Tidak dinafikan tidak semua berpeluang untuk bercuti bagi meraikan Hari Raya bersama keluarga. Ada yang terpaksa bekerja atas dasar menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
Ini sebagai mana sedikit pengalaman yang pernah dilalui oleh pasangan doktor muda ini iaitu Dr. Sophia Yuhanis, 32 tahun bersama suaminya Dr. Mohd Rais Mokhtar @ Roselly,32 tahun.
“Menyingkap pengalaman dalam bidang perubatan sebelum ini, boleh dikatakan pengalaman kami tidaklah sehebat doktor-doktor pakar di luar sana yang telah lama berkhidmat dengan hospital kerajaan.
“Pada awal pembabitan dalam bidang ini, saya dan suami terlebih dulu menjalani latihan sebagai ‘houseman’ di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Ampang selam dua tahun.
“Selepas itu saya menyambung tugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Dungun, Terengganu dan menjawat jawatan sebagai doktor bius di Hospital Sungai Buloh dan suami pula doktor di bahagian wad perubatan dalaman.
“Ketika bertugas di Hospital Sungai Buloh adalah paling mencabar. Jumlah pesakit jauh lebih ramai berbanding hospital yang saya pernah berkhidmat sebelum ini. Apabila hospital sentiasa penuh, sudah pasti warga kerja termasuk doktor, jururawat medical asistant, pembantu am, kerani, pengawal keselamatan sentiasa silih berganti secara 24 jam bekerja. Kami bekerja tanpa mengira waktu siang ataupun malam malah hujung minggu pun kena bertugas.
“Dan saya ingat lagi ketika di Hospital Dungun, saya kena berkhidmat di Hari Raya. Walaupun beraya di hospital bersama pesakit, kami tetap juga meraikan Lebaran seadanya dengan membawa hidangan seperti ketupat, lemang dan kuih muih di tempat kerja,” terang Dr Sophia yang juga ibu kepada 3 cahaya mata ini dengan tenang.
Turut diakui oleh suami yang ada di sisi sambil menambah bicara, “ Apatah lagi bila menyentuh bab cuti Raya, ada sistem giliran. Jika tahun ni dapat cuti, tahun hadapan tak dapatlah. Makna cuti Raya bagi doktor bukannya cuti panjang hingga seminggu lamanya, sekadar sehari dua sahaja.
Ads
“Kena bertugas oncall ketika Raya pun adalah perkara biasa yang dilalui oleh sesiapa pun bergelar doktor. Anak-anak dan ahli keluarga harus faham dengan tuntutan kerja sepertinya ini. Jika bertugas oncall maka saya atau isteri tidak dapat turut serta bersama sanak saudara untuk melakukan amalan ziarah di Hari Raya,” ujar Dr. Mohd Rais graduan dalam bidang perubatan di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUMCS) dengan jujur.
Berbicara tentang persiapan raya tahun ini, bagi pasangan doktor ini juga tidak jauh bezanya. Tetap memilih untuk bergaya sedondon.
“ Saban tahun bila tibanya raya, boleh dikatakan sayalah yang akan menentukan tema warna untuk digayakan pada tahun tersebut. Daripada pakaian anak hinggalah saya dan suami, semua saya uruskan. Alhamdulillah suami bukanlah jenis memilih dalam bab warna dan fesyen, jadi memudahkan saya untuk buat perancangan. Apa yang suami tahu semuanya sudah ready.
“Pada tahun ini kemeriahan merai lebaran lebih teruja kami rasakan apabila anak-anak semakin pandai bergaya. Puteri sulung Zara Humaira, 5, Sara Raissa, 2 dan Lara Yasmeen, 8 bulan seakan tidak sabar untuk menggayakan enam pasang baju raya yang disediakan bagi menceriakan raya tahun ini,” ujar Dr.Sophia lagi sambil tersenyum manis.
Beralih tumpuan
Tempoh pengajian yang panjang, persekitaran kerja yang mencabar dan penuh tekanan membuatkan kerjaya doktor memerlukan banyak pengorbanan. Bukan sahaja tenaga malah masa bersama keluarga dan anak-anak.
