Jika orang dulu-dulu, akan suruh anak perempuan masuk dapur. Anak lelaki pula sebaliknya. Bagaimanapun, kesedaran telah ada mengenai pentingnya anak lelaki didik turut sama terlibat dalam urusan rumahtangga. Anak lelaki kini sejak kecil telah diasuh untuk sama-sama membantu membersihkan rumah, pinggan mangkuk, sapu sampah dan sebagainya. Ia bukan apa, apabila mereka dewasa ini, sika positif ini sudah terbiasa dalam diri mereka akan dijadikan rutin dalam hidupnya. Malah apabila berkahwin, dia akan turut sama membantu isteri menguruskan rumahtangga.

Begitulah juga yang dikongsi oleh lelaki ini menerusi facebook, Pe Chey yang bercerita kisahnya semasa kecil bagaimana dirinya telah didik sejak kecil hal pengurusan rumah. Dan kini, beliau turut mendidik perkara yang sama kepada anak-anaknya.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Jangan Biar Anak Lelaki Pemalas, Dah Kahwin Nanti Rajin Tolong Isteri. Deep Perkongsian Lelaki Ini.

Anak lelaki pemalas, tahu mengarah sahaja, manja terlampau dan tak ada kualiti?

Aku dah pernah ulas kisah ini, aku pernah tulis dan malam ini aku cuba kongsikan sekali lagi pengalaman sendiri bagaimana arwah mak membentuk aku menjadi anak lelaki yang tahu apa itu tanggungjawab kendiri. Izinkan.

IKLAN

Sedari kecil, aku dan kakak, kami kena buat kerja rumah. Kami kena cuci kain bajundi sungai. Berbesen kain yang perlu dicuci kerana adik beradik ramai. Kakak memberus, aku pula membilas. Sedari umur 7 tahun, aku dan kakak, kami ke sungai mencuci baju.

Begitu juga kerja mengemas rumah. Aku dan kakak, bergilir melakukannya. Basuh pinggan, kemas tempat tidur, menyapu laman dan kerja lain yang mesti kami buat.

Bila kakak-kakak dah nikah, aku dan adik-adik sahaja yang tinggal. Tugas itu lagi mencabar. Akulah abang, akulah kakak. Kalau aku pemalas, hancur rumah. Mak dah tak berapa sihat masa tu. Pernah, adik lelaki aku, Shafri yang masak. Sedap pulak dia masak kari ikan. Masa tu umur dia baru 12 tahun.

Jadinya, aku dah biasa buat kerja rumah.

IKLAN
Jangan Biar Anak Lelaki Pemalas, Dah Kahwin Nanti Rajin Tolong Isteri. Deep Perkongsian Lelaki Ini.
Gambar hiasan

Selepas nikah, akulah yang sidai kain, angkat kain, baauh kain, pergi beli barang, masak sesekali dan kerja-kerja rumah yang lain.

Bila anak makin “bersepah”, tanggungjawab itu makin berat. Aku kena banyak “cover” orang rumah. Kerja rumah itu perlu dibuat bersama.

Kini, kedua anak teruna aku dah dewasa. 17 dan 12 tahun. Maka tugas di rumah itu, aku “perturunkan”. Bukan hanya membantu kerja di rumah, kerja beli barang dan memasak turut perlu dia lakukan. Makanya, dia membesar sebagai seorang yang dah tahu apa yang perlu dia buat. Bukannya tahu makan tidur sahaja.

DIDIK ANAK LELAKI, JANGAN MANJA TAK BERTEMPAT

IKLAN

Perlukah norma kehidupan sebegini diajar pada anak lelaki? Jawapan aku, sangat perlu. Tambah kini, majoriti lelaki gagal dalam melaksanakan tanggungjawab itu bila bernikah dan kadar perceraian yang tinggi kini.

Jangan silap lentur anak lelaki, sedari kecil, biarkan mereka tahu buat kerja apa yang sepatutnya. Bukannya dimanjakan tak bertempat. Bila mereka buat silap, tegur. Kalau perlu hukum, hukumlah. Bukannya bila dah besar panjang baru nak lempang. Dah lambat.

Pada aku, jadi lelaki ni biar nampak rugged, kasar dan bengis tapi dia tahu tanggungjawab sepatutnya. Berapa ramai lelaki kini yang “acah-acah ayu” gayanya tapi hampas bila bab tanggungjawab. Ini hakikat masa kini.

Aku karang ikut pandangan sendiri. Kalau kau yang baca ni rasa artikel aku karang ni bagus, sharekanlah. Mana tahu lebih ramai yang baca, ramai yang faham dan ubah kelaku.

Sumber: Pe Chey

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI