Kegembiraan bergelar ibu hanya yang mengalaminya tahu perasaan tersebut. Lama menantikan kehadiran si kecil dalam rumah tangga, pastinya momen indah itu tersimpan kemas dilipatan sejarah hidupnya. Lengkap sudah fitrah sebagai seorang wanita.
Demikian juga dengan pelakon satu ini, Anzalna Nasir akui ia satu pengalaman yang indah apabila dapat menjadi seorang ibu.
Anzalna berkata tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata, kini anaknya Mohamad Eidrees melengkapkan kehidupannya.
Ads
“Tiga tahun menanti @mohamadeidrees Indahnya perasaan menjadi seorang ibu walaupun tak cukup tidur menyusukan anak setiap 2 jam, kena sembur tahi, kena shee shee kat muka tapi syok oh! Hahhahahahahaha You make my life complete,” tulisnya.
Anzalna berkongsi perasaannya itu di akaun Instagram miliknya
Ads
Menerusi perkongsian itu, Anzalna memuat naik fotonya bersama putera sulungnya itu.
Ads
Rata-rata pengikutnya gembira melihat kebahagian pasangan ini. Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan bayi sulung sebulan yang lalu.
iesya_toh Alhamdulilah ❤️ hey adik kite 9years baru Allah bagi zuriat yg cukup comel n sempurna Alhamdulilah ♥️♥️? Setiap pasangan pasti ada rezeki yg berbeza.. Jgn stress2 ök Husband n wife yg masih menanti ??
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Seorang guru pra perasan murid yang sampai ke sekolah setiap hari berpeluh-peluh. Sedangkan sebelum ini tak begitu.
Anak itu biasanya dihantar oleh kedua ibubapanya. Semua mereka berpeluh di awal pagi.
Setelah diselidik, rupanya mereka berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Sekitar 2km juga jaraknya.
Motor si ayah kena tarik beberapa minggu lepas akibat tertunggak 4 bulan. Masa tu dia tengah buat job grab. Sumber pendapatan utama keluarga.
Lepas hantar barang, pergi tempat parking motor, motor hilang. Ada brader bagi surat tunggakan AEON beribu jumlahnya.
Terduduk si ayah. Motor kenderaan utama untuk cari makan kena tarik. Menung panjang jugalah.
Namun dia bapa yang bertanggungjawab. Motor tak ada, anak pula minat nak pergi sekolah, setiap hari dia teman anak dengan berjalan kaki.
2km pergi, 2km balik. Kemudian masa pulang kena jalan lagi 2km pergi, 2km balik. 8km ulang alik jalan kaki semata-mata untuk anak dapat ilmu.
Kelmarin, anak dia dapat Anugerah Cemerlang pra sekolah. Masa tu aku dikenalkan dengan si ayah yang tabah ini oleh guru pra.
Hari ini, Hari Orientasi Tahun 1 anak dia. Datang hantar anak bersama isterinya. Dengar taklimat dan tunggu sampai habis program.
Tak ramai ayah yang sanggup datang hari orientasi ni. Biasanya wakil kat ibu je. Ni dua-dua datang. Bagus semangat si ayah walau dia sendiri tak ada SPM.
Dia dari keluarga susah 10 orang adik-beradik. Terpaksa berkorban tinggalkan bangku persekolahan di Tingkatan 4 kerana keluarga kurang mampu.
Dan hari ini, dia masih berkata pada aku memang dia suka belajar. Dia dulu nak jadi cikgu. Namun nasib keluarganya tidak menyebelahi cita-citanya. Namun dia akan pastikan anak-anak dia dapat pendidikan sempurna.
Bagus sungguh semangat si ayah. Aku cukup suka orang seperti ini. Menjaga hak anak-anak dan pentingkan pelajaran.
BELI MOTOR BARU
Habis program tadi, aku suruh dia tunggu depan pagar sekolah. Aku hantar keluarga mereka pulang, sebaik dia nak turun aku tahan.
“Abang ikut saya. Kakak dan anak naik rumah lah”.
Pelik si ayah. Namun dia patuh saja. Aku bawa ke kedai motor di Batu Caves.
“Bang. Nak motor mana?”
“Eh cikgu. Apa ni?”
“Pilih motor. Nak motor mana?”
“Cikgu nak belikan untuk saya ke?”
