“Tahniah, Awak Dah Banggakan Mak Ayah & Malaysia.” Pelajar Pertama Terima Pengiktirafan Anugerah Tertinggi, Anak Jati Kedah Ini Banggakan Negara.

Share

Tidak ada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha. Demikian juga dengan anak kelahiran Sungai Petani, kedah ini.

Dia mengharumkan nama Malaysia sekali gus mencipta kejayaan manis buat dirinya apabila terpilih menerima anugerah  Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena. Satu pengiktirafan tertinggi semasa hari graduasinya.

Muhammad Saiful Hakimi bin Daud, 24, merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah berjaya memperoleh pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

PNGK 4.0. Memang power!

Menurut Bernama, JPA telah memaklumkan bahawa Hakimi telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena pada 3 Mei yang lalu.

Dia juga merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0.

Masih menuntut di peringkat Ijazah Sarjana Muda

Hakimi yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University dikatakan merupakan seorang pelajar yang aktif dan cemerlang di universiti.

Menerusi Facebook Free Malaysia News, rata-rata netizen telah mengucapkan tahniah kerana berjaya mendapat pengiktirafan tersebut.

Mereka turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian pelajar Malaysia kerana mampu mengharumkan nama negara di mata dunia.

Hadiah untuk mak ayah

 

 

Sumber: Bernama & Ohmymedia

IKLAN