Perasan tak, di rumah kita sendiri sebenarnya banyak duit syiling diletakkan merata-rata.
Kadang-kadang ada atas rak TV, malah dalam mesin basuh pun kita terjumpa dek tak perasan ada di dalam kocek seluar anak-anak atau pun suami. Andai dikumpul, pasti akhirnya penuh setabung.
Tidak dinafikan juga, ada di antara kita memang sedari kecil dididik untuk menabung. Itu amalan yang harus dipuji.
Oleh itu, apabila penuh tabungan mestinya kita ingin simpan di dalam akaun bank. Jadi ini ada dikongsikan cara mudah untuk lakukan itu tanpa perlu beratur dikaunter.
Aanalamualaikum Morning! Pagi ni saya nak share tentang mesin deposit syiling. Korang ada banyak siling tak kat rumah? Dalam tabung ke, dalam bekas ke. Kalau ada, korang boleh masukkan syiling-syiling tersebut ke dalam mesin deposit syiling. Maybe ada yang tak tahu lagi kan. Mudah sangat! Ok yang ni saya share kan menggunakan Maybank ye. Bank lain saya tak cuba lagi.
Ini step-step dia:
LANGKAH 1
Pergi ke cawangan yang ada mesin ni. Tak semua cawangan Maybank ada. Utk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.
Ads
LANGKAH 2
Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ni intelligent utk asingkan setiap syiling. Hehe. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima tau.
LANGKAH 3
Tekan butang ‘A’ utk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ utk continue. Duit-duit yg tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.
LANGKAH 4
Ads
Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu utk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, no acc dan juga no telefon.
LANGKAH 5
Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form utk diisi. Isi nama, no acc dan jumlah wang syiling yg dah di deposit tadi.
LANGKAH 6
Ads
Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke acc petang nanti (kalau pergi pagi la)
Sedikit info dan peringatan :
1. Sebelum pergi, cuba call dulu cawangan tersebut utk check availaibility of the machine. Kot2 tengah maintenance ke kan. Kot2 dah takde ke kan. Buang masa je datang.
2. Waktu operasi bank ialah 9.15am – 4.30pm. Mesin ni ikut waktu operasi bank. Dia bukan mcm cash deposit machine mcm biasa tu. Sebab resit tu kena bagi balik kat kaunter khidmat pelanggan.
3.Resit tu valid satu hari je tau. Lepas dapat resit kat machine, terus ke kaunter khidmat pelanggan. Jangan gatal pegi esok pulak. Haha.
4. Kira betul2 jumlah syiling tu. Make sure jumlah sama dgn yang dikira di mesin.
Maybank Coin Deposit Machine: (list diambil dari website M2U)
?KL Main Branch
?Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
?Shah Alam Main Branch
?USJ Subang Jaya Branch
?Seremban Branch
?Jelapang Branch
?Melaka Main Branch
?Johor Bahru Main Branch
?Jelutong Branch
?Alor Star Branch
?Taman Tas Branch
?Kuala Terengganu Branch
?Kota Bharu Branch
?Wisma Satok Branch
?Kota Kinabalu Branch
?Rawang Branch
?Bandar Baru Selayang Branch
?Bandar Sunway Branch
?Equine Park Branch
?Station 18, Ipoh Branch
?Skudai Branch
?Batu Pahat Branch
?Prai Industrial Estate Branch
?Legenda Heights Branch
?Pulau Langkawi Branch
?Paka Branch
?Tanah Merah Branch
?Mutiara Damansara Branch
So jgn letak merata rata duit syiling tu. Kumpul dlm tabung, dah banyak boleh masukkan dlm mesin tadi . Selamat menabung!
Nak buat projek pikat hati suami? Apa kata cuba resepi viral Oden ni. Mudah aje cara nak buat. Bahan-bahan cara penyediaannya pun senang. Jom semak perkongsian Hazirah Maulana.
Jom semak!
Memandangkan kisah oden sudah viral, ade yang mintak kite share resepi odennya. Kini tak perlu beratur panjang kat family mart. Masak je sendiri kat rumah.
Cara cara senang je:
Lada kering dlm 10 batang
Bawang besar sebiji
Pastu blendkan sampai lumat.
Panas kan minyak pastu tumis bahan blend, masukkan serai, masukkan 1 senduk pes tomyam dan masukkan 1 kiub pati tomyam. masukkan 5 cawan air dan biarkan mendidih. Pastu masuk lah segala steamboat yang korang ade.
