Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan insan tersayang memang perit untuk diungkapkan dengan kata-kata. Seolah-olah separuh nyawa dibawa pergi bersama.
Adik Fariz Naufal yang berusia 5 tahun kehilangan ayah tersayang di dalam satu kemalangan jalan raya. Dia yang ketika itu membonceng motorsikal bersama arwah ayahnya turut mengalami kecederaan teruk. Kisah Adik Naufal ini dikongsikan oleh jirannya Eizan Ariffin. Sama-Sama kita doakan semoga Adik Fariz cepat sembuh seperti sedia kala.
Ini Adik Fariz Naufal, 5 tahun. Dia adalah anak syurga kepada jiran, kawan saya Juli Razali.
Pada waktu ini, adik Fariz sedang berada dalam bilik pembedahan (OT) di Hospital Sg.Buloh. Kata ibunya, Fariz baru tertidur lepas dibius dan saya yakin sekarang ni team pakar neuro sedang menjalankan tugas mereka untuk memasang dan memasukkan kembali tempurung kepala adik Fariz Naufal (cranioplasty).
Untuk makluman sahabat semua, adik Fariz cederah parah dan mengalami ‘Severe traumatic brain injury’ akibat kemalangan bersama ayahnya pada Ogos 2017. Insiden itu telah ‘membawa’ ayahnya pergi buat selama-lamanya?.
Maka tinggallah Fariz berjuang untuk hidup tanpa ayah. Tiada lagi insan yang menemani dia siang dan malam. Sejak lahir, ayahnya yang menjaga dan menatang Fariz bagai minyak yang penuh. Memandangkan arwah bekerja sendiri. Fariz dibawa ke mana-mana sahaja. Fariz boleh dikatakan membesar hasil ‘air tangan’ ayahnya. Allah…
Namun, biarpun insan itu tiada lagi, Fariz masih mempunyai ibu yang sangat cekal hatinya, adik-beradik, saudara mara serta jiran tetangga yang tidak pernah berhenti mendoakan Fariz kembali duduk, bangun, berjalan dan berlari serta ceria macam dulu. Boleh makan makanan yang disukai…buat masa ni Fariz hanya minum susu melalui tiub. Sejak kemalangan, telah banyak proses pembedahan terpaksa dilalui oleh anak kecil ini. Bukan sehari dua pernah tinggal di hospital, malah berbulan-bulan.?
Ads
Masa ziarah Fariz baru ni, keadaan dia ada progres yang positif hasil rawatan fisioterapi dan akupuntur secara berkala. Kulit juga semakin cerah selepas hampir setahun Fariz tidak keluar rumah selain keluar ke hospital. Dan sejak 2-3 bulan ni, hampir setiap hari bibik akan tolak stroller Fariz, ambil angin luar rumah. Boleh juga Vitamin D untuk tubuhnya yang makin susut itu.
Fariz, acik Eizan dan semua sahabat kat sini doakan urusan pembedahan Fariz lancar tanpa sebarang komplikasi. Keep strong Fariz?.
Ads
Perkembangan Terbaru
Alhamdulillah..Allahuakbar Keadaan Adik Fariz Naufal ada progres positif. Dr. sudah buka tiub oksigen dia. Lega dengar sebab tiub ni kalau pakai lama-lama boleh ganggu vocal cord. Kata ibunya, Juli Razali dua hari lepas Fariz demam tapi dah makin baik. Cuma batuk-batuk sikit, efek daripada tiub oksigen ini.
Tiub atas kepalanya juga sudah dibuka. Begitu plaster yang menutup jahitan turut dibuka. Dalam fasa ini pesan Dr, luka jahitan ini perlu dijaga sebaiknya. Dr juga pesan agar banyakkan berdoa agar tempurung kepala Fariz dapat grow dengan baik dan agar elok bercantum tanpa sebarang jangkitan.
Cuma sekarang ni, adik Fariz suka sangat nak sentuh kepala dia, mungkin rasa sedikit gatal pada bahagian jahitan. Jadi, ibunya perlu sentiasa pantau dan akan sapu sanitizer setiap kali nampak dia sentuh bahagian tersebut, bimbang jika ada jangkitan.
Kepada sahabat semua, teruskan berdoa agar tempurung kepalanya kembali normal. Fariz, teruskan berjuang! Acik Eizan dan semua saudara-mara, jiran dan sahabat maya tidak sabar tunggu Fariz sihat ceria.
Jom kita sama2 doakan Fariz ya & tinggalkan dalam komen kata-kata ‘ajaib’ buat Fariz dan ibunya serta Wani, kakak Fariz juga sebaya anak kedua saya; bakal ambil PT3 tak lama lagi….?.
