“Tak Baik… Bukan Tuanku Suruh.” Tular Isu Penduduk Dikerah Bersih Kawasan Sebelum YDPA Melawat, Ini Reaksi Tuanku Permaisuri

Share

Timbul baru-baru ini isu yang mendakwa mangsa banjir dikerah untuk membuat pembersihan sebelum ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara tersebut tular dimedia sosial selepas  seorang individu memuatnaik di laman sosial Twitter sehingga mengundang ketidakpuasan hati ramai pihak. Ada yang menyelar perkara tersebut.

Justeru, bekas pengacara RTM Iesya Toh memanjangkan isu tersebut kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Perkara tersebut mendapat reaksi Tuanku Permaisuri yang kemudiannya membalas persoalan tersebut mnenerusi aplikasi Whatsapp sekaligus menafikan YDPA bertitah sedemikian.

Tak baik…Bukan Tuanku yang suruh buat…Tuanku nak pergi melawat keadaan yang sebenar,” respons baginda kepada Eisya.

Sebelum itu, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 sekitar jam 9.50 pagi yang disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa kira-kira 40 minit menyantuni mangsa terjejas dengan banjir di Taman Sri Muda dan turut mengucapkan “Merry Christmas” (Selamat Hari Krismas) kepada mangsa yang menyambut perayaan itu sebelum berangkat ke lokasi seterusnya di Masjid Taman Sri Muda.

Sumber: gempak.com

IKLAN