Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak-anak menjadi orang yang berguna. Kerana itu, anak-anak harus dididik dan di asuh sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Demikian juga dengan pelakon cantik manis seorang ini. Sejak dahulu lagi, Rita Rudaini memang sudah diketahui sangat mementingkan anak-anaknya. Biarpun sendirian membesarkan dua heronya, namun ketabahan dan sikap penyayang seorang ibu sangat dikagumi ramai.
Ads
Terbaru, Rita memuat naik sekeping gambar anak-anak lelakinya mengerjakan solat jumaat. Dalam perkongsian tersebut, Rita memberitahu selain menghantar anak-anaknya menunaikan solat, dia juga akan menunggu sehingga mereka selesai.
Mommy sentiasa hantar dan tggu selagi ada hayat…kenangan paling mahal yg xbole di ulang kembali ….
Perkongsian tersebut nyata sangat menyentuh hati dan membuatkan ramai yang kagum serta memuji sikap Rita sebagai ibu yang prihatin dengan anak-anaknya.
Ads
masampinKadang terharu tgok sis😭. Tabahnya seorang ibu sanggup tunggu anak untuk bekalan akhirat. Semoga sis diberi kesihatan, rezeki yg baik untk mnjaga anak anak.
cherynmsRajinn nya mummy… Insyaallah jd ank soleh… Be stton Mummy Rita smga dimudahkan 😘
syikin.shananan how i wish i can hantar n tunggu macamni every friday.. tapi i keje jauh dari rumah so xde chance la.. harapkan anak2 berdikari sendiri je pegi ngan kawan2..
norhidayuanuarBerdikarinya ank Kak Rita dari kecil. Mereka membesar dgn kasih syg mommy insya-Allah mereka juga akan menyayangi mommy sehingga ke akhir hayat mereka💞
miza_luthfiyaKamu la ibu,kamu la ayah..keep strong dear dlm mmbesarkn ank2..moga dprmudhkn urusan stiasa💪😊
mhanyhishamInsyaa Allah kenangan ini juga akan terpahat di kepala anak2 Rita sepanjang hayatnya
Menyimpan pelbagai makanan dan bahan memasak di dalam peti ais adakalanya menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Ia bukan sekadar membantutkan selera tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan.
Berikut di kongsikan 5 tips jaga peti sejuk di rumah anda agar sentiasa bersih dan segar.
1. Gunakan Baking Soda
Untuk menghilangkan bau dari peti sejuk, anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam bekas atau tupperware kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh di larutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.
2. Gunakan Oatmeal
Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh di kurangkan atau hilang sama sekali.
3. Gunakan Biji Kopi
Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti ais anda akan hilang dengan sendirinya.
4. Gunakan Arang
Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.
5.Cuci terlebih dahulu
Lakukan tindakan pencegahan mudah iaitu cuci dahulu sayuran atau buah yang akan dimasukkan ke dalam peti sejuk dan pisahkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas tertutup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Cuba dahulu dan persiapkanlah diri untuk sajian rumah terbuka nanti. Pasti tetamu makan bertambah. Selamat mencuba.
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya.
Jangan pula dibuang.
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan Sedap
Untuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengalaman mengerjakan umrah bersama ahli keluarga tentunya menjadi kenangan yang begitu manis untuk dikenang. Apatah lagi dengan melakukan ibadah ini akan menjadikan jiwa seluruhnya menjadi lebih tenang dan hubungan kekeluargaan juga menjadi lebih akrab.
Menyentuh tentang menunaikan ibadah umrah bersama keluarga, pastinya sebelum ke sana tentu ada persiapan-persiapan rapi yang harus dilakukan agar perjalan umrah menjadi lancar. Apatah lagi, jika itu merupakan ziarah pertama kali.
Sering juga kita terbaca perkongsian tentang persiapan yang harus dilakukan di media sisoal, namun berbeza dengan perkongsian nan satu ini. Bila mana Puan Afidah Ayob menyenaraikan tip dan panduan umrah bersama anak istimewa, sebagai mana apa yang telah dilakukannya.
Jom semak.
