“Tak Pakai Cincin Kahwin Tak Bermaksud Tak Bahagia.” Ini Sebabnya Kata Sharifah Shahirah

Share

Selebriti yang satu ini memang dengan sikapnya yang happy go lucky, baik ketika menjadi pengacara mahupun melaksanakan tugasnya sebagai penyampai radio. Malah sikap ‘gila-gilanya itu menceriakan suasana.

Sebut sahaja nama Sharifah Shahirah, atau Shiera pasti semua kenal. Telatahnya yang mencuit hati disamping petahnya dia bercakap membuatkan ramai yang tidak kering gusi apabila berada berdekatannya.

Jarang dia bercerita soal rumah tangga biarpun 16 tahun hidup sebumbung dengan suaminya, Ijoy. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.

Baru-baru ini, Shiera memuat naik sekeping gambar menunjukkan jarinya yang kosong tidak terisi cincin kahwin. Menurutnya, cincin kahwin terpaksa ditanggalkan kerana sudah tidak muat

Tak pakai cincin kawin bukan bermaksud tak bahagia dah

Tapi dah gatal gatal…16 tahun pakai

Ooo maksud dah tak muat …lalalalalalla …senorita….,” Demikian perkongsian Shiera di laman intagramnya.

Sebelum ini, Shiera pernah memuat naik satu perkongsian mengenai suaminya yang lebih gemar melihat dia keluar rumah tanpa solekan.

Sumber: shieraijoy

IKLAN