Berfikir dahulu sebelum bertindak. Itu yang dilakukan oleh wanita yang bergelar doktor ini bila mana keretanya dihalang oleh kenderaan lain.
Tidak mengambil keputusan melulu, sebaliknya invidu yang dikenali sebagai Dr Aniah Azmi bertindak meninggalkan sekeping nota untuk pemilik kenderaan tersebut.
Tindakan doktor ini harus menjadi contoh buat kita semua. Beliau yang bekerja di sebuah Hospital di Melaka telah berkongsi pengalaman ketika beliau tidak boleh keluar dari tempat letak kereta akibat dihalang oleh kenderaan lain.
Pemilik kenderaan itu juga langsung tidak meninggalkan sebarang nota ataupun nombor telefon untuk dihubungi supaya dapat mengalihkan kereta. Doktor Aniah dalam perjalanan untuk pulang menjemput anak dari sekolah. Namun kenderaan yang menghalang itu langsung tidak meninggalkan nombor telefon.
“Jika anda menghalang kereta lain dari keluar, anda hanya perlu meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan untuk memudahkan orang lain mengalihkan kenderaan anda. Kelmarin ketika tiba di kereta, saya mendapati kereta saya dihalang oleh kenderaan lain yang tidak meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan.”
Ads
“Paling mencabar apabila pemilik kenderaan langsung tidak kelihatan selepas 5 kali pengumuman dibuat dalam masa 30 minit. Saya kesuntukan masa untuk mengambil anak saya Lillie dari sekolah. Saya cuba untuk bersabar dan mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat Grab Car dan menjemput anak dari sekolah.”
“Sebelum meninggalkan kenderaan saya, sekeping nota telah ditinggalkan kepada pemilik kenderaan tersebut bahawa apa yang dia lakukan ini boleh memberikan kesan yang tidak baik terhadap orang lain.”
Nota yang ditinggalkan bertulis:
Encik/Puan, sila tinggalkan nombor telefon kalau menghalang kereta. Saya terpaksa mengambil teksi untuk ambil anak saya dari sekolah. Sudah 30 minit menunggu. Saya harap encik tidak ulangi kesilapan ini lagi. Terima kasih, dari Dr Aniah.
Ads
“Seterusnya, ketika saya kembali semula ke hospital, kereta saya masih dihalang untuk keluar! Saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta saya di hospital dan sekali lagi menggunakan khidmat Grab untuk pulang ke rumah. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM20 walaupun dekat.
Pemandu Grab Car diberitahu tentang kejadian yang menimpanya memberi cadangan agar terus menunggu sehingga pemilik kenderaan muncul atau pecahkan cermin keretanya.
“Saya memberitahu kepada pemandu Grab tentang kejadian yang menimpa saya, lalu dia menyuruh saya untuk tunggu sehingga pemilik kenderaan muncul. Ataupun mengambil gambar kenderaan tersebut untuk diviralkan di media sosial. Malah, dia juga menyuruh saya untuk memecahkan cermin kereta tersebut.”
“Saya memberitahunya tidak mengapa, saya hanya ingin pulang ke rumah selepas satu hari bekerja dan hanya terima hakikat bahawa semua yang terjadi mempunyai sebab. Mungkin juga semua yang terjadi adalah ‘rezeki’ untuk pemandu Grab tersebut. Bagi saya, semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya.
Kereta itu ditinggalkan sehingga keesokan harinya. Namun, apa yang terjadi telah memberikan kesan besar kepadanya.
Ads
“Pagi ini saya menumpang rakan sekerja untuk ke hospital. Ketika sampai, saya terus menuju ke kereta saya dan menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan. Nota itu bertulis”:
“Saya mohon maaf atas kesalahan saya. Saya tergesa untuk uruskan isteri saya di wad bersalin. Saya terlupa tentang hal kereta saya. Saya mohon ribuan maaf atas kesalahan saya. Saya tidak akan ulangi lagi. MAAF.”
