Tak Guna Ikan Pun Sedap! Ini Je Rahsia Nak Buat Resipi Laksa Singapura Yang Pekat Dan Berlemak

Share

Bila sebut tentang laksa ni mesti teringat dengan rasa kuahnya yang pekat dan lazat itu. Lebih menarik, laksa bukan sahaja diminati di Malaysia sahaja malah di Singapura juga.

Tapi, yang membuatkan menu ini berbeza adalah bahan yang digunakan untuk memasak laksa. Melalui perkongsian oleh @cikmel_masak

ini, resipi laksa Singapura sangat mudah disediakan kerana tidak perlu menggunakan ikan.

Walaupun begitu, rasanya juga tidak kurang sedapnya. Jadi, jika anda dah bosan dengan laksa yang biasa boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Selamat mencuba.

Laksa Singapura

Bahan-bahan:

  1. 3 biji bawang putih
  2. 1 biji bawang merah
  3. 1 mangkuk udang kering
  4. 1 mangkuk cili kering
  5. Mi laksa
  6. 2 gelas air
  7. Udang segar
  8. Fishcake
  9. Daun kesum
  10. Garam
  11. Gula
  12. Secukup rasa
  13. Tauhu Goreng
  14. Santan kotak

Cara Penyediaan:

– Kisar halus bawang putih, bawang merah, udang kering dan cili kering yang telah direndam.

–  Tumiskan semua bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.

–  Tambahkan 2 gelas air dan udang kering.

– Masukkan udang segar, fishcake, tauhu goreng, daun kesum dan santan kotak.

– Masukkan garam, gula dan secukup rasa.

– Tambahkan timun yang dihiris dan taugeh sebagai hiasan.

Sumber: @cikmel_masak

IKLAN