Siapa yang tak kenal dengan Iwan, penyanyi yang pernah mencipta fenomena genre muzik dangdut. Namun kini seiring peningkatan usia, lelaki yang kini memasuki usia 60 tahun sudah berubah 360 darjah.
Sejak 10 tahun lalu, bapa kepada Oktovia Manrose dan Aprena Manrose ini lebih mendekatkan diri ke arah ketuhanan
Dalam tempoh menyepikan diri dan fasa berhijrah itu, Iwan atau nama penuhnya, Wan Syahman Wan Yunus, bagaimana pun tidak meninggalkan bidang nyanyian begitu saja.
Malah Iwan yang dilahirkan di Kisaran, Sumatera Utara, Indonesia lebih cenderung menyanyikan lagu ketuhanan atau nasyid.
Buktinya, finalis program realiti, Hijrahkan Laguku siaran TV Alhijrah itu memaklumkan dia mempunyai sekitar 30 buah lagu selain pernah merakamkan tujuh album ketuhanan.
“Album pertama dan kedua ketika itu masih dijual di stor muzik. Namun album seterusnya, saya cari alternatif dengan jual sendiri kerana ledakan pasaran muzik digital mula mendominasi.
“Saya usung album itu dan jual masa buat ceramah di masjid, surau dan sebagainya. Malah dua tahun lalu, saya ada bikin album berjudul Suara Daie menggabungkan penyanyi yang turut berhijrah seperti Allahyarham A Ali, Zul Handyblack, Izam Medicine, Zul Yahya dan saya sendiri.
“Namun sebab wabak COVID-19, album itu tak boleh dipromosikan. Saya kemudiannya menyanyikan semula beberapa buah lagu dalam album sama yang dinyanyikan penyanyi terbabit.
“Saya namakan album itu sebagai Ajaib (Akhirat Janji Allah Itu Benar) dan memuatkan 10 lagu.
“Selepas berakhir pertandingan Hijrahkan Laguku terdetik juga nak bikin album Suara Daie volum 2 membabitkan finalis dan peserta yang terbabit. Kalau dapat lampu hijau daripada mereka, saya gembira,” katanya.
Kata Iwan, selepas berhijrah, dia banyak memenuhi tawaran dalam menyebarkan dakwah dan menyanyi lagu Islamik. Katanya, Allah sentiasa memberikan rezeki dan tak perlu risau dengan apa pun terjadi.
Ads
Tanpa diduga, tawaran dan rezeki itu menjelma menerusi saluran, TV Alhijrah.
“Faisal Ismail yang menjadi hos pertandingan itu, menjadi orang pertama mempelawa saya untuk menyertai pertandingan itu. Kami kebetulan ketika itu berada di Taiping mengikuti kembara tiga hari.
“Cuma pada awalnya saya berharap pertandingan itu akan dianjurkan tanpa membabitkan golongan wanita, maka lebih bagus. Dulu iya, saya okey perihal sebegitu. Tapi sejak Tuhan beri kesedaran ke jalan agama, saya kena jaga termasuk membabitkan soal aurat wanita.
“Dipendekkan cerita, stesen TV itu patuh syariah dalam menerbitkan pertandingan berkenaan tanpa membabitkan golongan perempuan,” katanya.
Kata Iwan, sepanjang berentap di pertandingan itu, dia menukar sendiri lirik lagu popular kepada paksi ketuhanan.
“Ada lagu genre kasih sayang sesama manusia ditukar kepada cinta kepada Allah. Itulah manisnya pertandingan berkenaan.
“Macam lagu Siapa Di Hatimu ditukar menjadi Allah Di Hatimu, Memori Daun Pisang (Memori Di Jalan Allah), Istana Menanti (Syurga Menanti) dan sebagainya,” katanya.
Secara peribadi, Iwan menyukai format pertandingan itu dan harap ia dapat diteruskan.
Ads
“Selama ini ada program diterbitkan berpaksikan hiburan semata mata. Hiburan itu bagus, tapi saya tersilap kerana ia tidak boleh berlebihan. Berhibur ambil yang positif, elak yang mengundang dosa.
“Saya juga harap pertandingan sebegitu dapat menyuntik ramai penyanyi lelaki tanah air untuk menyanyi ke arah lagu Islamik.
“Dulu suatu ketika muzik dangdut meledak. Begitu juga rock dan sebagainya. Muzik nasyid juga dulu pernah berada di kemuncak. Media, TV, radio dan platform digital membantu, pasti ada lagi perubahan buat muzik yang mengagungkan kebesaran Ilahi atau nasyid ini,” katanya.
Memilih untuk tidak kembali menyanyikan lagu cinta lama melalaikan yang pernah dinyanyikan dulu, Iwan terbuka meneruskan survival seni ke arah lagu yang lebih diredai Allah.