.
Sedap kan? Alahai ape lagi pegi buat lah. Barang barang tu ade je kat pasar raya.
Ikuti gambar ini untuk penyediannya:
Ni haa mee udon yang kat oden tu. satu pek ni boleh makan 2 ke 3 orang tau. Nampak je kecik tapi padat. Boleh dapat kat pasar raya. Kite beli kat maslee. Basuh dulu tau. Tak yah celur ngn air panas.Cara masak: Untuk makan 5 orang lada kering dlm 10 batang Bawang besar sebiji Pastu blend Panas kan minyak pastu tumis bahan blend, masukkan serai. Dah naik minyak, masukkan 1 senduk pes tomyam tu dan masukkan kiub pati tomyam dan air dalam 5 cawan. Air tu ikut la sukatan korang sendiri. Nak cair tambah lagi lah air Nyam nyam sedap sudah?
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sememangnya, limau kasturi, sejenis buah jenis sitrus yang masam, tetapi ia mempunyai manfaat khasiat untuk kesihatan.
Lazimnya jus limau kasturi digunakan untuk masakan dan minuman. Rasa enaknya membuatkan ia digemari ramai.
Selain itu, campuran limau kasturi dengan asam boi juga menjadi kegemaran ramai. Nak tahu, ikuti perkongsian ini.
Cara buat asam boi dengan limau kasturi.
Banyak sangat kat kampung. Maka terjadi lah limau kasturi asam boi. Sedap rupanya. Bila nak minum campur dengan ais..
Resipi dan cara penyediaan:
Masuk dalam bekas, campur garam halus..ramas-ramas manja saja. Sampai kulit limau licin dan lembut. Dalam 30 minit. Lepas tu basuh bersih-bersih.
Kemudian masak air gula . Guna gula perang dan gula biasa. Agak-agak airnya. Jangan cair sangat. Potong hujung limau..buat bentuk x.
Lepas tu buh dalam bekas. Buh asam boi. Tunggu air gula dah suam. Baru tuang dalam bekas yang dah ada limau. Guna balang kaca ye. Tunggu sejuk baru tutup. Letak kat luar atau dalam peti ais.
Biskut cornflakes susu Tak perlu bakar ini dari Putra Mawar Danisha.Cukup mudah katanya tanpa perlu guna mixer dan juga oven tapi hasilnya cukup sedap. Bolehlah ibu-ibu cuba buat hidangan di pagi raya nanti.
Ni resepinya kalau nak rasa biskut yang tak perlu bakar,sedap sangat
Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum di goreng/disangai
1 cawan minyak sapi+1sdb lg
1 cawan gula kastor
2 cawan cornflakes di ramas
Susu tepung untuk salut
Cara membuat:
1. CAIRKAN MINYAK SAPI
Pertama sekali, panaskan minyak sapi hingga cair. Ketepikan dalam sebuah bekas.
2. GORENG TEPUNG SAMPAI RINGAN
Kemudian, sangai (goreng tanpa minyak) tepung gandum lebih kurang 5 minit macam tu. Bila tepung jadi ringan tu maknanya dah boleh angkat.
3. CAMPURKAN GULA KASTOR & CORNFLAKES
Tak payah tunggu tepung tu sejuk, boleh campur terus dengan gula kastor dan cornflakes. Gaulkan semua bahan kering hingga sebati.
4. MASUKKAN MINYAK SAPI
Seterusnya kita masukkan minyak sapi yang dah dicairkan awal-awal tadi. Gaulkan hingga sebati.
5. BULAT-BULATKAN
Sekarang dah bolehlah bentukkan jadi bulat-bulat.
6. SALUTKAN DENGAN SUSU TEPUNG
Akhir sekali, salutkan terus dengan susu tepung.
Siap!
Lepas tu boleh terus simpankan dalam balang.
Untuk sukatan di atas ni dapatlah lebih kurang 2 balang kecil. Boleh sangatlah tu kan?
RANGUP & CAIR DI MULUT
Macam nilah rupa kuih tu bila digigit. Memang sedap… Rangup di luar sebab ada guna cornflakes tadi.
Kombinasi semua bahan pun sesuai dan cair di mulut bila dimakan.
Resepi biskut tanpa bakar
Rugi tak cuba sebab senang sangat. Tak payah nak pakai oven atau mixer.
Senang nak buat, dapur pun tak berkecah kan?
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di