Mungkin ada yang saya tak kenal anda siapa..tapi saya tahu, hati anda ikhlas doakan mereka. Terus berjuang Fariz!
#MakAnakEnam macam saya ni memang kaya air mata. Sungguh!
Ramai ibu ayah nak anak menjadi seorang yang pintar. Pelbagai usaha dilakukan supaya anak menjadi cemerlang dalam akademik.
Malah ada yang menyediakan kelas tambahan untuk melatih anak bertambah baik. Namun ibu ayah lupa bahawa percakapan boleh mempengaruhi cara pemikiran anak.
Sebagaimana perkongsian ini, Abu Hannah menerusi coretannya menjelaskan bahawa kata-kata tengking kepada anak boleh mempengaruhi pemikiran anak.
Ikuti perkongsiannya.
Usah Tengking Anak
Anak ni, ko nak dia bijak, cerdas dan cergas sebenarnya ada 1 perkara pokok ko kena amal buat.
Iaitu elakkan TENGKING anak.
Ada beza ea garang, tengking, marah, tegas.
Garang = Sejenis perasaan yg dirasai oleh org sekeliling sbg satu personaliti kepada seseorg.
Org garang tidak perlu tengking atau tidak perlu marah. Tetapi org tahu personaliti dia garang. Biasanya org garang ini sebenarnya dia melindungi sesuatu drpd org lain. Cthnya dia lembut didalam. So nak melindungi kelembutan tu dia tutup dgn sifat garang.
Tengking = Sejenis sikap suka melepaskan rasa amarah dengan menggunakan suara yg kuat disertai dengan emosi yang meluap luap. Kebiasaannya org panas baran dilabel panas baran bila mereka suka menengking.
Kanak2 akan jadi lembab jika kerap ditengking bukan kerana tengkingan itu. Tetapi vibes yg dihasilkan sewaktu menengking itu membuatkan anak2 semakin hilang keupayaan utk berfikir dan bertindak serta sukar membuat . Dan lama kelamaan ianya jika tidak dirawat boleh mendatangkan masalah konflik identiti. Dan itu adalah fasa awal depressi pd anak2.
Marah = Orang pemarah dan org penengking berbeza. Sbb ada org suka marah dia pendam dan diam. So dia lepaskan dgn emosi merajuk.
Panas baran sebenarnya org yg suka menengking. Pemarah tak semestinya menengking. Sbb ada org dia suka diam bila marah. Tegas = Suatu kekuatan dalam hati. Org tegas bukan pemarah, bukan penengking dan tak semestinya garang. Tegas adalah pendirian dlm diri. Tiada kaitan dengan emosi.
Ada org yg pendiam tp tegas. Ada org oenakut tp tegas. Namun tegas sinonim dgn berani.
Sebab ramai org keliru bila aku tulis jangan tengking anak. Org tu ingat tegas dan marah tu aku maksudkan tengking.
Kunci didikan anak ada pd bait kata saidina ali ra. Iaitu satu manusia yg Allah redha utk ke syurga semasa hayatnya.
Org yg rapat dengan nabi saw. Org yg awal memeluk islam diusia muda. Org yg memimpin umat Islam dikala suasana perit
Bila sebut jer sahabat nabi saw, maknanya ia merujuk org yg setia dan paling rapat dgn nabi saw. Org plg hampir kepada nabi saw. Melihat dan dengar setiap satu perbuatan dan sabdaan nabi saw.
Saidina ali ra pesan
” Didik anak 7 tahun pertama sbg raja “
Mcm mana ko layan raja? Ada ko tengking raja? Sebab otak manusia yg bergerak dlu semasa 7 tahun pertama adalah otak kanan. Otak kanan adalah otak yg penuh dengan emosi. Sebab tu org yg menyukai kepada seni kebiasaannya akan menggunakan daya otak kanan dgn kuat.
7 tahun pertama sesuai didik anak supaya belajar mengenali emosi mereka. Supaya kelak mereka boleh seimbangkan dan kawal emosi. Emosi adalah sumber kekuatan jiwa manusia. Jiwa kuat, badan sihat.
Otak kanan juga ada daya imaginasi yg sgt2 tinggi. Rangsang semaksimum mungkin daya tu, baru ko dapat unlock penggunaan otak kiri.
Tak kisah lah ko bg fish oil ker, hemp oil ker, sacha inchi oil ker. Once ko kerap tengking anak. Otak anak yg nak develop td akan terbantut. Dan data yg terbantut tu membantutkan tahap berfikir dan tahap bertindak anak2.