“Kalau selepas ini ada lagi tawaran yang menjurus kepada paksi agama, saya akan terima.
“Saya pun akan meneruskan rutin berdakwah macam biasa. Cuma sudah lama tak balik kampung di Sumatera saja kerana COVID-19. Sejak lapan tahun lalu saya turut membangunkan madrasah Yayasan Taman Tahfiz Darul Islah di sana.
“Macam album saya jual pun ada peratusan disalurkan ke madrasah itu untuk aspek pembangunan. Setakat ini ada 200 pelajar tahfiz lelaki dan 200 lagi wanita,” katanya.
Ads
Dalam perkembangan lain, Iwan memanjat kesyukuran kerana dua anak perempuannya yang turut memilih jalan seni sudah memakai hijab.
“Bukan senang cabaran yang mereka lalui jadi artis. Saya melaluinya dulu. Mereka juga sudah bersuami, aurat kena dijaga dalam hal berkenaan.
“Selama ini pun saya tak marah atau memaksa mereka menutup aurat. Saya hanya menggunakan cara komunikasi dan tarbiah. Kalau berjumpa atau cakap di telefon, saya kongsikan hadis dan nasihat.
“Suami mereka pun bagus. Apa apapun, saya memanjat kesyukuran di atas perubahan itu. Ini Allah aturkan,” katanya.
Iwan kini bahagia melayari perkahwinan ketiga bersama Evie Surriyanti sejak 12 tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup bersama wanita yang berasal dari Permatang Siantar, Medan, Indonesia, pasangan itu dikurniakan dengan enam cahaya mata.
Terdahulu, Iwan mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penerbit, Allahyarham Rosnah Mohd Noor selama lapan tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus Putra, Octovia dan Aprena.
Perkahwinan kedua Iwan bersama Wan Rafidah Abu Bakar pada 1988 hanya bertahan selama lapan tahun. Mereka mempunyai anak angkat, Nursyafiqah Emisya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Beruntungnya seorang isteri apabila suami yang menanggung nafkah isteri tanpa cuai melaksanakan tanggungjawabnya. Malah tidak dengan itu menghargai dan menyayangi isterinya serta memberi layanan yang terbaik.
Demikian pula apa yang dikongsikan oleh Puan Marliya Ramli tentang perihal suaminya yang sentiasa akan memperuntukkan ‘wang gaji tetap’,dibank in setiap bulan tanpa gagal.
Ayuh kita baca perkongsian daripadanya, semoga apa yang baik dapat dijadikan ikutan dan apa juga kekurangan dalam keluarga, kita perbaiki agar hubungan suami isteri sentiasa di dalam redo Allah.
Sejak usia 23 tahun selama 14 tahun ada seorang suami yang sentiasa on time memberikan ‘gaji’ kepada isteri. Selewat-lewatnya 28hb setiap bulan.
Tanpa perlu ditanya-tanya atau diminta-minta suami ini akan sediakan juga pakaian raya, set mandian dan keperluan asas isteri.
Kerana selain tempat tinggal, persalinan, keperluan asas dan makanan adalah kewajipan.
Kenapa isteri perlu minta jika ianya adalah sesuatu yang difahami oleh khalifah rumahtangga tentang perintah Allah?
Bermula dengan gaji seorang Techician cabuk hinggalah menjadi senior engineer, jumlah ‘gaji’ meningkat seiring dengan kemampuan. Bermula dari kadar pemberian pada tiga angka sehingga mencecah ke empat angka setiap bulan.
Dalam bahasa lebih mudah difahami ianya adalah nafkah terhadap isteri.
Biarpun isteri mampu menyara diri sendiri, tidak sekalipun ia menjadi alasan untuk si suami culas memberikan nafkah.
Dan mungkin.
MUNGKIN!
Kerana amalan inilah Allah permudahkan suami tersebut hingga mampu berhenti makan gaji pada sebelum usia 35 tahun.
Kerana amalan inilah Allah sentiasa memberikan jalan rezeki yang tidak berputusan buat suami tersebut.
Kerana amalan inilah segala yang diusahakan oleh suami selalunya menjadi kenyataan.
Kerana amalan inilah…
Amalan yang usah sesiapa pun anggap sebagai remeh.
Kerana suami sedar, amalan memberi nafkah bukan lah pilihan. Namun kewajipan mengikut kemampuan.
Kewajipan yang bukan YB Najib suruh atau Tun Mahathir arahkan. Bukan kewajipan PU Abu paksa semua suami buat. Bukan!
Namun kewajipan yang Allah perintah.
