Tak Payah Rendam Lama, Gigih Sental Kuali Berkerak. Ikut Step Ni Pasti Menjadi!

Share

Selalu kalau masak sesuatu yang ada kerak, nak menunggu kerak tu kembang dek rendam dengan air memang lambat lah! Kalau nak tonyoh dengan besi basuh pinggan tu pula, rosak plus sakit tangan dibuatnya.

Alamatnya, kena lah cari cara lain kan? Haaa apa kata cuba cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok ini, nampak macam senang je caranya. Yang pasti tak perlu tunggu lama nak basuh kuali nanti. Jom cuba!

Dah tak payah menyakitkan tangan menyental kuali. Jamin kilat ✨ 😍 Siapa pakai nonstick tu silakan.. ni untuk kuali kampung ye 🙈

1. Letak air ikut berapa banyak kerak yang ada.

2. Letak 1 sudu besar serbuk sabun baju.

3. Nyalakan api dan biarkan ia merebus.

4. Selepas beberapa minit, tapiskan air tersebut. Anda akan lihat kerak yang banyak telah hilang dan hanya tinggal sedikit sisa kerak itu.

5. Cuci macam biasa menggunakan span basuh pinggan dan kuali anda kelihatan berkilat seperti baru dibeli.

Mudah sajakan. Jadi lepas ni tak payah pening-pening untuk hilangkan kerak tersebut. Selamat mencuba.

@julespitch Dah tak payah menyakitkan tangan menyental kuali. Jamin kilat ✨ 😍 Siapa pakai nonstick tu silakan.. ni untuk kuali kampung ye 🙈 #tipsdapur
#fypdongggggggg #fypシ ♬ CUFF IT – Beyoncé

Sumber : @julespitch

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

 

IKLAN