“Tak Dak Istilah Lambat Atau Tak Terer.” Sambut Anniversary Ke -9, Ustaz Don Titip Doa & Tip Buat Pasangan Suami Isteri!

Share

Sisi romantis seorang suami cukup terserlah tatkala melihat figura agamawan ini dalam melayani isteri juga terserlah. Tidak menyembunyikan rasa sayang dan kasih buat bidadari tercintanya.

Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal bin Don Biyajid sering memperlihatkan karekter suami yang penyayang dan aura sang ayah yang tampak begitu mesra dan tidak kekok dalam menguruskan anak-anaknya.

Setiap kali menyambut hari istimewa, pasti ada sahaja titipan mesra dan kasih sayang khusus buat bidadari syurganya itu.

Terbaru, Ustaz Don dan Dr Husna menyambut ulang tahun ke-9 perkahwinan mereka. Selain berkongsi doa buat rumahtangga dan kebahagian, Ustaz Don turut menitipkan nasihat buat suami isteri di luar sana khususnya pasangan baru atau muda dalam melayari bahtera rumahtangga.

9th Anniversary. 23 Ogos 2021

‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُه

Akhirnya, berjaya jugak nak boh post ni. That’s one for the keeper. Sekadar bukti kita sempat #hidup di 2021 waktu #pandemic . Kan 💕Dinda💕 @husnazahry kan?

Kepada pasangan baru atau muda, satu perkara yang saya belajaq dalam rumahtangga ni ialah, “𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶”.

Tak dak istilah terlambat atau tak terer. Kita suami isteri dua dua tak terer. Jadi, sama-sama kena jadi terer. Ingat, kaki kanan tak akan boleh lari lebih laju dari kaki kiri. Kena lari sama-sama.

Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di Akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti Para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ‎ﷺ .

آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .

Ini doa yang saya teringin nak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.

Semoga bermanfaat.

Ya Allah #ampunilah andai aku ada #menggurishati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan depa ataih ku.

‎آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين

________________________________

Sumber:Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

 

 

IKLAN