Hannah panggil aku. Nti sambung… If aku kata tengking pun a BIG NO. Maknanya sentap tangan, maki, tumbuk adalah berlebih jangan dilakukan. Aku juga belajar perlahan lahan. Ko nak anak mudah memghafaz masa sekolah, mudah mengira, mudah membaca.
Stop TENGKING anak.
Agaknya, suka tak dpr suami atau bos yg suka menengking? Anak manja? Jgn risau. Anak manja adalah anak yg berdikari. Ada beza manja dan mengada. Next nti sambung.. So start arini jangan tengking. Stop tengking terus. Ada cara nak stop perangai menengking ni.
Dulu masa bercinta, memang ada yang romantik, bila dah kahwin ada yang berubah. Masing-masing dah lupa nak bersikap romantik dengan suami atau isteri.
Sebenarnya romantik ini, bukannya hanya memberi bunga tapi segala perlakukan yang ‘sweet’ kepada pasangan.
Nak tahu lebih lanjut, ikuri perkongsian manis ini yang dikongsi oleh saudara Akhtar Syamir. Menarik untuk kita lakukan. Tip yang kita tahu tapi tak buat!
Ikuti perkongsiannya.
Cara mudah untuk jadi romantik dengan pasangan dan sekaligus menambah kemanisan hubungan suami-isteri. Semua pasangan boleh cuba. Tak kiralah anda seorang suami atau seorang isteri, anda boleh menjadi seorang yang romantik sebenarnya.
Romantik ini ada 2. Satu dari percakapan dan yang kedua dari perbuatan. Ada yang boleh buat kedua-duanya. Ada yang boleh buat 1 sahaja. Tapi jangan risau, mana-mana pun bakal membuatkan pasangan anda tersenyum dan hatinya berbunga-bunga.
Romantik Perbuatan.
1. Sentuhan Fizikal. Dibuat apabila suami dan isteri sedang duduk santai. Jangan buat semasa salah seorang sedang fokus pada benda lain contohnya si suami sedang tengok bola atau si isteri sedang tengok drama Nur 2. – Hanya gunakan tepi ibu jari dan lalukan ia di pipi pasangan perlahan-lahan sambil memandang matanya dan senyum dengan manis. – Gunakan hujung ibu jari dan bermainlah di kening pasangan dengan lembut. Buat dari dalam kening ke bahagian luar. Kiri dan kanan. Jika matanya tertutup melayan, anda sudah berjaya. – Mainkan jari-jemari anda di ubun rambutnya. Boleh buat semasa tengok tv atau main telefon. Perlahan-perlahan je. Antara dia sedar dengan tidak. Gunakan juga jari-jemari anda untuk mengusap jari-jemari pasangan dengan lembut dan perlahan. – Bawa kepala pasangan anda ke peha, biar dia jadikan peha itu sebagai bantal. Mainkan rambutnya. Garu ke, carik uban ke atau usap pun boleh. Cuba mainkan jari di bahagian telinga. Nanti ucap terima kasih kat saya. – Cuba amalkan menyikat rambut pasangan. Kesannya amat positif. Jika pasangan berambut panjang, buat perlahan-lahan. Jika rambut suami pendek, buat dengan cepat dan kemas. Bila rambutnya sudah terurus, jangan pula kita kacau. Boleh gaduh pulak nanti. Hehe.. – Selalu pegang dengan lembut lengan atau pinggang pasangan. Ini boleh dibuat sama ada bila berjalan atau semasa berdiri menunggu apa-apa. Jangan nampak seperti memaksa. Perlu mulakan sedikit-sedikit. Ada yang hati keras, tak suka sentuhan. Tapi cuba je sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan. Kalau tak berjaya hari ini, esok lusa ada lagi. Nanti bila dah biasa, boleh cengkam-cengkam geram pulak. – Ini yang paling hebat. Pelukan. Tak semestinya pelukan ghairah. Hanya pelukan sayang dan tak perlu lama pun. 2 3 saat pun dah cukup. Kalau dapat lagi lama lagi bagus. Boleh pilih untuk buat sebelum pergi kerja, selepas pulang dari kerja, bangun pagi, sebelum tidur, peluk dari belakang semasa dia masak, peluk tanda terima kasih jika pasangan buat sesuatu yang menggembirakan dan lain-lain situasi lagi. Tak perlu buat semua, buat salah satu pada permulaan je pun dah cukup. Nanti dah biasa, buatlah banyak-banyak. – Geletek pasangan. Ini perlu hati-hati dan jangan terlebih. Ada orang suka, ada yang tak suka. Kenali pasangan anda dahulu. Cuba sekali dua dahulu. Kalau nampak dia marah, tak perlu buat dah. Kalau dia tergelak atau seronok, boleh buat lagi.