TIPS DAN PANDUAN MENUNAIKAN UMRAH BERSAMA ANAK ISTIMEWA.
“Ya Allah, tambahkanlah rezeki kepada kami, agar kami dapat mengunjungi rumah-Mu yang agung, menziarahi Rasul-Mu yang mulia, pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya bersama satu keluarga dalam keadaan kami yang terbaik.”
A PERSEDIAAN SEBELUM
1) DOA
Doa ialah senjata orang mukmin. Dari saat kita menetapkan hati untuk pergi menunaikan umrah bersama anak istimewa, pintalah kepada Allah agar hajat kita ditunaikan dan dipermudahkan.
Aiman kami khatankan beberapa bulan sebelum pergi menunaikan umrah pertama kami dahulu.
3) AGENSI UMRAH
Carilah agensi umrah yang boleh dipercayai dan yang dicadangkan oleh mereka yang pernah pergi (Contoh: THO Travel & Tours , Andalusia Travel & Tours)
Pastikan agensi dapat menyediakan tempat penginapan seperti diiklankan. Banyak kes yang berlaku, bila sampai di haramain, hotel yang diberi sudahlah tidak sama seperti yang dijanjikan, kurang selesa malah jauhnya berganda.
Sebaiknya ambil bilik untuk satu keluarga untuk memudahkan penjagaan anak bersama dan pilih pakej yang menawarkan hotel yang dekat dengan masjid. Boleh lakukan carian di google map atau di internet.
Maklumkan kepada pihak agensi tentang kondisi anak istimewa yang bakal kita bawa bersama untuk mereka mengambil langkah yang sewajarnya. Pastikan kita maklumkan kepada pihak TA jika anak kita perlu membawa tabung oksigen kerana TA perlu menghantar surat kepada pihak penerbangan lebih awal untuk tindakan lanjut.
Dalam hal ini, alhamdulillah, kami sekeluarga pergi menunaikan umrah secara persendirian. Jadi kami dapat memilih hotel mengikut bajet kami dan paling penting kedua-dua hotel yang diduduki hanya di seberang jalan masjid.
4) KESIHATAN
Ikhtiar untuk meningkatkan ketahanan tubuh anak termasuk mengambil suntikan tambahan, mengambil supplements dll.
Jika anak mengalami epilepsi, pastikan membawa surat pelepasan daripada doktor di hospital bagi ubat terkawal.
Pastikan juga stok ubat sawan atau ubat-ubat lain mencukupi. Tips : Simpan di beberapa tempat berasingan. Cth : Bawa dalam ‘hand luggage’ dan beg besar. Jika ada kecemasan, kita masih punya stok yang disimpan di tempat lain.
Ambil maklumat daripada TA tentang lokasi hospital terdekat di Makkah dan Madinah. Sekurang-kurangnya, jika berlaku kecemasan dan wakil TA tidak dapat dihubungi, kita dapat membawa anak terus ke hospital.
5) CARA MEMBAWA ANAK DI HARAMAIN
Stroller tidak dibenarkan sama sekali memasuki masjid. Ada ruang untuk tempat penyimpanan di luar tetapi risiko untuk diambil orang masih ada. Hanya kerusi roda dibenarkan dibawa masuk terus ke masjid. Jadi jika mahu membawa anak bersama ke masjid, pertimbangkan samada mahu membawa kerusi roda atau ‘baby carrier’. Jika masih mahu membawa stroller, beli sahaja stroller yang agak murah supaya kita tidak terkilan jika diduga kehilangan.
6) CUACA
Untuk persiapan material, minda dan fizikal, lakukan sedikit pencarian tentang cuaca di bulan kita bakal pergi kerana cuaca di sana agak berbeza dengan cuaca di Malaysia. Panas dan sejuknya kering menyebabkan kulit cepat kering dan pecah.
Pengalaman menunaikan umrah dalam dua musim berbeza membawa kenangan yang tersendiri. Suhu pernah turun hingga 7 darjah celcius semasa kami tiba di Madinah.
