pelakon Izreen Azminda akhirnya mengesahkan dia kini sedang hamil empat bulan anak ketiganya.
Pengesahan tersebut dibuat menerusi satu perkongsian entri dalam Instagramnya.
“Ya, memang saya hamil empat bulan. Alhamdulillah saya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.
“Saya tidak pernah sembunyikan kehamilan. Cuma ini adalah kehamilan ketiga, jadi tidak ada apa yang perlu dihebohkan. Memadai keluarga dan teman rapat sahaja yang tahu.
“Bagi mereka yang sudah menghidu berita gembira ini lebih awal terima kasih atas ucapan dan doa,” katanya lagi dalam satu laporan oleh Kosmo Online.
Tambah pelakon yang popular dengan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu, selepas memiliki dua anak lelaki, dia mengimpikan untuk menimang cahaya mata perempuan pula kali ini.
“Memang saya berharap untuk mendapat anak perempuan pula, tetapi rezeki semua di tangan Allah.
Ads
“Andai dapat anak lelaki juga saya terima dan tetap gembira. Saya hanya mohon doa agar anak dilahirkan dalam keadaan sihat,” kata Izreen.
Kongsi Izreen, 36, kehamilan kali ini dia mempunyai alahan terhadap bau minyak masak selain berasa pening jika menaiki kereta.
“Pada awal kehamilan saya mengalami alahan yang agak teruk dan tidak boleh bau minyak masak, jadi saya jarang memasak.
Ads
“Selain itu saya akan mabuk teruk jika duduk di tempat penumpang ketika menaiki kereta. Oleh itu, lebih baik saya yang memandu untuk mengelak berasa loya.
Alhamdulillah masuk empat bulan kehamilan semua alahan semakin berkurangan, namun saya memilih untuk keluar rumah jika ada keperluan sahaja memandang pandemik Covid-19 yang masih belum reda,” ujarnya.
Dia dalam pada itu mengakui rajin kemas dan susun atur rumah di awal-awal kehamilannya.
Ads
“Waktu bulan kedua kehamilan, saya perasan rajin kemas rumah. Tiba-tiba jadi rajin susun atur dan hias bagi rumah nampak kemas,” jelasnya.
Biarpun kehamilan tersebut adalah yang ketiga buat Izreen, tetapi merupakan kandungan kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017.
Menerusi perkahwinan keduanya itu, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.
Terdahulu, pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin.
Ude menerusi perkahwinan pertamanya bersama Intan Liana Saleh dikurniakan dua orang anak lelaki, Arish Muqri, 6, dan Ariq Muqri, 5.
Sumber: Kosmo Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesibukan kerja dan bebanan di waktu siangnya membuatkan kita kurang keinginan untuk ‘bersama’ pasangan di malam hari.
Jangan jadikan alasan kerja dalam hubungan yang satu ini sebaliknya cuba cari waktu sebaik mungkin untuk merealisasikan hasrat kedua-dua untuk saling bersama.
Pagi hari antara yang paling indah untuk suami isteri berlayar di lautan penuh indah. Dan kalau nak tahu, kebanyakkan wanita lebih menyukai pagi hari untuk bersama suami. Kenapa?
Lima fakta ini anda perlu tahu untuk mengetahui kelebihan berhubungan intim di waktu ini.
1.Tubuh Lebih Kebal Seks di pagi hari ternyata mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membuat keduanya makin sihat dan tubuh lebih cergas.
2. Kulit Anjal & Sihat
Selain itu saat mencapai klimaks, tubuh akan melepaskan zat kimia yang akan meningkatkan level estrogen, yang sekali gus membuat kulit wanita lebih tegang dan kencang.
3. Lebih Energi
Setelah berehat di malam yang cukup panjang disertai dengan tidur yang nyenyak, hubungan di waktu pagi pasti lebih bertenaga daripada biasa. Malah lebih segar. Kepuasannya juga lebih maksima!
4. Hormon Oksitosin
Ketika melakukan hubungan intim di waktu pagi, sejenis hormon yang dipanggil oksitosin akan dilepaskan yang mana bertindak memberi
lebih perasaan bahagia.
5. Gembira Maksima
Percaya atau tidak, hubungan intim di pagi hari sangat meninggalkan kesan pada emosi anda. Mood terasa lebih bahagia malah mampu memulakan langkah ke tempat kerja dengan lebih gembira. Hati berbunga riang!
6. Minda Lebih Positif Tidak hanya mood gembira dan perasaan berbunga riang, anda juga makin positif sepanjang hari. Tak hairanlah kalau anda mampu senyum sampai ke telinga hingga ke petang. Begitulah penangan kuasa pagi hari ini. Hebat!