2. Senyum Kalau mulut sukar untuk meluahkan, senyum je. – Bila dia selesai berpakaian untuk ke luar, senyum. Itu tanda anda suka, anda sayang, anda memuji dia cantik atau segak tanpa berkata apa-apa. Hebat kan? – Bila isteri sedang atau telah selesai masak, berikan dia senyuman tanda terima kasih dan anda menghargainya. – Sebelum meninggalkan pasangan. Sama ada mahu pergi kerja atau keluar ke kedai. Sebelum pintu rumah ditutup, lemparkan sahaja satu senyuman manis buat pasangan. Tinggalkan mood yang baik. Pasti dia tersenyum sendiri. – Bila pulang dari kerja, berikan senyuman yang menandakan anda bersyukur kerana telah pulang ke rumah dan anda telah meninggalkan kerja di tempat kerja. Setkan mood pulang anda itu di tahap yang baik. – Senyum secara rawak atau spontan kepada pasangan. Bila dia tidak memandang, berikan senyuman padanya, bercakaplah dalam hati, “hensemnya laki aku ni” atau “comel bini aku ni”. Biar dia perasan yang anda sedang tersenyum melihat dia. Kalau dia tanya kenapa, boleh jawab sebab dia hensem atau cantik, atau jawab je “takde pape”. Pasti best !
3. Buat Apa Yang Disukai Pasangan Ada sahabat saya cakap, suami dia beli ayam gunting RM6 pun dia dah rasa romantik sangat. Kenapa? Kerana suami dia TAHU apa yang isterinya suka dan buat. – Beli atau masak makanan kegemarannya. Tak semestinya yang besar atau mahal. Kadang-kala dia suka keropok jenama Cachos, kalau anda belikan, pasti dia tersenyum. Ataupun jika pasangan suka makan seaweed, belikanlah bila teringat. Pasti dia suka. Kalau ada rezeki lebih, beli makanan kegemaran dia. Mungkin dia suka burger, mungkin dia suka sushi, mungkin dia suka makan di Nandos. Jika mampu, bawak dia sekali sekala. Kalau pasangan jenis suka masakan anda, masak apa yang dia suka. Cukup dapat lihat dia makan dengan bersungguh pun kita dah seronok kan? – Jika pasangan suka anda buat sesuatu, buatlah. Contohnya pasangan suka anda berzumba, berzumbalah sampai penat. Jika pasangan suka anda bersukan atau ke gym, pergilah. Jika pasangan suka anda buat lawak, jadilah tukang lawak buat dia. Jika pasangan suka nyanyian anda, menyanyilah selalu. Jika pasangan suka anda mengaji, amalkan baca Quran berdekatan dengannya. Pasti dia hargainya. – Boleh juga masuk bab jangan buat apa yang pasangan tidak suka anda buat. Contohnya, dia tak suka anda geletek dia. Jangan buat dah. Jika dia tak suka nyanyian sumbang anda, jangan sakitkan telinga dia. Jika dia tak suka anda like gambar lelaki atau perempuan lain, jangan buat dah. Mudah kan? – Layan minat dan hobinya selagi ia tak memudharatkan. Tunjukkan minat untuk ambil tahu. Kalau tak faham pun takpe. Cukup sekadar beri dia ruang untuk melayan hobinya. Kalau hobinya anda pun suka, pasti dia sangat seronok jika dapat dilakukan bersama. – Solat berjemaah. Mungkin ramai yang anggap Solat berjemaah ini memang kena buat dan perkara wajib. Memang betul. Tapi ini juga salah satu dari cabang romantik. Dari rohani hinggalah fizikal. Pasangan pasti rasa manis bila dapat solat berjemaah bersama.
4. Permudahkan Urusan Pasangan – Bantu suami bersiap. Sediakan pakaiannya yang kemas. Si suami pun boleh bantu isteri dalam membuat kerja rumah. Basuh pinggan, basuh kain, sidai dan lipat kain, sapu rumah, kemas bilik dan ruang tamu atau basuh tandas. Bukan suruh buat hari-hari. Bila perlu je. Boleh jugak tolong isteri masak sekali-sekala asalkan jangan sampai menyusahkan. Karang ada yang “dah la abang, biar sayang je masak, abang pergi tengok tv”. Pasti ramai yang suka kan? Tapi tak romantiklah. – Tolong jaga anak bila isteri makan. Sama ada di rumah atau di luar. Kadang-kadang, cuba bagi can isteri makan dahulu. Mesti dia hargainya nanti.
