“Tak Boleh Penting Diri, Suami Isteri Perlu Bekerjasama..” – Mawi

Share

Setiap orang pastikan mengimpikan untuk kekal bersama pasangan hidup hingga hujung nyawa. Sama juga buat pasangan penyanyi dan penyampai radio, Mawi dan isteri, Nora’ Asikin Rahmat.

Meniti usia perkahwinan ke 15 tahun, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkongsi tips keharmonian dalam rumah tangganya bersama isteri tercinta.

Memetik laporan gempak, menurut Mawi, suami dan isteri tidak boleh mementingkan diri sendiri malah perlu bekerjasama dalam segala aspek agar rumah tangga sentiasa bahagia.

“Alhamdulillah, saya dan isteri sudah berumah tangga selama 15 tahun. Banyak saya belajar, bila berumah tangga, kita tidak boleh mementingkan diri.

“Suami dan isteri perlu bekerjasama dan tak boleh nak lepaskan diri saja. Bila dah hidup bersama, waktu inilah kita nak kenal baik dan buruk pasangan kita.

“Kita perlu belajar menerima kelemahan pasangan kita. Paling penting, kita juga perlu gembirakan pasangan sebab ini membantu dalam menceriakan hari-hari kita bersamanya,” katanya.

Untuk info, Mawi mendirikan rumah tangga dengan Nora’ Asikin atau Ekin pada 20 Disember 2008 dan mereka ikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 11 tahun.

Sumber : Gempak, Instagram cahawaasmawi

 

IKLAN