7.Lebih Sihat
Hubungan ini tak hanya meningkatkan sistem kekebalan tubuh bahkan melancarkan peredaran darah. Paling penting ia sekali gus mengurangkan rasa sakit pada sebarang kesakitan lain seperti migrain dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian yang cukup memilukan dari seorang ibu yang kehilangan bayi akibat Anencephaly atau bahasa mudahnya baby yang lahir tanpa otak atau kecacatan otak. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kegembiraan bakal menimang cahaya mata bertukar duka bila mana si kecil pergi buat selama-lamanya. Ibu dan ayah hanya sempat menatap selama 18 jam sebelum akhirnya si kecil kembali kepangkuan ilahi . Kisah sedih ini dikongsikan menerusi Kelab Ibu Hamil & Bersalin Malaysia . Pada hari khamis 4 Julai 2019 merupakan mimpi ngeri buat ibu dan abi. Pada tarikh itu kami membuat temujanji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar dan mendapati anak kami abnormal baby(anencephaly) semasa scan.
Anencephaly adalah baby yang lahir tanpa otak atau kecacatan otak. Otak tak terbentuk dengan sempurna. Baby yang lahir dengan masalah ini sangatlah berisiko. Baby anecephaly tak boleh hidup lama.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.
Masa scan adik aktif sangat. Siap tendang-tendang lagi perut ibu. Adik macam sorokan je kat ibu dan abi masalah adik. Dua orang doktor pakar scan adik untuk sahkan adik anencephaly.
Doktor pakar bagi ibu dan abi dua minggu untuk tenangkan fikiran dan membuat kata putus keputusan kami. Jika bersalin awal ataupun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam dua jam. Ataupun paling lama 2-3 hari.
Kandungan kami semasa detail scan berusia 7bulan, lagi dua bulan je adik nak due baru dapat tahu adik tak sihat dalam rahim ibu.Due adik dijangka 30 september tetapi kami memilih untuk bersalin awal untuk kebaikan bersama dan tidak sanggup tengok adik sakit. Susah untuk terima semua ini, ibu siang malam menangis tanpa henti ingatkan keadaan adik. Segala kelengkapan baby sudah kami beli untuk menanti kehadiran adik. Sungguh besar ujian Allah kepada kami. Selama 5 bulan lebih ibu alahan, makan tak lama terus muntah2.Tiap malam sebelum ibu tido abi kena gosok belakang baru ibu boleh tidur. Pengalaman ini abi tidak akan lupakan sampai bila-bila. Kami cuba pergi ke klinik swasta membuat 3d scan untuk mendapatkan kepastian. Tapi sayang adik tak mahu tunjuk wajah adik dekat ibu dan abi. Adik tutup dengan kaki dan tangan adik atas kepala semasa dalam kandungan ibu. Doktor cakap air ketumban sedikit dan menyukarkan ibu melihat dengan lebih jelas. Puas abi usik adik tapi adik tetap tidak mahu tunjuk. Mungkin adik tak nak ibu dan abi sedih tengok keadaan fizikal adik. Ibu dan abi terkilan kerana tidak dapat menjaga adik sehingga besar. Adik ialah anugerah terindah abi pernah dapat. Saat-saat bersama adik 7 bulan 2 minggu dalam kandungan ibu takkan pernah abi lupakan. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim ibu selama 30 minggu ini. Pada 16 julai semasa berjumpa doktor, saya dan isteri bersetuju untuk ditahan diwad dan dimasukan ubat bagi bersalin awal. Setelah enam hari berada diwad adik baru keluar. Pada 21 julai tepat 1410h adik dilahirkan. Alhamdulillah abi org pertama dapat azankan adik. Abi bersyukur sangat-sangat dik dapat dengar adik menangis walaupun doktor cakap jangka hayat adik tidak lama. Pada pagi harini adik tinggalkan kami pada jam 0810 pagi. Semangat adik untuk hidup kuat walaupun hanya 18jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami. Saya menyeru kepada para wanita diluar sana supaya mengambil asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan sebagai persediaan awal bagi mengelakkan unplanned pregnancy yang lead to komplikasi. Mungkin salah ibu dan abi tak prepare dulu sebelum mengandung. Saya harap kisah saya dijadikan pengajaran buat bakal-bakal ibu yang tahu mengandung tapi mengabaikan kepentingan vitamin ini. Saya mohon anda share dan tag untuk bakal2 ibu nanti sebagai persediaan awal mengandung dan pada awal kandungan. Mencegah lebih baik dari mengubati, namun ingatlah Allah sebaik-baik Perancang. Abi bersyukur Allah uji ibu dan abi.Allah pilih kami untuk terima ujian yang sebesar ini dan benda yang paling mahal abi dan ibu pernah dapat iaitu anak syurga. Semoga kesedihan ibu dan abi pada harini Allah gantikan dengan kebahagian pada hari-hari akan mendatang. Ingatlah Allah sayang kita sebab tu Allah uji kita. Yang penting kita redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu Pasti .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Muhammad Nama Pilihan Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023. Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lalu, dengan lebih 4,600 bayi lelaki berdaftar dengan nama itu, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).
Muhammad Nama Pilihan Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023
Muhammad telah menjadi nama bayi lelaki paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh ONS pada Khamis.
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.