Tahniah kepada pengacara dan pelakon, Ain Edruce yang bakal menimang cahaya mata kedua apabila berkongsi momen sewaktu mengadakan majlis ‘gender reveal’ di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Ain memuat naik beberapa gambar peribadi bersama suami dan anak ketika memaklumkan yang anak pertamanya, Soraya bakal menjadi kakak tidak lama lagi.
Melalui hantaran tersebut, Ain turut mengucapkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana dikurniakan rezeki lagi buat keluarga kecil mereka untuk menambah seorang lagi ahli selepas mengalami keguguran awal tahun lalu.
Ads
“Soraya gonna be kakak❤️❤️❤️
“Alhamdulillah for this rezeki. Awal tahun hari tu aku sedih sangat waktu raya sebab gugur. Tak pernah aku rasa sedih macam tu dalam hidup aku tapi Alhamdulillah Allah bagi lagi rezeki untuk kami sekeluarga,” tulisnya.
Ads
Ain juga turut meminta agar kesemua rakan di Instagram turut mendoakan kesihatannya dan bayi di dalam kandungan malah dipermudahkan sehingga bersalin kelak.
Sekadar info, Ain dan suaminya Amirul Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2019. Hasil perkongsian hidup selama hampir 5 tahun, mereka telah dikurniakan cahaya mata perempuan, Soraya yang dilahirkan pada Mei 2021.
Pagi tadi kita dikejutkan dengan kes kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Simpang Tiga, Gombak. Kebakaran itu sememangnya begitu menyedihkan apabila dua kanak-kanak yang juga adik beradik rentung dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi.
Difahamkan mangsa terperangkap di dalam rumah sewa itu selepas jeriji rumah mereka berkunci kerana ibu dan bapa keluar kira-kira jam 3.00 pagi.
Terakhir jumpa minggu lalu sebelum kejadian
Memetik laporan dari Harian Metro, datuk mangsa, Lokman Marni, 53 memaklumkan yang sambutan hari lahirnya pada minggu lalu adalah pertemuan terakhir bersama dua orang cucunya iaitu Syaza Alfisya Muhammad Fauzan, 10 dan adiknya Muhammad Al Qayyum Muhammad Fauzan, 7.
Ujarnya, mangsa dan keluarga telah pulang ke kampung di Sungai Besar pada 26 Disember yang lalu dan ternyata ia adalah pertemuan terakhir mereka.
“Saya jumpa cucu sulung dan adiknya minggu lalu, ketika mereka sekeluarga balik ke kampung meraikan hari lahir ke-53 saya dan tak sangka itu kali terakhir bertemu,” katanya.
Menurut Lokman lagi, dia hanya mengetahui berkenaan kebakaran tersebut apabila mendapati dua panggilan tidak berangkat kira-kira jam 4 pagi.
“Saya difahamkan anak dan menantu saya keluar makan sekitar 3 pagi kerana kelaparan.
“Anak saya dihubungi jiran yang memaklumkan rumah mereka terbakar. Sejurus itu, anak saya tiba tetapi kawasan rumah tidak dapat didekati berikutan bomba sedang memadamkan sisa kebakaran,”katanya.
Anak hamil 8 bulan dibawa ke hospital
Dalam pada itu, pemandu agensi kerajaan itu menyatakan yang anaknya yang hamil 8 bulan telah berada di lokasi kejadian namun pihak bomba tidak membenarkan untuk mendekati.
Dia juga telah dibawa ke Hospital Selayang dengan segera selepas terpijak kaca bagi merawat luka dan pemeriksaan kandungan.
“Menurut anak saya, arwah kakak berdekatan almari baju dan adiknya di sebelah katil dalam bilik utama,” katanya.
Lokman juga dilihat tidak dapat menahan tangis apabila kehilangan kedua-dua orang cucunya sewaktu mereka semua menanti kehadiran orang baru sekitar sebulan lagi.
Jiran tak tahu ada orang di rumah
Jiran mangsa dikenali sebagai Rahmat Razali, 33, mengatakan yang dia tidak mengetahui ada orang di dalam rumah terbabit selepas menyedari kebakaran yang berlaku.
Dia dan beberapa jiran telah mengalihkan kenderaan dan benar-benar tidak tahu ada mangsa di dalam rumah sebelum diberitahu bahawa ibu dan bapa kanak-kanak tersebut tiada di rumah sewaktu kejadian.
“Pada ketika itu, api sedang marak dan kami jiran-jiran dan anggota bomba bantu padamkan kebakaran.
