keningnya akan hilang sendiri. Mungkin di luar tak nampak, di dalam hati tak siapa yang tahu jika tidak bertanya.
4. Pujian dan Bisikkan
– Selalulah memuji pasangan. Hargai setiap perbuatannya. Kalau suami tak reti masak, bila dia masak nasi atau telur goreng pun pujilah. Yang penting dia cuba. Atau pun isteri anda pandai masak, puji. Jangan ambil mudah, nak pandai masak tu bukan senang. Lagipun, perut kita pun happy betul tak?
– Puji kecantikan dan kehenseman pasangan. Ucapkan dengan kata-kata. “Cantiknya sayangkuuuu” atau “Abang ni hensem macam Shah Rukh Khan la”. Tak salah pun puji tu. Tak luak langsung. Bukan kena bayar pun. Pujilah selalu. Biar dia rasa biasa pun. Puji je. Takde benda buruk yang boleh datang dengan pujian. Kecuali memuji laki atau bini orang lain. Kah kah kah..
– Bisik manja di telinga dia. Bisik je ape-ape pun. Benda biasa boleh, benda yang seksi pun boleh. “Geram tengok abang hari ni”. “Kenapa cantik sangat ni?”. “I love U”. Atau “hmmmmmmmm”. Nak best lagi, gigit manja telinga dia. Amaran. Apa yang jadi selepas itu, tanggunglah sendiri ye. Hahaha..
Banyak yang kita boleh buat, pilih dan olah mengikut kesesuaian pasangan dan keluarga anda. Perlu ingat, jangan memaksa dan membanding-bandingkan. Semuanya perlukan masa. Semuanya perlukan latihan dan kesesuaian.
Semoga perincian ini dapat menambah kemanisan dan keghairahan dalam hubungan suami isteri.
Sumber: Akhtar Syamir
“Apalah Guna Rumah Bersih Tanpa Riuh Anak.” Deep Perkongsian Ni!

Ketika semua anak-anak masih kecil, memang benar diakui cabaran dan tugas kita sebagai ibu bapa bukan mudah.
Memandangkan setiap seorang anak itu ada ragam dan perangai mereka tersendiri yang perlu dilayan.
Itu belum lagi jika disentuh bab bergaduh berebut mainan, sepahkan rumah dan macam-macam lagi yang dibuat oleh anak-anak hingga membuatkan kita berasa penat berdepan dengan semua situasi tersebut.
Namun percaya atau tidak, yakinlah suatu hari nanti waktu-waktu itu jugalah yang membuatkan kita rindu.
Ini sebagaimana apa yang cuba dikongsikan oleh seorang ayah ini.
Jom baca apa pesanannya untuk kita lebih menghargai detik membesarkan anak-anak sementara mereka masih di depan mata.
Setiap hari, waktu begini hanya saya seorang sahaja yang ada di rumah. Kalau nak kemas rumah, atau nak lihat rumah bersih, inilah waktunya.
Tapi… Apalah gunanya rumah bersih kalau sunyi tanpa riuh rendah anak-anak yang seorang kuat mengusik dan seorang lagi kuat menangis.
Seorang kuat menyepah, seorang lagi kuat makan.
Rumah bersih, rapi dan teratur tapi hati kita sunyi.
Semalam, semasa ceramah keibubapaan, saya sebutkan kepada ibu bapa yang hadir.
Anak-anak menjadi milik kita sehingga usia mereka 12
Anak-anak akan menjadi milik kita sehingga usia mereka 12 tahun sahaja. Selepas itu, sedikit demi sedikit pegangan dan kebergantungan mereka kepada kita akan terlepas.
Masa itu, hanya kenangan masa lalu sahaja yang akan mengisi hari-hari kita.
Kena pula anak perempuan. Selepas terlafaznya sah pada akad nikah, maka hiraki ketaatan ibu bapa telah jatuh ke nombor dua dan tiga. Waktu itu, segala khidmat dan taat akan ditumpahkan kepada sang suami tercinta.
Tinggallah ibu bapa menanggung kesepian
Tinggallah lagi ibu bapa menanggung kesepian di rumah. Anak perempuan yang kita sayangi, yang kita cintai, yang menjadikan ayah sebagai kekasih pertama, perlahan-lahan dibawa pergi. Waktu itu, hanya iringan doa yang dapat dibekalkan. Agar suami yang menjadi khalifah akan mengetuai bahtera sebaiknya.
Waktu anak kecil ini, biarlah mereka lakukan apa sahaja. Conteng dinding, buat sepah, kumbah baju, biarkan. Semua itu boleh dibersihkan.
Kerana, satu hari nanti, hanya kenangan itu yang akan menjadi penghibur hati di saat kita merindui mereka.
Ahhhh. Menitik pula air mata ni. Spoil betullah.
sumber : Abdul Muiez Ruslee
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.