Aku angguk kepala. Bergenang terus mata dia. Dalam sebak dia berkata,
“Cikgu pilih yang mana-mana pun. Saya okey je”.
“Abang la pilih. Abang yang nak guna”.
“Eh tak cikgu. Saya tak mampu nak memilih. Apa yang cikgu pilih, saya terima saja”.
Aku pertimbangkan 2 biji motor tadi. Satu Honda Dash tahun 2015, harga RM3100. Satu lagi motor baru, SM Sport, harga RM3600.
Seller syorkan SM Sport. Enjin ex5. Senang spare part dan murah. Lagi pun motor baru. Tak ada banyak masalah.
So kami proceed ambil SM Sport. InsyaAllah Selasa or Rabu ni setel la urusan JPJ dan boleh ambil motor.
Masa pulang tadi, berkali-kali dia ucap terima kasih.
“Cikgu. Saya tak tahu nak balas budi cikgu macamana. Saya doakan cikgu terus murah rezeki”.
“Budi ini bukan untuk dibalas. Budi ini untuk abang kembalikan pada orang lain bila abang senang sikit di hari akan datang. Dan sumbangan ini bukan dari poket saya seorang. Doakan semua penyumbang ya”.
“InsyaAllah cikgu. Terima kasih banyak-banyak”.
Dan dia melangkah keluar kereta menuju ke rumahnya dengan pelbagai rasa.
Yang pasti, mesti dia tak sabar nak cerita kat anak isteri,
“Minggu depan kakak dah tak perlu pergi sekolah jalan kaki. Ayah hantar naik motor baru”.
Mesti anak tersenyum gembira. Isteri hati berbunga. Satu masalah besar yang menimpa, satu bebanan berat yang mengusut kepala, satu punca pendapatan utama yang pudar sinarnya, kembali bercahaya.
Sebuah motor yang disyukuri dan InsyaAllah membantu menaikkan semula ekonomi keluarga ini.
Terus gigih usaha tanpa tinggalkan doa bang. Solat jangan tinggal. Buat baik pada sesiapa sahaja selalu.
InsyaAllah suatu masa nanti akan banyak kesenangan akan datang.
Wabak Covid-19 kian menular kini, ramai yang menjadi mangsa termasuk lah golongan selebriti.
Terbaru, pelakon Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar dilaporkan positif Covid-19.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Emma yang telah membuat ujian swab di rumahnya.
“Melakukan ujian swab di rumah dengan @kumpulan_megaklinik_zahran. Terima kasih banyak kerana datang dan terima kasih @kai_armd @nafidzrazak kerana memberikan maklumat yang kami perlukan.
Sangat bagus n sangat profesional. mereka boleh datang ke rumah anda dan melakukannya,” tulisnya sambil berkongsi video dia sedang menjalani ujian tersebut.
Di dalam perkongsian tersebut juga, Emma memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang simptom, namun hasil ujian yang dikeluarkan adalah positif.
“Saya sama sekali tidak mempunyai simptom, tetapi hasil yang diperoleh adalah positif.
“Jadi, walau pun rasa sihat buat je swab test sebab kita tak tahu kalau kita ada ke tak. Sila jaga dan ikuti sop. Selamat kuarantin kepada saya,” ujarnya.
Tidak dapat dinafikan, setiap wanita akan berdepan dengan delima untuk berhenti kerja demi menjaga anak dan menguruskan keluarga tercinta. Tambah-tambah lagi jika anak-anak masih kecil dan memerlukan lebih perhatian daripada ibunya sendiri. Bila ini berlaku, wanita yang punya jawatan penting di dalam sesebuah organisasi sekali pun akan berani mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Umumnya, keputusan yang diambil oleh seorang wanita tersebut pasti akan ada memberi kesan pada kehidupannya. Maklumlah, dahulu ada kerjaya tetap tapi kini bergelar suri rumah tangga. Oleh itu, kebiasaannya wanita yang ada pengalaman memegang ‘duit sendiri’ ini akan selesa untuk melakukan kerja daripada rumah untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria dan ikuti perkongsian perasaan dan pengalamannya setelah beberapa tahun berhenti kerja. Semoga ia akan dapat memberi info bermanfaat.
[su_highlight background=”#f9f2c0″ color=”#191ad4″]Ini Apa Yang Saya Rasa [/su_highlight]
Jadi suri rumah jaga anak memang 200% ganda penat dan stres daripada bekerja.
