Biasalah tekak kita ni, satu saat pun boleh teringin macam-macam! Cuma kita je la nak melayan selera kita ke tidak. Contohnya tengah hujan-hujan sejuk kat luar, teringin nak makan mi, padahal waktu beli barang basah tak terasa pun nak beli bila-bila goreng. Kan?

Haa yang mana nak ikut selera last minute tu, boleh buat sendiri je mi kuningnya! Nak tahu cara? tengok perkongsian kat bawah ni , senang je tau tak payah nak guna mesin pun… Jom tengok resipi dari Puan Siti Aisyah ni!

 

Siapa-siapa yang nak buat mi tapi tak ada mesin untuk buat mi tu jangan risau. Boleh buat sendiri.

Saya selalu buat cara manual macam ni walaupun ada je mesin mi dekat rumah. Saja suka buat macam ni.

RESEPI MI KUNING TANPA GUNA MESIN!

BAHAN-BAHAN MI KUNING:

Tepung gandum ½ kg.
Air (saya agak-agak je, tuang sikit-sikit).
Pewarna kuning/kunyit.
Telur 1 biji.
Garam sikit.

* Campur semua bahan, uli tapi jangan lembik sangat. Cara-cara boleh tengok gambar dekat bawah.

CARA-CARA MEMBUAT MI KUNING TANPA MESIN:

1. Uli macam ini.

Tak Ada Mesin, Guna Jari Jemari Pun Boleh Jadi Homemade Mi Kuning!

2.Canai senipis mungkin.

Tak Ada Mesin, Guna Jari Jemari Pun Boleh Jadi Homemade Mi Kuning!

3. Tabur tepung nak elak doh melekat masa potong.

IKLAN

Tak Ada Mesin, Guna Jari Jemari Pun Boleh Jadi Homemade Mi Kuning!

4. Lipat macam ini dan tabur tepung lagi.

Tak Ada Mesin, Guna Jari Jemari Pun Boleh Jadi Homemade Mi Kuning!

5. Potong dua kemudian tindihkan macam ini.

Tak Ada Mesin, Guna Jari Jemari Pun Boleh Jadi Homemade Mi Kuning!

6. Potong nipis-nipis.

Tak Ada Mesin, Guna Jari Jemari Pun Boleh Jadi Homemade Mi Kuning!

7. Lepas potong terus leraikan macam ni takut melekat.

8. Jadi macam ni.

Tak Ada Mesin, Guna Jari Jemari Pun Boleh Jadi Homemade Mi Kuning!

IKLAN

9. Mi kuning yang dicelur.

Tak Ada Mesin, Guna Jari Jemari Pun Boleh Jadi Homemade Mi Kuning! Tak Ada Mesin, Guna Jari Jemari Pun Boleh Jadi Homemade Mi Kuning!

10. Pastikan tidak celur mi kuning sehingga lembik sangat ye.

Tak Ada Mesin, Guna Jari Jemari Pun Boleh Jadi Homemade Mi Kuning!

Lepas celur letakkan di dalam bekas. Gaul dengan minyak sikit. Kalau tak letak minyak nanti takut melekat. Ok, dah siap! Bolehlah buat apa-apa menu yang kita nak.

RESEPI MI DAGING!

Haaa siap dah menu tengah hari ini iaitu mi daging. Mak saya buat kuah dan saya buat mi. Alhamdulillah, sedap!

BAHAN-BAHAN KUAH:

Daging
*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Cili kering
*Udang kering
Jintan manis
Jintan putih
Ketumbar
Keledek
Garam
Gula
Aji
BAHAN-BAHAN LAIN:
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili merah
Tauhu goreng
Telur rebus
Taugeh

CARA-CARA BUAT AIR REBUSAN DAGING & KELEDEK:
1.DAGING

IKLAN

Rebus. Bila daging dah masak, sejukkan daging, hiris daging nipis-nipis. Air rebusan daging simpan untuk masak kuah nanti.

2. KELEDEK

Rebus sampai empuk. Sejukkan dan lenyek atau kisar.

CARA-CARA BUAT KUAH:

1. Kisar bahan bertanda *

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar.

3. Masukkan jintan manis, jintan putih dan ketumbar yang dah disangai dan dikisar halus. Tumis semua sampai pecah minyak.

4. Masukkan daging. Kacau-kacau. Biarkan sekejap.

5. Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dah dikisar.

6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan sampai mendidih. Dah masak, dah cukup rasa, bolehlah tutup api.

Ok, siap dah kuah!

Tak Ada Mesin, Guna Jari Jemari Pun Boleh Jadi Homemade Mi Kuning!

Selamat menjamu selera dari hasil air tangan mi anda bersama menu yang disukai!

Sumber: Facebook Nama Saya Siti Aisyah via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI