Bagaimana agaknya jika terasa teringin membuat biskut tetapi di rumah tidak mempunyai oven? Mungkin ramai antara kita merasakan setiap biskut perlu dibakar barulah dimasak sempurna dan ranggup dimakan.
Namun usah khuatir sekiranya anda tetap ingin membuat biskut raya pada tahun ini walau tiada oven di rumah. Sebenarnya anda bolehlah sediakan resipi biskut yang dikongsikan oleh Rofida Ahmad ini.
Menurutnya biskut confleks yang disediakan tidak memerlukan dimasak di dalam oven. Bagaimana caranya itu, jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Ads
Hari ini saya nk kongsikan resepi biskut cornflakes madu tanpa oven tau..
Bahan-bahan
-cornflakes 1 kotak besar (nestle)
-5 sudu besar madu
-5 sudu besar susu pekat
-250g buttercup
-5 sudu besar gula
-1 sudu kecil esen vanilla
-papercup secukupnya.
Ads
Cara-cara
-masak dalam kuali sederhana besar, buka api perlahan sahaja.. Masukkan buttercup dan terus masuk semua bahan-bahan, kecuali carnflakes.
-jgn tunggu buttercup cair baru nak masuk semua bahan-bahan.. Nanti tak menjadi..
-kacau sampai sebati.. Sudah mendidih tutup api..dan biarkan sejuk atau agak-agak suam.
-jangan risau adunan tidak akan pekat.. Dh sejuk Masukkan sekotak nestle cornflakes ke dalam. (api jgn buka)
-isilah kedalam papercup,atur dalam talam kecil dan Masukkan ke dalam peti sejuk dlm 10 minit,boleh dihidangkan.
-kalau ikut betul-betul resepi ni biskut anda akan ranggup dan tak lemau.
Selamat mencuba semua.
Kucai selain menjadi bahan dalam masakan dan pelengkap pada hidangan mee goreng, cucur udang dan sebagainya, diakui kucai juga banyak khasiatnya.
Jadi adalah lebih baik jika ditanam dilaman sendiri untuk mudah diambil bila ingin digunakan.
Nak tahu lanjut cara menanamnya agar ceoat besar dan daunnya menegak ke atas, bolehlah mencuba teknik yang dikongsikan oleh pesara guru ini. Selamat mencuba.
Saya ni cikgu sains pencen. Tak taulah nak guna kat mana ilmu. Masa kat sekolah dulu selalu buat inovasi & murid2 jadi`mangsa’ . Sekarang ni pokok pulak jadi mangsa.
Lepas kucai dipotong satu cara nak bagi kucai tumbuh cepat dan tegak ke atas untuk pemulaannya, kita sungkup dengan bekas yang tak boleh di tembusi cahaya & buat beberapa lubang kecil sebelah atas.
Dengan cara ini kita bagi tekanan pada pokok untuk cepat tinggi sebab rasmi pokok akan cari cahaya.
Boleh juga guna cara ni untuk menyemai pokok. Bila mula keluar daun boleh tutup dgn syarat jangan terlalu lama sangat. Cukuplah 2@3 hari
Untuk pokok kucai saya 4 @ 5 hari saya buka. Kalau lubang terlalu kecil, pokok akan nampak kekuningan.
Jangan risau sabab bila kita buka sungkup tersebut daun secara lumrahnya akan menjalankan tugasnya dan sehari kemudian pokok kembali hijau.
Sumber : Ummi Ain
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melakukan kerja-kerja harian saban waktu tentu akan memberi kesan pada tubuh dan menyebabkan terasa begitu meletihkan. Apa yang biasa terjadi, akan menyebabkan rasa sengal-sengal pada bahagian leher.
Nak tahu cara paling mudah untuk melegakannya, boleh usaha dengan teknik ini. Cukup mudah hanya menggunakan AIS!
Saya selalu letih tengkuk sebab banyak sangat kerja!Jadi inilah cara saya untuk relex dan legakan tengkuk dan kepala!
Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dengan ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.
Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera. Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.
Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.
Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.
Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.
Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan ‘meremajakan’ seluruh tubuh.
Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.
Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.
Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah
Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.
Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat. Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk: 1. mengatasi sakit kepala dan migrain; 2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi; 3. mencipta kesan relaks; 4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan; 5. meningkatkan kualitu tidur; 6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular; 7. mengatasi asma; 8. mencegah sering bersin dan hidung berair; 9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang; 10. membaiki sistem pencernaan; 11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual; 12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz; 13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid; 14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi. 15. menghilangkan selulit; 16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan; 17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres,keletihan, insomnia.
sumber : eddy rusdi via Viral oh viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh tentang memasak nasi di bulan puasa ini ada di antara kita akan menanak nasi sekali sahaja iaitu ketika membuat persiapan berbuka.
Kuantiti yang dimasak sengaja dilebihkan bagi memastikan cukup untuk dimakan ketika bersahur pula.
Tujuannya untuk memudahkan, namun alangkah geram dan kecewanya apabila nasi tersebut tidak boleh dimakan kerana telah basi!
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.