“Apabila saya membaca nota itu, saya terus berasa lega kerana saya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan apa-apa perkara yang akan membuatkan saya kesal. Saya juga tidak dapat membayangkan jika dia sedang berjalan ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan dan seterusnya melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminnya.”
“Saya tidak boleh mengawal situasi yang telah terjadi namun saya mampu untuk mengawal pemikiran dan kelakuan saya.”
Kisah yang dikongsikan ini cukup baik untuk dijadikan teladan supaya tidak mengambil keputusan terburu-buru. Sebaliknya berfikir sebelum bertindak.
Sumber: Dr Aniah Azmi | Says via AllHeboh
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kesibukan ibu-ibu menguruskan anak-anak di rumah menjadi penyebab utama hilangnya fokus ibu dalam menjaga kecantikan. Selepas anak-anak tidur barulah ibu dapat memfokuskan pada diri sendiri.
Ketika itulah baru badan rasa sakit dan barulah terfikir untuk melakukan urutan dan skrub badan. Tak gitu?
Jangan abaikan kesihatan dan kecantikan diri kerana itulah kekuatan yang membuatkan kita yakin pada diri sendiri. Petua yang dikongsikan Sifu Kitaro ini pasti dapat menyelamatkan anda daripada kesibukan menguruskan rumah tangga, tetapi masih tampil jelita dengan kulit yang cantik dan flawless.
Mana taknya, petua yang dikongsikannya ini cukup mudah. Hanya rebus bunga lawang dan spraykan ke muka setiap hari. Mudah kan? Ibu-ibu wajib cuba ni!
Sebenarnya toner ni kita boleh buat sendiri je di rumah. Guna bahan semulajadi yang 200% bebas dari bahan kimia merbahaya. Cuma guna bunga lawang je.. ye, rempah ratus yang wajib ada kat dapur tu.
Sifat antioksidan yang terdapat dalam Bunga Lawang ni yang membuatkan dia banyak khasiat tau. Boleh melembapkan kulit muka, mencegah penuaan, mengecilkan liang pori yang besar dan macam-macam lagi.
Nak tau lebih lanjut korang boleh google sendiri khasiatnya. Sekarang ni kami nak cerita macam mana nak buat toner menggunakan bunga lawang ni.
Bahan-bahannya:
1 genggam bunga lawang
2 cawan air putih
1 botol spray (kecik pun cukup)
Caranya:
1. Rebus bunga lawang dalam periuk. Guna dua cawan air.
2. Rebus sampai tinggal satu cawan je tau. Dah siap tu boleh tutup api dan biarkan sejuk sekejap.
3. Dah sejuk, tuangkan dalam botol spray dan simpan di dalam peti ais.
4. Korang boleh gunakan dua kali sehari waktu pagi dan malam.
Bukan susah pun kan! Senang je, cuma jangan malas-malas okay. Make sure hari-hari spray supaya kulit muka dapat meresap khasiat dari bunga lawang tu dengan sekata.
Bagi yang pernah menjamu selera hidangan Bakwan, sudah pastinya suka menu ini.
Ia sesuai dinikmati tatkala sarapan pagi atau minum petang. Ia sebenarnya merupakan sejenis snek petang dari Indonesia yang seakan sama seperti cucur udang atau bilis tetapi mengandungi lebih banyak sayuran.
Bagi yang hendak mencuba masak hari ini, ikuti perkongsian ini.
BAKWAN RANGUP
bahan-bahan:
2 cawan tpg gandum*
1 sudu tepung beras*
4sudu tepung bestari pedas*(optional)
1/2 cawan udang geragau kering*
1biji telur*(optional)
Sedikit garam*
Sedikit serbuk kunyit*
1 1/2 cawan karot sagat**
1 1/2 cawan tauge**
1 1/2 cawan hirisan kobis**
5 tangkai daun kucai**
1 labu bawang besar hiris kasar**
Lg byk sayur…lg sedap.
Cara penyediaan: Ini petua nak lebih rangup.