Ads
Ini adalah persepsi biasa yang wujud di kalangan kita apabila bercakap mengenai kerjaya sebagai seorang doktor. Pun begitu, setelah bergelumang dengan cabaran siapa sangka kini kedua-duanya berjaya menjadi pengasas Klinik Dr Sophia Y di Desa Alam, Shah Alam.
“Saya akui, pilihan untuk menjadi doktor kecantikan sudah tertanam sejak kecil lagi di dalam hati saya. Alhamdulillah ibu, Raja Ruziah menyokong pilihan saya sejak belajar di dalam bidang perubatan lagi hingga kini,’ jelasnya lagi.
Manakala diajukan persoalan impian dan harapan Dr. Mohd Rais, lain pula sasarannya.
“Jujur saya akui, setelah adanya klinik sendiri masa lebih banyak bersama keluarga. Dan ini sangat-sangat berbeza keadaannya sebelum itu. Pun begitu, minat yang mendalam dalam bidang perubatan mendorong saya untuk menyambung pelajaran untuk bergelar doktor pakar,” ujarnya lagi dengan penuh bersemangat di akhir perbualan.
Sumber : Majalah Keluarga Isu Jun 2018.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Japanese rose atau juga kita panggil sebagai bunga pukul 10 ini cukup comel dan menarik perhatian. Apatah lagi jika bunganya berkembang penuh, boleh membuatkan sesiapa pun terpukau dengan keindahannya.
Bunga ini banyak jenis dan warna malah tidak menjadi masalah untuk mempelbagaikan jenis dan warnanya di dalam satu bekas. Hasilnya memang cukup luar biasa!
Jadi apa kata, kita layan cara tanam bunga kembang sepuluh ini untuk memperindahkan lagi kawasan taman rumah kita. Bukan sahaja cantik ditanam di tas tanah, malah cantik juga dijadikan pokok hiasan gantung.
Langkah demi langkah :
Dapatkan beberapa batang pokok bunga japanese ros.
2. Potong sebatang menjadi beberapa keratan batang seperti di bawah.
3. Sediakan pasir hitam berbaja letak penuh dalam pasu. Kalau tak ada baja, boleh gaul dengan satu sudu besar baja kopi dalam tanah.
4. Kemudian cucuk keratan batang pokok bunga memenuhi ruang pasu.
5. Kemudian siram
Ekstra Info :
Tujuan siraman ini bagi menguji tanaman yang ditanam kukuh. Jika selepas disiram tercabut, maka tanam ke dalam sedikit.
2. Jika keratan mempunyai bunga, buang agar baja dapat tumpukan untuk pembesaran batang terlebih dahulu.
3. Ingat ye, tanaman bunga ini memerlukan tanah yang lembab tapi jangan bertakung dan japanese Rose ini sangat suka matahari.
Sumber : Rose Shah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi ibu bapa yang hebat adalah tugasan yang mencabar apabila perlu mendidik anak-anak dengan pelbagai halangan. Namun, sikap anak yang mempunyai pelbagai karenah memberikan impak kepada ibu bapa.
Pada masa yang sama, ibu bapa juga turut menghadapi sikap anak yang bersikap seakan ‘boss’ kepada ibu bapa.
Ikuti perkongsian oleh Taufiq Razif yang menjelaskan mengenai sikap anak sebegini.
5 Tanda anak kita mula jadi BOS kepada mak ayahnya
1. Bila mak ayah tak sampai hati nak sekat kebebasan anak dan bagi je anak tu nak buat apa sesuka hati mereka padahal perkara macam ni adalah sejenis Permissive Parenting. Ianya akan merosakkan anak tu suatu hari nanti.
