Tak Payah Lauk Lain, Makan Nasi Dengan Serunding Halia Pun Dah Sedap. Buat Sendiri Je Ikut Cara Ni!

Share

Halia ialah sejenis rempah berakar dengan rasa pedas, yang memiliki sifat perubatan dan manfaat kesihatan.

Bagi yang pertama kali tahu, mesti akan pelik halia boleh dijadikan serunding atau menu sampingan.

Tapi tidak bagi yang pernah makan! Bukan sahaja boleh jadi pengganti lauk enak dimakan bersama bubur dan nasi, malah badan kembali ringan dan segar dengan serunding halia itu.

Yang mana selalu beli kat kedai tu, kalau habis je confirm tercari-cari, apa kata buat sendiri je kat rumah. Senang je rupanya cara nak buat. Jom cuba!

SERUNDING HALIA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN: 
•  Halia | tumbuk halus atau sagat
•  Sedikit bawang putih | ditumbuk bersama halia @ dihiris
•  Ikan bilis | dibersihkan
•  Sedikit garam & perasa secukupnya
•  Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK: 
1. Perah halia yang ditumbuk tadi bagi mengeluarkan airnya. Ambil hampasnya sahaja.

2. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yang banyak menggunakan api besar. Masukkan halia tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.

3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau agak hancur. ( ikut citarasa masing-masing.)

5. Tabur garam dan serbuk perasa dengan secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng tadi.

6. Kemudian, masukkan ikan bilis tumbuk. Gaul sekali lagi hingga rata.

7. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap kaca untuk tahan lama.

Info
1.  Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.

2.  Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.

IKLAN