Tak Berkira Dengan Isteri, Fendy Bakry Bagi Kad ATM Terus

Share

Bila bercakap tentang raya mesti ramai yang dah terfikir tentang duit raya kan? Mana tidaknya tradisi ini amat menguntungkan bukan sahaja kepada golongan bujang.

Tak ketinggalan dapat duit raya, isteri kepada pelakon Fendy Bakry dikatakan bertuah kerana tidak mendapat duit raya sebaliknya kad ATM.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh isterinya di TikTok @ayuafnizar

, Fendy Bakry memberi kejutan kepada isterinya sewaktu salam raya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi kepada video tersebut.

Untuk rekod, Fendy atau lebih dikenali sebagai Mr Grey itu telah berkahwin dengan pilihan hatinya Ayu Afnizar pada 2020.

Sumber: @ayuafnizar

IKLAN