Sebagaimana yang dilapurkan oleh Mstar, Harry Zulkifli, 26, sentiasa berdoa agar dipertemukan semula dengan bapa kandungnya, Zulkifli Harun yang terpisah ketika berusia setahun. Oleh sebab itu, dia tidak pernah melihat wajah bapanya selepas kedua orang tuanya berpisah kira-kira 25 tahun lalu.
Namun, tarikh 20 Julai 2018 menjadi detik paling bermakna dalam hidup Harry apabila dia ditakdirkan bertemu semula dengan bapa kandungnya. Dan detik ini turut dikongsi melalui akaun ig miliknya dan ditonton hingga kini seramai 520,915 orang.
Inilah detik pertemuan menyentuh hati yang berlaku di tempat parkir sebuah pusat membeli belah di Larkin, Johor dikongsi Harry di Instagram.
Dan tentunya daripada perkongsian tersebut menimbulkan banyak persoalan daripada orang ramai tentang bagaimana boleh terpisah, kenapa ingin bertemu semula, cara menjejaki dilakukan, apa perasaan dan berbagai-bagai lagi terus ingin diketahui akan kisah sebenarnya.
Antara isi kandungan video tersebut adalah seperti :
Harry dilahirkan di Hospital Johor tetapi sijil kelahirannya direkodkan lahir di Kuching, Sarawak.
Ibu bapa berpisah kerana konflik dan akhirnya Harry dibawa oleh ibunya ke Sarawak.
Sepanjang membesar sering menanyakan perihal ayah kepada ibunyanya. Namun ibunya menunjukkan perasaan marah. Disebabkan hormat dengan perasaan ibu, Harry tidak lagi terus bercerita tentang hal ini dengan ibunya.
Bila sudah bekerja dan makin besar, selalu cakap nak cari ayah. Bila main fb atau ig cuba search nama Zulkifli bin Harun. Memang banyak tapi saya tak tahu wajahnya, jadi usaha mencari tidak dapat dibuat.
Bila balik raya ke Kuching, baru-baru ini ibunya tunjukkan sesuatu di fb, iaitu wajah ayahnya yang selama ini dicari.
Bila balik KL, Harry cuba stalker fb ayahnya dan ikhtiar terus dilakukan untuk dapat bertemu.
Alhamdulillah, potret ini menceritakan segala-galanya. Usahanya selama ini dipermudahkan Allah.
Ads
Dalam 11 orang adik beradik. Dia ni yang paling bungsu. Orang panggil dia baby. Dah besar pun masih panggil dengan gelaran baby. Comel jee. Sempat bawa dia pergi mall. Katanya rindu nak main game.
Saya pernah ada adik sebelum ni. Lama saya tenung adik2 saya. Sayang semua kerana Allah. Masing2 dengan peragai mereka sendiri. Kebanyakan adik2 saya mirip muka saya sikit2. Gembiranya.
Yang buat saya teruja. Hubungan kami semua seolah olah sudah kenal bertahun lama. Tak rasa kekok, tak rasa jangal. Sikit2 tu biasa. Mungkin hanya pada awal pertemuan. Bila dah duduk semeja. Makan semeja. Tidur serumah. Semua jadi akrab.! Masing2 bercerita tentang latar belakang masing2. MasyaAllah. Saya tahu Allah yang bantu semua ni. .
Ads
Alhamdulillah, sempat berkongsi banyak perkara dengan adik2. Keluarga memang sporting. Mereka juga paham siapa saya sebelum ini. Mungkin ada sebab kenapa Allah temukan kami sekarang. Tapi tidak semasa saya jahil dahulu. Saya yakin semua ini jadi sekarang ada sebab. Ada hikmah.!
Dalam 11 orang adik beradik. Saya No 2. Macam tak percaya kan.? Riuh rendah satu rumah bila berkumpul macam ni. Seronok sangat. Kenagan yang saya tidak boleh lupakan sampai bila2. .
Kadang2 saya selalu terfikir, mana datang kekuatan saya sekuat ini. Dengan banyak masalah dan dugaan yang datang. Dengan sehabis upaya nak berhijrah. Nak istiqomah lagi. Bukan mudah bagi saya. Jujur saya kata berat. Tapi sekarang saya rasa betul2 lega. Rasa tenang.
Yang bermain di fikiran saya sekarang ialah, ” macam mana ibu saya terlampau kuat mengharungi hidup membesarkan saya selama 26 tahun.? ” maknanya, sekuat sekuat saya, kuat lagi ibu saya. MasyaAllah. Dialah ratu. Dialah princess. Dialah nyawa. Allah bantu ibu jadi kuat. Jelas lagi ibu saya selalu cakap baru2 ini. . ” bukan soal aku kuat.! Tapi aku TERPAKSA KUAT ”
.
Bila saya dengar ibu saya cakap ni. Saya sentap. Sekarang baru saya nampak jelas pengorbanan seorang ibu tunggal membesarkan anak nya. Sahabat semua, bagi saya. Ini rezeki paling besar yang Allah bagi kat saya. Dan ini juga satu tanggungjawab baru untuk saya. Saya kena nekad berubah. Saya kena maju ke depan. Kalau boleh, jangan pandang belakang dah. Betul tak.?
sumber : fb & ig Harry Zulkifli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah tikus, lipas dan semut memang berlaku di setiap rumah. Biarpun pelbagai cara dilakukan namun kesannya hanya seketika. Kemudian makhluk perosak ini akan kembali lagi. Memetik laman Unicity, berikut adalah petua yang menggunakan bahan yang cukup mudah bagi mengusir tikus, lipas dan semut.
Ibu-ibu patut cuba mana tahu berkesan di rumah anda.
Caranya:
• Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.
• Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut.
• Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.