2. Bila mak ayah dah tak berani nak tegur kesalahan anak sebab nak jaga hati anak padahal anak kita sangat perlukan Guidelines daripada mak ayahnya baik daripada segi pengurusan diri hinggalah kepada pengurusan emosi
3. Bila mak ayah terlalu takut untuk membuat peraturan di dalam rumah padahal mak ayah adalah Person In Charge di dalam rumah, bukannya anak anak
4. Bila mak ayah tunaikan semua permintaan anak tanpa batas kerana terlalu sayangkan anaknya padahal anak yang tak belajar berhadapan dengan Rejection akan mudah berputus asa
5. Bila mak ayah terlalu sayangkan anak sehingga merelakan dirinya dipijak kepala padahal anak kita sebenarnya perlukan seorang Leader untuk dijadikan idola dalam hidupnya, bukannya seorang pekerja apatah lagi hamba!
Semoga kita menjadi ibu bapa yang hebat dalam mendidik anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada betulnya lontaran idea dari seorang ibu ini. Tidak salah katanya untuk surirumah menggunakan khidmat pihak lain dalam membantu tugas hariannya. Membeli masa untuk dapatkan masa untuk diri sendiri.
Sebagaimana kita sendiri maklum, buat kerja rumah ini memang tidak pernah berhenti, ada sahaja yang belum selesai.
Jom ikuti perkongsian penuh daripadanya untuk difahami bersama.
What’s wrong with that?
Kain baju kotor penuh 3 bakul hasil balik dari travel ke Langkawi seminggu, bersambung pula balik kampung, lagi seminggu. Tengok je pun, peluh dah menitik. Hihi
Apa lagi, bawa masuk kereta, terus pergi kedai dobi self-laundry. Basuh, kemudian keringkan terus lipat kat sana. Sejam setengah settle semua. Mudah sangat.
Malu? Ye malu juga. Macam pemalas sangat je, kata suri rumah. Itu kata hati, who cares? Masa jauh lebih berharga.
Pandai Urus Masa
Bila jadi suri rumah, tak bermakna kita jadi hamba rumah. Lagi-lagi kalau berbisnes dari rumah aka working-at-home Mom, mesti pandai urus masa supaya tak stuck dengan kerja rumah semata sampai tak boleh buat kerja lain.
Ada masa, kain bertimbun kita tak sempat nak basuh, nak keringkan. Tambah pula balik dari travel.
Masak pun kadang tak sempat bila anak meragam tak nak duduk, nak mengempeng sepanjang masa.
Ya, hidup memang tak selalu ikut acuan kita. Ada masa ada hiccup, ada banyak kejadian yang kita tak rancang berlaku.
Habis tu macam mana kita mak mak nak manage stress? Biarkan menangis sorang-sorang urus kain bertimbun? Dukung anak sambil masak dengan air mata berjurai kepenatan? Isk isk
Kita nak buktikan apa sebenarnya? Nak buktikan yang kita suri rumah superwoman tak perlu any help, 100% perfect masak setiap waktu, basuh baju sendiri, jaga anak sendiri without maid? Gituuu?
Hidup saling perlu memerlukan
Hidup ni tak perlu kejar perfect pun. Tak perlu nak kerja title suri rumah terbaik. Mungkin ada masa kita perlu bantuan dobi. Ada masa perlu beli lauk luar untuk hidang kat keluarga. Ada masa perlu panggil helper datang kemas rumah.
What’s wrong with that?
Biar lah kalau ada yang mengata. Kadang kita yang terlebih fikir apa orang kata. Kita lebih tahu keperluan keluarga kita, kan?
Apa salahnya habis sikit Rm10-Rm20 untuk BUY TIME. Beli masa sendiri. Tak adalah mak mak jadi Tarzan jerit sampai tembus gegendang telinga sebab stress terlampau.
At the end apa yang penting suami dan anak-anak. Bila hati tenang boleh bagi layanan first class. Masak best best kalah masakan udang galah chef hotel. Gitteewww
Masa kita jauh lebih berharga dari nak stress saja-saja. Mak mak nak uruskan macam mana, terpulang. Kalau rasa boleh buat semua air tangan sendiri, silakan. Yang penting, kita bahagia.
Chayokkk, kita kan Supermak.
Kak Chah,Buy time supaya tak jadi hulk dan kekal jelitta. Eh