Melanggar perintah Allah lebih buruk hukumannya berbanding melanggar perintah Sultan.
Isteri adalah amanah. Kita jaga amanah Allah, maka Allah jaga rezeki kita.
Serai diketahui memiliki banyak khasiat yang digunakan sebagai petua dalam menyelesaikan masalah kesihatan. Selain itu, serai juga adalah bahan masakan yang menghasilkan aroma yang wangi memikat hati.
Kalau suka tumbuhan serai ini, apa kata belajar cara menanamnya. Sangat mudah ya tidak perlu keluar pergi membeli hanya cabut di belakang rumah saja.
CARA MUDAH TANAM SERAI, BILA BERTUNAS & BERAKAR BOLEH TANAM TERUS!
Serai antara tanaman yang paling mudah untuk ditanam & mudah penjagaannya.
Ada 2 kaedah yang lazimnya digunakan untuk menanam serai.
Pertama menggunakan kaedah tanam terus serai yang sudah berakar.
Kedua melalui kaedah pangkal serai yang dipotong serong. Kemudian direndam di dalam air sehingga berakar dan bertunas barulah ditanam.
IKUTI CARA DI BAWAH:
1. SEDIAKAN BEBERAPA BATANG SERAI
Boleh potong dalam ukuran sejengkal atau ukuran pendek lebih kurang seinci. Potong serong serai tersebut supaya mudah bertunas.
2. RENDAM SERAI DALAM AIR BEBERAPA HARI
Serai yang telah dipotong hendaklah direndam di dalam air selama beberapa hari untuk mengeluarkan akar dan tunas.
3. SEDIAKAN MEDIA TANAMAN
Sediakan media tanaman iaitu topsoil + cocopeat + pasir. Jika tiada topsoil boleh guna tanah organik @ tanah 6 in 1.
4. TANAM SERAI DALAM BENTUK MENYERONG
Tanam serai dalam bentuk menyerong bukan menegak supaya cepat mengeluarkan tunas tunas yang baru. Tanam di tempat yang panas supaya pokok serai cepat membesar. Siram dua kali sehari.
Baja yang sesuai untuk serai ialah tinja ayam dan tinja kambing proses. Mol roti juga sangat sesuai. Nanti gemuk-gemuk serainya.
5. SERAI AKAN TUMBUH DALAM TEMPOH 3-6 BULAN
Serai ambil masa selama 3-6 bulan untuk membentuk rumpun yang cantik.
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penantian seorang isteri berakhir dengan kesedihan. Hanya jasad kaku suami yang tiba di depan mata.Bagi Nor Asilah Arahim, 29, dia tindak menyangka, mesej WhatApp diterima pada jam 1 pagi itu adalah yang terakhir buat dirinya daripada suami.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan suami tersayang buat selama-lamanya cukup perit untuk diterima. Apatah lagi dengan cara yang begitu mengejutkan.
Sementelah dia baru sahaja habis berpantang anak sulung mereka. Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun pertama mereka baru-baru ini. Lebih memilukan, Muhammad Faezuan Nor Izuddin, 27, juga baru bergelar bapa setelah dikurniakan seorang cahaya mata berusia 62 hari bernama Maryam Medina.
“ALLAH lebih sayangkannya,” kata Nor Asilah Arahim, 29, isteri Muhammad Faezuan yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Kampung Jeram Besu, Raub.
Kemalangan itu turut mengorbankan pasangan suami isteri, Mohd Sajury Abdullah, 63, Sobariah Haron, 54, anak lelaki mereka Uwais AlQurney Abdullah, 6, dan seorang anak saudara mereka Nur Ilham Najwa Rahimi, 20.
Nor Asilah berkata, kali terakhir dia menerima mesej WhatsApp dari suaminya 1 pagi tadi yang memaklumkan dia baru melepasi Lebuhraya Karak.
Arwah suaminya bersama empat lagi ahli keluarga dalam perjalanan pulang ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan adik dan mengambilnya pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai berpantang anak pertama.
Ketika kejadian, Nor Asilah berada di rumah mentua bagi membantu persiapan perkahwinan adik iparnya, Dina Amira, 26.
“Ketika lima jam kemudian, saya didatangi dengan kehadiran polis yang memaklumkan suami dan empat ahli keluarga lain maut dalam kemalangan. Saya seperti tidak percaya dan terus menangis teresak-esak kerana terlalu terkejut.
“Pakaian sedondon yang akan kami sekeluarga pakai di majlis perkahwinan esok juga sudah siap digosok.
“Malah, kami baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 23 Mac lalu dan sekarang mempunyai anak berusia 62 hari,” katanya ketika ditemui di rumah arwah Faezuan di Jelawat, di Bachok.
Sumber: Harian Metro & Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di