Setiap orang pastikan mengimpikan untuk kekal bersama pasangan hidup hingga hujung nyawa. Sama juga buat pasangan penyanyi dan penyampai radio, Mawi dan isteri, Nora’ Asikin Rahmat.
Meniti usia perkahwinan ke 15 tahun, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkongsi tips keharmonian dalam rumah tangganya bersama isteri tercinta.
Memetik laporan gempak, menurut Mawi, suami dan isteri tidak boleh mementingkan diri sendiri malah perlu bekerjasama dalam segala aspek agar rumah tangga sentiasa bahagia.
“Alhamdulillah, saya dan isteri sudah berumah tangga selama 15 tahun. Banyak saya belajar, bila berumah tangga, kita tidak boleh mementingkan diri.
Ads
“Suami dan isteri perlu bekerjasama dan tak boleh nak lepaskan diri saja. Bila dah hidup bersama, waktu inilah kita nak kenal baik dan buruk pasangan kita.
“Kita perlu belajar menerima kelemahan pasangan kita. Paling penting, kita juga perlu gembirakan pasangan sebab ini membantu dalam menceriakan hari-hari kita bersamanya,” katanya.
Ads
Untuk info, Mawi mendirikan rumah tangga dengan Nora’ Asikin atau Ekin pada 20 Disember 2008 dan mereka ikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 11 tahun.
Sumber : Gempak, Instagram cahawaasmawi
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Proses mendidik anak perlu dilakukan berterusan sejak mereka kecil lagi. Agar personaliti dan sikap mereka dapat dibentuk menjadi insan yang baik setelah dewasa kelak.
Manakala di sini, dikongsikan 5 perkara yang perlu diajar kepada anak lelaki sebelum mereka remaja. Jom baca.
Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ni Secepatnya Sebelum Dia Menjadi Remaja
1. Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri
– contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya & berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita
2. Ajar anak lelaki untuk ada Sense Of Responsibility
– ajar anak lelaki untuk simbah & cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak
3. Ajar anak lelaki tentang Personal Hygiene & Cleanliness
– banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness
– personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra' & berinstinjak. Antara ilmu istibra' yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing
4. Ajar anak lelaki Coping Skills
– coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke
– Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak
5. Ajar anak lelaki tentang Empathy
– bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu
– amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita "Adik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak? "
– bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi
Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye sebab saya rasa masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni
Tular gelagat seorang kanak-kanak membuat laporan kejadian ‘mengemparkan’ penduduk kampung akibat penemuan ular sawa yang didakwa bersaiz besar.
Video berdurasi dua minit 47 saat itu memaparkan keletah Muhammad Hafiq Mohd. Asyraf, 11, berkongsi cerita berhubung penemuan reptilia tersebut di dalam longkang. Lokasi kejadian di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani Kedah.
Apa yang menarik, cara penyampaian kanak-kanak lelaki itu begitu bersahaja ketika membuat LIVE seakan laporan seorang wartawan!
Lebih mencuit hati, laporannya ‘berita terkini’ itu disampaikan dalam loghat utara yang membuatkan netizen berdekah! Sehingga kini, video itu telah mendapat share hingga 20K!
Kejadian mengemparkan penduduk kampung saya..Amat Amat Dashat…hang sempoi..
Dalam pada itu, gelagat kanak-kanak itu membuatkan netizen terhibur.
Ular sawa berjaya di tangkap
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.27 petang.
Katanya, empat anggota Skuad Bravo APM diketuai Koperal (PA) Siti Salmah Zakaria bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 7.36 malam.
“Ular sawa sepanjang empat meter dengan berat 30 kilogram akhirnya berjaya ditangkap.”
Ramai yang tahu tentang kelebihan bersedekah. Ia memberikan rezeki yang tidak diduga.
Sebagaimana perkongsian ini yang menceritakan kelebihan bersedekah.
IKUTI PERKONGSIAN INI
BAGI RM20, DAPAT RM50
Semalam dapat satu request dari customer minta hantar akok ke Bangi lama, akak tersebut minta tolong sangat hantar sebab anak nak makan. Tapi katanya nak dalam rm5 jer. Terdiam kejap. Dah la jauh, lepas tu Rm5 jer. Kalau ikutkan luar kawasan Bandar Baru Bangi aku ambil minimum order 4set bergantung lokasi. Tapi tergerak juga hati untuk terima.
Hari tu ada 9 tempat nak kena hantar. Jadi aku start dengan hantar yang beliau punya, bermula dari tempat paling hujung. Sampai sahaja dilokasi, aku lihat sebuah rumah yang agak sedikit serba kekurangan dari pandangan mata aku. Kemudian seorang anak kecil keluar.
“Yeeaa, kuih akok kuih akok !”
“Pakcik ni duit”, ditangannya ada segenggam duit syiling yang dihulurkan kepadaku.
Entah kenapa hati aku terkedu. Aku ambil duit darinya. Secara spontan aku terseluk poket seluar. Ada rm20. Lalu aku panggil kembali anak kecil tersebut yang sedang beransur masuk ke dalam rumah.
“Adik! Mari sini kejap”
“Nah duit raya. Nanti boleh belanja family makan-makan”
Mukanya tersenyum gembira. Selepas mengucapkan terima kasih, si kecik tersebut terus meluru masuk dan aku teruskan perjalanan ku ke destinasi lain.
Nak dipendekkan cerita, selepas itu dilokasi penghantaran kedua, keempat, kelima dan ketujuh, aku tidak dibayar cas penghantaran. Tipulah kalau aku katakan tak terdetik langsung rasa kecewa dihati. Yelah. Untung sekeping akok baru berapa sen. Minyak, mantainance motor, penat dan masa tak diambil kira. Setakat seorang dua, mungkin tak rasa ralat sangat. Lagipun, baru tadi buat baik. Rasa ikhlas tadi dah jadi macam tak ikhlas dah.
Apa pun, yang nyata syaitan tetap akan berusaha untuk menghasut hati seorang manusia. Jadi aku cuba untuk tetap bersangka baik. Mungkin mereka terlupa, mungkin tidak perasan aku ada mention cas COD. Atau mungkin juga mereka ada kekangan kewangan. Seperti mana yang aku mention cas COD seikhlas hati, sama ada dapat banyak, sedikit atau tak dapat langsung, aku sendiri perlu terima.
Setibanya dilokasi kelapan, aku hulurkan 4set akok yang berharga Rm20 kepada pelanggan setia aku, Puan Halimah. Disusuli dengan bayaran.
“Eh puan terbagi lebih Rm50 ni”, kataku sambil membelek sekeping note Rm20 dan Rm50.
“Tak pe ambil jer.upah delivery…….memang niat nak bagi……….” Ujar beliau. Sebenarnya ucapannya panjang lagi. Tapi aku lupa sebab dalam keadaan terperanjat.
Aku cuba kira kembali upah delivery yang aku perolehi. Rm2,Rm3, Rm50 Dan Rm5. Total Rm60. Alhamdulillah rezeki bergolek
Kesimpulannya
1. Dalam keadaan kita fikir kita susah, sebenarnya lebih ramai lagi yang lebih susah daripada kita
2. Bukan senang nak ikhlaskan hati. Tapi cubalah dan sentiasalah bersangka baik
3. Jangan sesekali mengalah untuk berbuat baik atau berubah jadi baik. Walaupun kita berterusan diuji tapi percayalah, Allah tidak akan kejam pada hambanya. Tapi sebaliknya kitalah yang kejam pada diri sendiri diwaktu lampau kita.
Kredit: Muhammad Ikram Rosdi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di