Sweetnya. Walaupun Pakai Kereta Viva Isteri Dr Say Tetap Chill

Share

Kehidupan rumahtangga, ada cabarannya. Namun jika pasangan saling hormat menghormati dan terima seadanya pasangannya, pasti bahagia menjelma.

Perkongsian yang dipaparkan oleh Dr Shazril yg berstatus berstatus selebriti dengan kerjaya profesional bergelar doktor, jelas menggambarkan hubungan suami isteri yang saling melengkapi.

Isterinya yang tidak merungut walaupun memandu kereta Perodua Viva. Bahkan ketika itu, isterinya hamil.

Menurut Shazril atau lebih dikenali sebagai Dr Say, kereta bukanlah keutamaan dalam hidupnya, apa yang penting dia boleh bergerak ke satu destinasi ke destinasi lain.

Kagum dengan kesanggupan dan redha seorang isteri mengikut cara suami. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke jannah.

IKLAN