Jadi suri rumah, susah nak dapat Me Time. Time mandi pun ada penonton. Kalau tutup pintu. Ada yang ketuk pintu non stop sampai telinga kita bingit dan terpaksa buka pintu. Bila buang air, ada orang kat sebelah tolong flush kan adalah perkara biasa. Sebab? Anak yang 24 jam duduk dengan mak ni manja dia lain macam. Melekat tak boleh berenggang. Takpa dah besar nanti ok lah. Tak lama dah.
Jadi suri rumah, kadang-kadang akan rasa bosan sebab tiap hari rutin yang sama. Bangun. Kemas rumah. Masak. Mendobi. Rumah selerak, kemas semula. Lipat baju. Rumah selerak,kemas semula. Kadang-kadang tak sempat makan. Nak pula kalau buat bisnes macam saya,terkejar-kejar antara kerja rumah dan bisnes. Paling boring ialah kemas rumah. Berkali-kali sehari sebab saya jenis tak boleh rumah selerak. Paling penting, time suami nak sampai dari pejabat, rumah wajib spotless clean. Anak-anak pun dah tau, kalau saya kata papa dah nak sampai, dorang takkan selerakkan rumah lagi. Papa dah sampai, baru boleh sambung projek selerak rumah
Jadi suri rumah, kita akan rasa lonely. Takde kawan. Time kerja dulu masuk kerja jumpa orang. Sembang, makan sama-sama. Jadi suri rumah sembang dgn anak, sembang dengan tv, sembang kat wasap. Makan sorang sambil layan fb. Itu aje. Antara benda yang paling rasa missing bila dah tak kerja ialah kurang bersosial. Time ambil anak balik sekolah dapat la jumpa mak-mak atau nenek yg ambil anak. Dapatlah sembang dalam 10 minit. Bila suami cerita makan-makan dengan ofismate kadang-kadang rasa jealous.
Jadi suri rumah takda cuti sakit atau cuti rehat. Time kerja dulu, kalau sakit boleh ambil mc. Hantar anak kat taska dan rehat kat rumah. Sekarang? Time sakit pun kena layan anak buat sarkas. Takde nya nak dapat rehat tidur dengan tenang dan bahagia.
Jadi suri rumah,dah bertahun tak berdating dengan suami. Dulu time kerja kami ambil cuti sehari, pergi jalan-jalan tengok wayang. Anak kat taska. Sekarang dah tak merasa. Rindu moment tu. Takpe… anak-anak dah sekolah nanti boleh repeat semula.
Jadi suri rumah, orang akan pandang rendah kat kita. “Belajar tinggi-tinggi tapi jaga anak kat rumah je” “dulu lepas spm tak dapat offer masuk u ke?” “Tak kerja tak takut ke kalau suami buat hal? Nanti terkontang-kanting kena tinggal” “syoklah dapat duduk rumah tak payah kerja. Relax-relax je main dengan anak”. Malah mertua saya pernah kantoi, taknak sebut saya suri rumah jaga anak. saya senyum je. Pasal suami buat hal tu…. apa yg kita fikir & sebut itulah yg akan jadi. Kalau takut nak berhenti kerja sebab takut suami buat hal, nah…nanti betul2 jadi. Fikir benda baik,sebut benda baik, doa yang baik-baik, buat yang terbaik, dan tawakal. Percaya kepada Kun fayakun.
Jadi suri rumah, kadang-kadang syaitan akan datang dan bisik : kalau tak resign dulu… sekarang gaji mesti dah beribu bilion…bla..bla..bla.. berbaloi ke berhenti kerja jaga anak? Syaitan tu memang akan datang menjengah. Especially bila tgk kawan2 seangkatan naik pangkat, pakai baju cantik bergaya posing dalam bilik kat pejabat. Just shake it off. Jangan dilayan. Halau syaitan tu supaya pergi jauh-jauh.
“Sebab tu ada ustaz yang kata surirumah adalah pekerjaan paling mulia bagi seorang wanita. Sebab memang tak mudah. Pengorbanan paling besar ialah tinggalkan kerjaya dengan jawatan & gaji kita semata-mata untuk anak & suami. Allah juga yang akan memberi balasan untuk saya di syurga nanti. Insya Allah!”
Sumber : Nurul Kasmadillawati Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di