7) PERSEDIAAN FIZIKAL
Walaupun anak tidak boleh berjalan semasa mengikut kita untuk menunaikan umrah, bawa anak juga bersama dalam aktiviti supaya dia biasa dengan keadaan yang bakal ditempuhi semasa tawaf atau bersaie. Namun, jika berhasrat untuk mengendong anak, pastikan anda berlatih dalam keadaan yang sama.
B. SEMASA DALAM PERJALANAN
1) Pastikan anak mendapat rehat dan tidur yang cukup semasa mula melakukan perjalanan kerana perjalanan ke Makkah akan mengambil masa minimum 9 jam jika tanpa henti.
C. TIBA DI HARAMAIN
1. Memandangkan dataran di Masjidil Haram dalam proses renovasi, jemaah yang dibenarkan masuk untuk satu-satu masa agak terhad. Kerusi roda mungkin tidak dibenarkan sama sekali di dataran waktu jemaah biasa ramai di dataran.
Ini cadangan kami berdasarkan pengalaman.
Suami tawaf dahulu di dataran. Isteri menjaga anak sambil menunggu di tempat yang dijanji. Kami suka berjanji untuk bertemu di tempat tepi lampu hijau. Isteri boleh ambil masa untuk solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir sementara menunggu suami selesai tawaf.
2. Mengendong anak semasa tawaf umrah wajib perlu dipertimbangkan kerana bimbang melanggar syarat sah tawaf khususnya untuk memastikan anak tidak buang air semasa kita mengendong.
Selepas itu, suami ambil giliran menjaga anak dan isteri pula melakukan tawaf sebelum sama-sama pergi untuk melakukan saie.
3. Tempat tawaf di tingkat atas disediakan untuk mereka yang berkerusi roda. Jaraknya tidak sama dengan di dataran. Dataran boleh mengambil masa hanya 15 minit jika suasana lengang tapi di tingkat satu, tawaf boleh mengambil masa selama sejam untuk tujuh pusingan sejauh kira-kira 7km.
2. MELAYAN KARENAH ANAK
Berlapang dada jika kita tidak dapat berjemaah setiap waktu di masjid jika anak nampak kurang sihat dan letih. Beri peluang kepada suami untuk berjemaah di masjid. Usai solat, suami berilah keizinan kepada isteri untuk pergi pula ke masjid.
Jika ingin beriktikaf di masjid, bawa bersama sedikit bekalan makanan dan minuman untuk anak dan barang-barang keperluannya. Bawa sekali spray wuduk untuk berwuduk. Jika wuduk terbatal, kita dapat mengambil wuduk semula tanpa perlu keluar daripada masjid.
3. MEMASUKI RAUDAH
Berdasarkan pengalaman, cuti sekolah bulan Mac selalunya antara waktu puncak sibuk di haramain. Saya tidak galakkan isteri membawa anak yang kecil untuk memasuki Raudah kerana risiko berhimpit-himpit memang tinggi, bimbang anak terlepas daripada pegangan dan terjatuh. Sebaliknya, mungkin suami boleh membawa anak untuk masuk ke Raudah.
Terdapat laluan untuk pengguna kerusi roda bersama penjaganya menuju ke Raudah. Cuma ada masa, keadaan menjadi agak tidak terkawal di dalam bila jemaah daripada laluan biasa cuba pula memasuki kawasan pengguna kerusi roda ketika mereka sudah hampir keluar daripada Raudah.
Kami turut catatkan perjalanan umrah pertama kami di buku “Lihat Langit Tinggi-Menggapai Impian Aiman”.
Labbaika Allahumma labbaika, labbaika laa syariika laka labbaika, inal hamda wan ni’mata laka wal mulka laa syariika laka. (Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu. Sesungguhnya puji, nikmat, dan kekuasaan hanya bagi-Mu tanpa sekutu apapun bagi-Mu)
Di saat rakyat Malaysia terus dihimpit tekanan hidup daripada kos sara hidup yang melambung, kerjaya yang tak menentu, hingga hubungan peribadi yang semakin renggang hadir semula satu peluang untuk mereka yang nekad nak ubah hidup, bukan sekadar luaran, tapi dari dalam.