“Saya cuba memanggil orang yang ada dalam rumah tetapi tiada sahutan, pintu depan pula bermangga. Saya ingatkan tiada orang, tetapi kemudian ada jiran maklumkan ada dua kanak-kanak dan ibu bapa mereka tiada,” katanya.
Pernah alami hidung berdarah? Tentu antara kita pernah alaminya.
Ada yang kerap ada dan jarang alaminya. Bagi yang nak tahu lebih lanjut ikuti padangan, Dr ini.
Pendarahan hidung biasanya disebabkan oleh perkara-perkara seperti:
✅ Tabiat mengorek hidung
✅ Tabiat mengorek hidung boleh menyebabkan pendarahan. Ini adalah kerana tekanan yang kuat ketika mengorek hidung boleh memecahkan pembuluh darah kecil atau kuku atau objek tajam yang digunakan boleh mencederakan struktur yang lemah ini.
✅ Hentakan pada hidung
✅ Disebabkan struktur pembuluh darah pada permukaan dalam hidung adalah lemah, sebarang hentakan kecil atau besar pada kawasan hidung boleh menyebabkan hidung berdarah.
✅ Menghembus hidung terlalu kuat
✅ Tekanan yang terhasil daripada hembusan hidung terlalu kuat, atau terlalu kerap juga boleh mencederakan saluran darah hidung lalu menyebabkan pendarahan. Oleh itu anda tidak disarankan untuk melakukan perkara ini jika anda selsema atau mengalami gejala hidung tersumbat.
✅ Cuaca panas menyebabkan saluran darah mengembang dan ini menyebabkan pendarahan lebih mudah untuk berlaku.
✅ Udara yang sejuk dan kering
✅ Hidung mudah berdarah ketika cuaca panas, namun cuaca sejuk juga boleh menyebabkan gejala ini. Udara yang sejuk dan kering menyebabkan kerengsaan terhadap saluran darah pada hidung. Sebab inilah anda merasa pedih apabila bernafas dalam cuaca sejuk seperti di dalam bilik berhawa dingin atau ketika musim sejuk di negara-negara 4 musim.
✅ Sesetengah wanita juga mengalami hidung berdarah ketika hamil. Ini adalah disebabkan oleh salur darah yang lebih mengembang dan isipadu darah yang lebih banyak ketika kehamilan.
Biasanya pendarahan hidung yang disebabkan oleh perkara – perkara di atas adalah berpunca daripada saluran darah hidung yang kecil di permukaan dalam hidung. Pendarahan yang berlaku akibat kecederaan saluran darah ini biasanya adalah kecil dan mudah berhenti.
Namun begitu terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak berpunca daripada saluran darah yang lebih besar dan dalam, contohnya:
✅ Trauma atau hentakan pada kepala.
✅ Pendarahan selepas prosedur pembedahan pada hidung.
Pendarahan hidung juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
✅ Masalah pembekuan darah akibat penyakit darah seperti leukemia atau kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat cair darah.
✅ Terdapat objek asing di dalam hidung biasanya terjadi kepada kanak-kanak.
✅ Ketumbuhan di dalam hidung seperti tumor.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan bakat seni anak-anak Lan Solo yang ‘menurun’ dari daddy mereka. Anak sulung dan anak bongsu Lan terutamanya dilihat sukakan tarian dan nyanyian.
Terbaharu, Lan Solo telah memuatnaik sebuah video anak keempatnya, Nur Amna Quzandra sedang menyanyi lagu berjudul Masing-Masing yang dipopularkan oleh Ernie Zakri.
Menurut Lan, anaknya itu yang mesra disapa sebagai Xandra sememangnya meminati lagu tersebut dan sudah beberapa kali membut permintaan untuk merekodnya. Kata bapa kepada empat orang cahaya mata ini, Xandra ada bertanya bila boleh buat rakaman seperti dirinya.
Tidak mahu menghampakan anaknya itu, Lan memberitahu kalau ada kerja di studio bolehlah mereka buat rakaman tersebut. Nak dijadikan cerita, suatu hari selepas balik dari sekolah Xandra melihat daddy bekerja di studio, jadi dia terus menuntut janji.
“Kebetulan daddy ada kerja kat studio, tersu dia request. Kena lah layankan.”
Sebutan jelas dan comel ketika menyanyi membuatkan ramai yang memuji bakat Xandra. Antara komen yang ditinggalkan;
Nyanyian Xandra sememangnya sangat matang dan ‘feel’ jika nak ikutkan dengan usianya yang baru lima tahun. Lagi 10-15 tahun ni, dah boleh mula menyanyi secara profesional. Untung ada daddy boleh jadi tukang ajar, silap hari bulan boleh berduet sama nanti!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.