“Tahniah, Tambah Lagi Tenteranya. Selamat Berjaga Malam.”Johan & Ozlynn Timang Cahaya Mata Keenam

Share

Pasangan selebriti Johan Rajalawak dan Ozlynnn dikhabarkan menimang cahaya mata keenam menerusi satu perkongsian di instagram Era fm

Menerusi perkongsian tersebut, dua keping gambar memperlihatkan Johan sedang memegang bayi di atas sofa. Malah, Johan juga dilihat membalas kapsyen yang dimuat naik menerusi perkongsian tersebut.

Alhamdulillah, wife Johan selamat melahirkan cahaya mata baru diaorang semalam , Jumaat, 3 September 2021. Semoga ibu dan baby sihat sentiasa. Selamat berjaga malam buat Johan, ikhlas dari Team ERA! 😂 #sharERA @jozlynnhanania

🤣🤣🤣🤣 selamat berjaga mlm tu , mcm kuat ye idgham dia🤣🤣🤣

peminat pasangan tersebut nyata terkejut dengan khabar gembira itu memandangkan baik Johan mahupun Ozlynn tidak pernah berkongsi berita mengenai kehamilan anak keenam itu sebelum ini.

suhanashaari_ Aikk bila nya ozlyn prgnant hahaha
satini_siman Tahniah guys..betul2..g tgok kt ig diorg..ade gmbar tag brader durian tu..ozlyn tgh preggy..🤭..kan kan kan..
zaheera1888La bila pragnant btul ke ni
sitifatimahzaharahsaidiTahniah Senyap2 je. Lau artis lain sibuk post gmbr pregnant hari2
bunga.hanaMemang tak nmpak pun dia ngandung, sebab dia tak pernah dedah.. kalau buat live pun tunjuk muka je.. alhamdulillah tahniahh..
Sementara itu, menerusi satu perkongsian di instagram seorang penjual durian atas talian,
berkongsi sekeping gambar bersama pasangan tersebut yang membeli durian. Menerusi gambar itu, jelas kelihatan baby bump Ozlynn.

Walaupun pasangan tersebut masih belum membuka cerita mengenai hal tersbeut, pihak Keluarga mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi baru ini. Semoga ibu dan anak sihat selalu.

IKLAN