Semua sedia maklum akan kehadiran si manja bernama Bujibu dalam famili Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Pelbagai gelagat dapat dilihat setiap kali pasangan ini mmeuat naik video mahupun gambar kucing kesayangan Yusuf Iskandar ini.
Rata-rata peminat turut memuji Bujibu, kucing kepunyaan Hanis dan Hairul yang cukup famous di Instagram.
Tapi pasti ramai yang terkejut dengan apa yang dikongsi oleh Hanis pada satu entri di Instagramnya.
Ads
“Bujibu antara yang terawal tahu I pregnant. Sebelum kami jumpa doktor pun dia dah start tidur atas perut Mommy.
Ads
“Dulu masa Yusuf pun dia buat camtu!!! Dia nak suruh diorang watch out ke,” tulis Hanis Zalikha.
bantal.boleh.basuh kucing memang ade instinct mcm tu. walaupun stray cat. Kucing kan penyayang ?
mai_cikde Kbykn kucing mmg cenggitu.. dia protect ibu pregnant n baby? kucing kt umah sy dulu klu bgurau dgn bdk2 kecik.. pandai dia simpan kuku.. tido atas peyut ibu ??smpai baby keluar. Tp klu org dewasa bgurau dgn dia.. kdg2 keluar kuku gak la
firasiskandar Abg long ni garang tp penyayang kannn….?
vegetaluvbulma Jibu sebenarnya adalah dokter pkar puan kalau dalam keluarga kucing
mrscebolton Naluri binatang ada deria yg lebih. Selamat menjaga adik-adik ya Jibu. Jgn pilih kasih pulak.?
Bagi anda yang suka makan kuih Puteri Ayu mesti teringin untuk mencuba membuatnya sendiri. Namun bila ada yang pertama kali mencuba, berasa kecewa pula bila kuih yang dimasak tak berapa cantik hasilnya. Apatah lagi saat keluarkan kuih daripada bekas, terkadang berterabur bahagian kelapa.
Tidak mahu itu yang terjadi, wanita ini kongsikan resipi dan tip yang boleh dipraktikkan untuk menyediakan kuih Puteri Ayu ini lebih mudah dan cantik.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
“Saya buat 6 adunan 320++pcs. Saya buat stok untuk di frozen. Kalau adunan elok naik gebu memang dapat banyak. Start buat pukul 2.30 petang sebelum magrib tadi siap.”
1.Mix sampai gebu memang nampak warna hijau pekat nanti bila dah gebu dia akan jadi warna hijau cair.
2. Bila sudah sebati dan gebu dia akan jadi macam ni pastikan adunan tersebut bila kita angkat dia jatuh lambat. Itu tandanya dia dah gebu.
3. Masuk sikit demi sedikit tepung dan 3 cawan susu cair. Tapi sebelum mix bahan-bahan yang dekat atas tadi tu..ayak kan 6 cawan metrik tepung gandum bersama 3 sudu kecil baking powder
4. Bila sudah masukkan tepung dan susu cair mix sebati. Bila adunan dh macam dalam video ni cnfirm kejadiannya kuih akan gebu.
5. Sebelum itu, acuan mesti sapu dengan minyak masak. 1 1/2kg kelapa parut bahagian putih sahaja tambah garam secukup rasa dan tepung pulut, tepung pulut 2 fungsinya sebagai gam supaya kelapanya tak terburai bila dah masak dan kita keluarkan dari acuan.
6. Masukkan adunan ke dalam paping bag senang nak letak dalam acuan. Saya beli paping bag saiz XL senang besar boleh letak banyak adunan.
Ekstra Tip : Pastikan air kukusan sudah menggelegak baru masukkan kuih. Masa mengukus api kena sedang tak boleh besar, kalau besar nanti kuih merekah. Ni saya kukus dalam 7 ke 10min.
Tip Keluarkan Kuih Dari Acuan
Picit-picit keliling acuan biar dia merenggang supaya senang nak keluarkan.
Bila ditekan dia kembali ke bentuk asal tandanya dia gebu macam span.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Tidak dinafikan anak-anak adalah cerminan diri kita. Segala perbuatan kita akan menjadi ikutan anak-anak.
Lantaran itu, ibu bapa perlu menjaga tingkah laku supaya perbuatan anak-anak lebih positif terutama anak-anak yang masih kecil.
