Kehidupan rumahtangga, ada cabarannya. Namun jika pasangan saling hormat menghormati dan terima seadanya pasangannya, pasti bahagia menjelma.
Perkongsian yang dipaparkan oleh Dr Shazril yg berstatus berstatus selebriti dengan kerjaya profesional bergelar doktor, jelas menggambarkan hubungan suami isteri yang saling melengkapi.
Isterinya yang tidak merungut walaupun memandu kereta Perodua Viva. Bahkan ketika itu, isterinya hamil.
Ads
Menurut Shazril atau lebih dikenali sebagai Dr Say, kereta bukanlah keutamaan dalam hidupnya, apa yang penting dia boleh bergerak ke satu destinasi ke destinasi lain.
Kagum dengan kesanggupan dan redha seorang isteri mengikut cara suami. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke jannah.
Cili padi merupakan antara tanaman kesayangan yang sering digunakan di dalam masakan harian. Namun seringkali juga, tanaman cili ini sukar untuk kekal “hidup”, kurang menjadi, membesar apatah lagi mengeluarkan hasil.
Semua ini berpunca daripada serangan serangga perosak seperti siput, semut hitam, kumbang dan sebagainya. Namun demikian terdapat petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah ini, iaitu hanya dengan menggunakan bawang putih.
Bahan-bahannya:
Beberapa ulas bawang putih
Langkah-langkah:
Tanamkan beberapa ulas bawang putih bersebelahan dengan pokok cili.
Jangan tanam terlalu dalam. Memadai sekadar menimbuskan tanah tersebut.
Biarkan sehingga bawang putih mengeluarkan tunas atau daun, nescaya serangga tidak lagi berani membuat sarang pada pangkal pokok ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Laman Hati-Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Benar setiap yang bernyawa itu pasti mati. Ajal maut itu rahsia tuhan. Namun bukan perkara mudah untuk seseorang hadapi jika insan yang pergi adalah orang yang paling rapat. Apatah lagi jika dia adalah pasangan hidup kita.
Melalui pengalaman getir ini, telah dikongsikan oleh Encik Khairul Abdullah di akaun fbnya setelah isterinya dijemput Ilahi pada Ogos yang lalu.
Saya selalu membayangkan yang abah atau emak yang akan pergi dahulu. Lazimnya begitulah kerana faktor usia mereka yang semakin tua.
Jadi saya cuba bersedia dari segi emosi dan fizikal jika perkara itu terjadi. Saya sudah ada skrip tentang bagaimana ianya berlaku dan apa yang harus saya lakukan.
Namun, pemergian seorang isteri adalah perkara terakhir yang saya jangkakan. Tidak pernah membayangkan yang dia akan pergi secepat itu.
Demi Allah saya tidak bersedia.
Namun itulah hakikat yang saya dan anak-anak perlu terima. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kami akur kami redha.
Sepanjang hidup saya, sudah ramai saudara mara dan sahabat handai yang telah pergi dahulu. Ramai juga yang telah saya bantu sempurnakan jenazah mereka hingga ke kuburan.
Sudah agak biasa bagi saya memandikan jenazah dan masuk ke liang lahad. Saya cuba menabur bakti buat kali terakhir untuk semua yang saya kenali dan sayangi.
Namun menguruskan arwah isteri adalah sesuatu yang diluar jangka.
Di dalam keadaan yang masih terkejut dan sangat berduka, saya mencuba yang sebaiknya. Memandikan jenazah isteri adalah suatu pengalaman yang sebolehnya tidak ingin sama sekali untuk saya lalui.
Pahit dan luluh melihat sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa yang pernah meneman siang dan malam saya selama belasan tahun.
Pilu ketika menggosok dan membersihkan tangan kaku yang pernah menyuapkan makan ke mulut ini, yang menggosok baju yang dipakai ini yang berpenat lelah menguruskan tiga anak kecil ini.
Pilu ketika membersihkan bibir yang pernah mengungkapkan kalimah cinta, yang pernah berjanji untuk bersama hingga ke akhir usia, yang pernah berpesan untuk menjaga amanahnya bila dia tiada.
Allahuakbar, hanya tuhan yang tahu betapa ingin saya memeluknya ketika itu dan menangis sepuasnya.
Namun saya tahan, saya gagahkan diri meneruskan hingga ke akhirnya.
Ketika selesai dikafankan, anak-anak saya di bawa masuk.
Saya kaget, gementar, berombak dada, tersekat nafas dan hampir longlai rasanya. Apakah yang harus dikhabarkan kepada si kecil bertiga bila melihat ibunya.
Khaleef tiada reaksi ketika saya menceritakan yang ibunya telah tiada. Sesungguhnya dia belum mengerti ketika itu.
Beliau hanya mencium dahi ibunya bila disuruh dan mengucapkan selamat tinggal.
“Goodbye mommy, I love you” ungkapnya apabila disuruh.
Begitu juga Khaleel, yang agak keberatan melihat dan mencium ibunya dan berat untuk mengungkapkan sebarang kata.
Ketika baby Khaleed diberikan kepada saya, kepiluan mula melanda. Namun saya cuba mengungkap kata. Cuba untuk memberitahu yang ibunya kini sudah tiada.
Namun, saya rebah.
Baby Khaleed segera disambar dari pelukan saya.
Allahuakbar, saya tidak kuat. Sesungguhnya saya tidak kuat untuk melihat bayi sekecil itu yang harus berpisah dari kasih sayang seorang ibu.
Kelam rasanya dunia.Kosong rasanya jiwa.
#diariseorangsuperdaddy
sumber : Khairul Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasuki hari ke 19 umat Islam berpuasa, pasangan sama cantik sama padan ini dilimpahi kegembiraan bila mana anak kedua mereka lahir petang semalam.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Hairul Azreen menerusi laman instagramnya. Menurut pelakon Paskal dan juga Hero ini, isteri kesayangannya Hanis Zalikha selamat melahirkan bayi perempaun pada jam 5.59 petang semalam.
Turut dimuat naik di dalam posting berkenaan adalah gambar si kecil yang diberi nama Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen.
Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira,Di bulan ramadhan ni isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59pm ,
Dua2 anak Daddy lahir hari Jumaat, Thank you Mommy @haniszalikha Thank you sayang Thank you my bam bam
Perkongsian itu menerima lebih 380,000 ‘likes’ selepas dimuat naik di samping lebih 10,500 komen daripada netizen dan rakan-rakan artis.
Antara rakan-rakan artis yang menulis komen ucapan tahniah di Instagram Hairul ialah Mira Filzah, Elfira Loy, Achey, kaka Azraf,Aeril Zafril, Shukri Yahaya dan ramai lagi.
Rata-rata memuji wajah anak kedua pasangan ini seiras abangnya Yusuf.
Sebelum ini Hairul sendiri ada memuat naik gambar sewaktu dirinya masih kecil yang nampak seiras dengan Yusuf.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.