Basmi haiwan perosak pada tanaman.
• Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.
• Di luar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Saban hari di media sosial kita dipaparkan berita duka kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19.
Siapa sangka kebahagiaan yang dikecapi hilang sekelip mata selepas sepasangan suami isteri meninggal dunia selang sehari akibat jangkitan Covid-19.
Menerusi perkongsian oleh Shakinah Sf memberitahu pasangan suami isteri telah ditidurkan pada hari yang sama. Pasangan berkenaan menghembuskan nafas terakhir selang sehari.
Lebih menyedihkan anak tunggal yang baru berusia dua tahun menjadi anak yatim piatu sekali mata.
Sedih. Sedih sangat! Beberapa hari ni aku memang terkesan betul dengan berita kematian Siti Sarah. Then dapat tau kawan aku Rien Rieyana dan suami dia ditidurkan pada hari yg sama 3 hari yg lepas. Dan semalam suami dia dijemput Allah.
Aku tanya dengan suami aku,mcm mana bila rieen bangun nt dan dapat berita tentang suami dia. Sedihnyaaaa..
Anak tunggal dua tahun yatim piatu sekelip mata
Tapi harini dia pergi menyusul. Tinggalkan dunia ni. Tinggalkan anak dia yg masih kecil,berumur 2 tahun.
Masa dia tau dia pregnant dia happy sgt sbb dah lama dia tggu. Tapi harini dia tinggalkan Naura. Ya Allah. Kau jagalah puterinya. Semoga dia menjadi anak yg solehah yg membawa ibu bapanya ke syurga Mu.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Terdahulu, Allahyarhamah sempat memuat naik video terakhirnya di facabook miliknya memohon doa dan menghalalkan makan minum sebelum dirinya bakal dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) .
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,
Hati keras lelaki ada kala boleh menjadi lembut dan tidak mustahil merajuk dengan pasangannya. Hal ini kerap berlaku apabila lelaki rasa terpinggir kala wanita terlalu melebihkan hal-ehwal kerjaya ataupun terlalu melayani anak-anak.
Bagi isteri yang berdepan dengan suami merajuk, masih ada ruang untuk anda memperbaiki keadaan. Bukan hanya wanita yang suka dipujuk rayu, lelaki juga apa kurangnya. Walaupun mereka kelihatan gagah perkasa namun di sebaliknya mereka turut perlu dimanjakan. Bak kata orang zaman sekarang, dalam hati ada taman.
1) MINTA MAAF Mulakan proses memujuk dengan meminta maaf terlebih dahulu. Cara minta maaf itu terpulang pada kreativiti anda. Ada yang lebih suka minta maaf di meja makan kala bersarapan pada cuti hujung minggu. Ada yang lebih senang minta maaf kala sedang sama-sama menonton televisyen. Malah ada juga yang lebih selesa minta maaf ketika di atas katil sebelum melelapkan mata.
Bisikkan kata minta maaf di telinganya. Katakan yang anda minta maaf kerana membuat dia merajuk. Sebagai isteri, pasti kita tahu kelemahan suami yang mampu membuatkan dia ‘cair’. Mungkin dengan nada suara, atau mungkin dengan sentuhan jari anda. Gunakan skil menggoda anda untuk memastikan dia memaafkan anda dan menghilangkan rasa merajuknya itu.
2) BUAT SURPRISE Apa kata anda buatkan satu kejutan untuk suami yang sedang merajuk itu? Misalnya anda pulang awal ke rumah dan masak hidangan kegemarannya. Kemas rumah dan semburkan haruman yang digemari suami ke sekitar rumah.
Biarkan dia terasa kelainan kala masuk ke rumah apabila pulang dari kerja. Bau harum pasti menyamankan suasana. Lalu lebih menggembirakan hatinya apabila melihat hidangan istimewa sudah ada di atas meja untuk dinikmati bersama.
3) BETULKAN KOMUNIKASI Komunikasi dua hala sebenarnya sangat penting dalam hubungan suami isteri. Sebuah perkahwinan tidak akan memberi erti kebahagiaan sebenar jika tiada komunikasi. Dalam kes suami merajuk, cuba anda bertanya kepada pasangan punca si dia merajuk. Ada kala puncanya hanyalah hal kecil.
Pun begitu, jangan anggap hal kecil pada anda itu juga merupakan hal kecil bagi si dia. Bagi sesetengah orang, hal itu adalah sebuah hal besar. Jadi, sebagai pasangan, kita juga perlu menghormati perasaan pasangan kita walaupun dia ialah lelaki yang kita anggap ‘kebal’ daripada perasaan kecil hati.
Di sinilah letaknya kepentingan berkomunikasi. Beritahu pasangan apa-apa sahaja hal boleh menyebabkan kita berkecil hati supaya kita boleh elakkan hal-hal merajuk.
4) JANGAN ULANG KESILAPAN Apabila kita telah tahu perkara yang menyebabkan suami merajuk, maka usahlah diulangi lagi kesilapan yang kita lakukan. Misalnya, walaupun dia merajuk hanya disebabkan kita terlupa membuat sambal belacan yang telah dipesan, berjanjilah dengan diri sendiri yang kita tidak akan terlupa lagi pesanan kecil daripada suami.
Tawan kembali hatinya. Balut luka di hatinya. Ingatlah bahawa syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Usah disakiti hatinya. Layarilah rumahtangga dengan persefahaman dan kecapilah kebahagiaan di dunia ini.
Sumber: bercintaselepasnikah.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai ibu bapa fikir bila hantar anak ke sekolah berasrama, secara automatik anak akan berubah jadi lebih rajin, lebih pandai, dan lebih berdikari. Tapi hakikatnya, asrama bukan tempat magis yang boleh ubah anak dalam sekelip mata.