Romantik Percakapan
1. Kata-Kata Cinta – Ucapkan secara lisan I love you. Cakap sekali sekala boleh. Cakap setiap kali sebelum pergi kerja boleh. Sebelum tidur, sebelum pergi kedai, sebelum keluar dari rumah ataupun secara rawak tanpa dirancang. – Jika tak mampu bercakap, taip. Kadang-kala ada yang malu nak keluarkan suara. Taip sahaja di whatsapp. Atau yang paling mudah, emoji. Emoji ini kecil je, tapi sangat-sangat bernilai. Bagi je sekali-sekala atau selalu. Nak selitkan dalam perbualan di whatsapp pun boleh. Pasti pasangan akan nampak punya. Dia balas atau tidak itu soal lain. Buat sahaja bahagian kita. Jangan risau, 1 emoji ini tidak akan membinasakan. Kecuali kalau diberi kepada orang lain. Hahaha.. -Google kata-kata cinta, ambil satu dua dan cuba sekali-sekala. Atau yang lagi bagus, cakap terus kata cinta dari hati. Sama ada “I sayang sangat kat U” atau “I tak boleh kalau U pergi lama-lama, rindu sangat”. Benda-benda yang dulu kita selalu cakap masa bercinta pun ok.
2. Imbau Kenangan Semasa Bercinta -Masa bercinta semuanya indah kan? Boleh je bersama dengan pasangan cerita kembali kenangan dulu. Benda yang kelakar, benda yang manis, yang memalukan ke pun takpe, pasti akan tergelak bila teringat. Cuba sama-sama ingat kembali masa dating, masa kali pertama jumpa, kali pertama declare, kali pertama kenalkan kepada keluarga dan lain-lain. – Boleh juga jadikan kenangan lama sebagai pengajaran, kesilapan lalu yang sama-sama mahu tambah baik dan ubah. Atau pun kesusahan lalu yang sudah berjaya atau sedang diatasi. Ini pun satu perkara yang romantik apabila pemikiran suami dan isteri berfikir perkara yang sama.
3. Tanya dan Komunikasi – Apa yang bermain di fikiran pasangan? Tanya. Apa yang disukai dan tidak disukainya, tanya. Apa yang merunsingkan fikirannya, tanya. Apakah harapannya, tanya. Apakah cita-citanya serta angan-angannya, tanya. Apakah kesilapan kita, pun boleh tanya. Jangan diam. Jangan ingat kita boleh faham sendiri dan jangan ingat kerut di keningnya akan hilang sendiri. Mungkin di luar tak nampak, di dalam hati tak siapa yang tahu jika tidak bertanya.
4. Pujian dan Bisikkan – Selalulah memuji pasangan. Hargai setiap perbuatannya. Kalau suami tak reti masak, bila dia masak nasi atau telur goreng pun pujilah. Yang penting dia cuba. Atau pun isteri anda pandai masak, puji. Jangan ambil mudah, nak pandai masak tu bukan senang. Lagipun, perut kita pun happy betul tak? – Puji kecantikan dan kehenseman pasangan. Ucapkan dengan kata-kata. “Cantiknya sayangkuuuu” atau “Abang ni hensem macam Shah Rukh Khan la”. Tak salah pun puji tu. Tak luak langsung. Bukan kena bayar pun. Pujilah selalu. Biar dia rasa biasa pun. Puji je. Takde benda buruk yang boleh datang dengan pujian. Kecuali memuji laki atau bini orang lain. Kah kah kah.. – Bisik manja di telinga dia. Bisik je ape-ape pun. Benda biasa boleh, benda yang seksi pun boleh. “Geram tengok abang hari ni”. “Kenapa cantik sangat ni?”. “I love U”. Atau “hmmmmmmmm”. Nak best lagi, gigit manja telinga dia. Amaran. Apa yang jadi selepas itu, tanggunglah sendiri ye. Hahaha.. Banyak yang kita boleh buat, pilih dan olah mengikut kesesuaian pasangan dan keluarga anda. Perlu ingat, jangan memaksa dan membanding-bandingkan. Semuanya perlukan masa. Semuanya perlukan latihan dan kesesuaian. Semoga perincian ini dapat menambah kemanisan dan keghairahan dalam hubungan suami isteri.
Sumber: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perjalanan IVF Madammu yang menelan kos hampir RM200,000 akhirnya berakhir dengan kebahagiaan apabila dikurniakan Ahmad Kayden selepas hampir sembilan tahun menanti zuriat.