Ikuti perkongsian ini untuk renungan kita bersama bergelar ibu bapa.
Anak kita adalah cermin diri kita……..
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.
Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.
Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
5 TIP IBU BAPA KENA BUAT
Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. BELIAN KASIH SAYANG
Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.
Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2.LUANGKAN MASA
Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. ‘TUNGGU SEBENTAR BOLEH’
Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. FAHAMI PERSONALITI ANAK
Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.
5. SIKAP POSITIF ANAK
Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.
Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.
Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.
Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.
Sumber: FB Anak-Anak Amanah Allah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumahtangga bahagia adalah idaman setiap pasangan suami isteri. Namun kadang kala, kesibukan rutin harian dan kerjaya menjadikan hubungan suami isteri renggang. Biarpun perkahwinan itu sudah lama atau baru, sudah mempunyai cahayamata atau belum, rumahtangga itu tetap perlukan hubungan yang mesra agar cinta antara pasangan sentiasa mekar dan bahagia.
Dalam tempoh PKP, mungkin ni lah masa untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Ikuti perkongsian ini yang bermanfaat ini.
Kepada pasangan yang belum dikurniakan anak, PKP boleh menjadi satu pengalaman yang sangat menggembirakan atau sangat sunyi.
Saya senaraikan perkara yang perlu dielakkan untuk menghindari keadaan sunyi dan bosan ketika PKP.
1. Banyakkan berkomunikasi.
– Inilah masanya untuk anda selami hati budi pasangan. Kenal pasangan dengan lebih mendalam dan cuba buat apa yang pasangan suka.
2. Jangan asyik dengan telefon sehingga mengabaikan pasangan.
– Perlu ingat, si dia tiada orang lain selain anda. Tak semua orang minat untuk habiskan berjam-jam di hadapan telefon. Perlu layan pasangan supaya dia tidak rasa dipinggirkan.
3. Lakukan sesuatu bersama.
– Memasak, mengemas dan menghias adalah antara perkara yang boleh dilakukan bersama. Boleh cuba belajar dan buat bersama hobi pasangan. Dari sini, dapat memupuk semangat kerjasama dan menjadikan perhubungan lebih rapat.
4. Jangan terlalu serius, penuhi suasana rumah dengan kegembiraan.
– Bergurau dan bermesralah dengan pasangan. Si dia tiada orang lain untuk bergurau dan bermain. Jadilah “pasangan” dan bukannya “orang asing” semasa di rumah.
5. Solat berjemaah sentiasa.
– Jadilah Imam kepada makmum anda di rumah. Pupuk semangat kerohanian dengan solat bersama.
6. Jangan bermain game secara berlebihan.
– Bermain game itu tidak salah, tetapi jika ia telah mula mencuri masa dengan pasangan, itu tandanya anda sudah ketagih dan mengutamakan game dari pasangan.
7. Jangan layan mesej berbaur lucah di group whatsapp.
– Hormati pasangan anda. Jangan penuhkan masa PKP dengan maksiat dan zina mata. Kepada yang sering berkongsi benda sebegini, insaflah. Berhenti buat benda bodoh sebegitu.
8. Jangan amalkan makan berasingan.
– Makanlah bersama, berbuallah semasa makan, suap menyuap dan memuji masakan pasangan boleh mecambahkan keharmonian rumah tangga.
9. Peluk pasangan sebanyak mungkin.
– Mungkin ada yang tidak faham, sebenarnya pasangan anda sangat sunyi tanpa anak. Mungkin dia jarang tunjukkan reaksi itu, tetapi percayalah yang dia memerlukan belaian, kasih sayang dan tempat untuk meluahkan kasih sayangnya sendiri.
10. Guna masa PKP ini untuk bersama sekerap yang boleh.
– Ikhtiar itu datang dari anda. Cubalah, jangan putus asa. Jangan anggap benda ini remeh. Berusahalah bersama dan hiasi ia dengan penuh cinta dan kemanisan. Saya cadangkan anda mandi bersama dan amalkan pillow talk di malam hari.
Saya doakan kehidupan anda semua dilimpahi dengan kasih sayang dan dikurniakan rezeki zuriat yang sihat walafiat.
Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai pasangan “berdua” yang tidak berasa sunyi dan bosan serta makan hati.
Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...