Bahan bertanda * bancuh dgn air ais. Agak2 jangan pekat dan jangan cair.
Masukkan bahan bertanda**. Gaul rata. Goreng menggunakan minyak banyak.
Cara menggoreng boleh rujuk digambar.
SOS PENCICAH
2biji lada merah*
1ulas bwg putih*
1/2 sudu gula pasir*
*tumbuk lumat…kalo xlumat boleh jer tapis.
Campurkan dengan 4sudu cili sos dan 4 sudu air panas
Azian Mazwan Sapuwan dapat cucu lagi, umur baru 49, dah ada tiga cucu. Azian Mazwan Sapuwan siapa yang tidak kenal dengan artis wanita era 80an yang cukup popular dengan lagu berjudul Rumah Kecil Tiang Seribu dan Erti Budi.
Azian Mazwan Sapuwan Dapat Cucu Lagi
Melalui hantaran yang dikongsikan dilaman Instagramnya, Azian berkongsi berita gembira menyambut kelahiran cucunya.
“Alhamdulillah..syukur Ya Allah.
Semoga cucu mama dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik dan menjadi anakanda yang solehah kepada ayah dan ibu sayang.
Doaku, “Aku memohon perlindungan untuknya anak cucu keturunanku dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan dan pandangan yang jahat.”.. Aamiin Ya Rabb,”tulisnya di ruangan kapsyen.
Siapa sangka wanita yang memiliki susuk tubuh persis anak dara ini sebenarnya ibu kepada 7 orang anak dan berusia 49 tahun. Selain mengekalkan bentuk badan, Azian yang berketinggian 154 sm ini juga berjaya memiliki saiz pinggang idaman ramai wanita iaitu 27 inci dengan berat 49 kg.
Mempunyai berat badan yang sukar naik juga adalah satu kelebihan buat Azian. Berikut rahsia cantik dan sihat yang dikongsikan oleh Azian.
10 RAHSIA CANTIK DAN SIHAT AZIAN MAZWAN SAPUWAN
1.Jangan minum ais kerana ianya sejuk. Bimbang urat dan perut kita sejuk, tegang seterusnya kita jadi tidak sihat. Apabila tidak sihat terus naik ke muka. Kalau nak minum sekali sekala boleh.
2.Ambil sekurang-kurangnya satu jenis vitamin sebagai makanan tambahan untuk badan. Jangan berlebihan bimbang nanti antibodi badan yang sedia ada akan terganggu. Saya mengamalkan satu jenis vitamin sahaja iaitu CalMeg (kalsium dan magnesium dalam satu tablet).
3.Banyakkan meminum air kosong.
4.Tidur yang cukup. Tidak semestinya tidur yang lama tetapi tidur dalam jangka masa ideal yang diperlukan badan.
5.Elakkan bangun lambat bimbang nanti badan akan menjadi lesu, penat, malas dan sakit urat.
6.Mandi pagi sebelum Subuh. Badan kekal cergas dan segar sepanjang hari.
7.Jaga pemakanan. Kalau makan nasi ambil lauk yang tidak memudaratkan tekak, perut dan badan. Contohnya alergik.
8.Saya amalkan minum air kunyit tetapi tidak terlalu kerap. Apabila datang bulan saya berhenti buat sementara. Saya dapatkan stok dari seorang rakan yang membuatnya sendiri. Jus kunyit bagus untuk kulit muka serta urat-urat badan.
9.Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah buruk sangka kepada seseorang kerana kita sendiri belum tentu sempurna dan terbaik. Lebih baik perbaiki kekurangan diri. Elakkan banyak berborak kosong kerana ia membawa kita ke arah anasir-anasir negatif.
10.Sentiasa menjaga penampilan diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Simple pun orang tetap akan pandang kita. Untuk seri wajah sekurang-kurangnya calitlah lipstik ketika hendak keluar.
Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana, berkongsi kegembiraan dan rasa bangganya terhadap kejayaan anak sulungnya, Syaikhul Islam, melalui Instagram Story miliknya.