“Syukur Ankle Tak Patah. Hanya Sakit Biasa.” Kaki Tunku Azizah Cedera Main Golf, Warganet Titip Doa Cepat Sembuh!

Share

Mengenali Ratu hati Tuanku Agong ini, pasti rakyat cukup familiar dan teruja apabila baginda sering kali berkongsi gambar dan video  tentang aktiviti harian baik yang rasmi mahupun peribadi.

Aktiviti tersebut dikongsikan di laman Instagramnya setiap hari secara terbuka untuk tatapan rakyat jelata.

Terbaru,  Tunku Azizah memuat naik gambar satu insiden kecederaan yang dialaminya baru-baru ini.

Dengan kapsyen yang ringkas namun perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Termasuklah  foto kakinya yang tercedera, dengan kapsyen ringkas.

pagi tadi saya main golf, tak perasan lobang sprinkler dan sy jatuh/terseliuh kaki kiri saya ….. alhamdulillah hanya bengkak .. hari selasa sy akan buat MRI …. terima kasih kerana ramai yg mendoakan …..

” nak sangat jadi golf champion!!! ” … syukur ankle tak patah ….. hanya sakit bisa je !

Perkongsian itu mendapat reaksi rakyat  sehingga ramai yang menitipkan doa dan mengharapkan supaya baginda Tunku Azizah agar diberikan kesembuhan dengan segera.

Sumber: Instagram Tunku Azizah

Jom cuci mata di SINI

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN