Tak Payah Oven, Muffin Pandan Lembut & Gebu Gebas Ni Hanya Guna Airfyer Je!

Share

Bagusnya mak-mak yang suka mencuba dan memenuhi perut keluarganya dengan air tangan mereka sendiri. Lebih-lebih yang mempunyai pelbagai gajet berguna dan canggih di dapur yang boleh memudahkan mereka, lagi lah seronok memasak di dapur.

Yang mana bercadang nak buat menu mudah makan untuk minum petang atau bekal anak-anak sekolah tu, boleh cuba buat sendiri muffin pandan gebu ni! Tak ada oven? Tak mengapa, guna airfyer pun boleh! Haaa tunggu apa lagi, jom tengok caranya di bawah!

RESIPI MUFFIN PANDAN

Resepi dia mudah je, lembut gebu, sedap pulak tu tapi jangan tuang penuh kalau tidak…

Bahan-bahan:

(untuk 15 biji)

A: 1 1/2 cawan susu segar
1 cawan mentega cair
3/4 cawan gula
1 telur
1/4 sudu teh pewarna pandan

B: 2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda penaik

Cara-cara:

1. Campurkan bahan A. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan B.
2. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas, isikan kira-kira 3/4 daripadanya.
3. Panaskan air fryer hingga 150 darjah selama 3 minit.
4: Masak selama 15 minit.

Sumber : Nur Filzah Akma

 

IKLAN