Bila dah duduk rumah ni, macam-macam benda teringin nak makan, cuma rajin ke malas je nak buat!
Haaa yang mana tengah rajin tu, jom cuba buat takoyaki sendiri kat rumah! Senang je uolss, tak payah guna acuan bulat-bulat tu pun! Buat bulat sendiri je. Haaa tunggu apa lagi, jom cuba buat makan petang ni guna resipi dari Wan Muhammad Hafiz Satar ni!
Bekal anak pagi ni baba buatkan TAKOYAKI versi MELAYU 😂😂😂. Memandangkan baba takde acuan utk masak tako ni.. jadi kenalah kreatif. So baba buat ikut resepi CUCUR VIRAL. Alhamdulillah menjadi jugak. bleh makan sepuas²nya.
RESIPI TAKOYAKI VERSI MELAYU
Bahan-bahan adunan :-
1 cawan air panas didih
1 cawan tepung gandum
1 sudu gula
Secubit garam
Bahan-bahan sos :-
Ads
Kicap
Gula
Air
Tepung jagung
*Panaskan Kicap manis + gula & air.. pastu tambah tempung jagung utk pekatkan sos. sos kena manis baru sedap.
Bahan-bahan tambahan :-
Kobis (cincang halus)
Daun sup (cincang halus)
Cili merah (cincang halus)
Sosej (potong kecil)
Sotong (potong kecil)
Isi ketam (potong kecil)
Ads
Cara-caranya :-
1. Campurkan semua bahan adunan ke dalam bekas, gaul sebati.
2. Kemudian, masukkan sekali bersama bahan tambahan kobis, daun sup dan cili. Gaul sebati bahan tersebut.
Ads
3. Ambil adunan tadi dalam portion yang kita inginkan, letakkan isi sotong, sosej atau ketam yang telah kita potong kecil di bahagian tengah. Bulatkan.
4. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Sedia untuk dihidang!
Untuk hiasan:
saya tabur daun sup dgn bawang goreng.. bonito xde kat rumah. hehehe
Selalu kalau masak kari atau sambal tumis, mesti teringat cicah lempeng pun sedap kan? Bertambah sedap kalau lempeng tu, lempeng kelapa. Lemak lembut lempeng tu bergandingan dengan kuah tadi memang marbeles!
Nak buat lempeng kelapa, ada caranya untuk dapatkan yang berlemak lembut dan manis. Petuanya iaitu jangan kedekut nak letak kelapa dalam adunan! Barulah terasa kelapanya, ye dak?
Nak cuba? Ikut saja resipi penuh di bawah yang dikongsikan oleh Jejaka Brownies.
RESIPI LEMPENG KELAPA PARUT LEMAK MANIS
Bahan-bahannya:
Kelapa parut 250gm
Tepung gandum 500gm
Baking powder 5gm
Garam 1 sudu kecil
Gula 150gm (boleh tambah)
Telur 2 biji (optional)
Air biasa (sukatan agak-agak)
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali air dan campurkan bagi serata. Akhir sekali baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit likat (cair sedikit dari adunan cekodok).
2. Setelah adunan siap, panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali. Bila kuali dah panas kecilkan api lalu masukkan adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu.
3. Tunggu bahagian bawah menjadi sedikit perang, bolehlah terbalikkan.
4. Siap, selamat mencuba!
Petua: Jangan kedekut kelapa parut barulah lempeng jadi sedap dan berlemak
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tengok sahaja gambar Popia Reben Viral ini pasti kita rasa teruja, inikan pula anak-anak kita. Popia berbentuk kipas atau reben ini sebenarnya dihasilkan tanpa resipi tetapi sebaliknya hanya gunakan dua bahan sahaja. Wow hebat!
Kalau bahannya hanya dua, dah tentulah kosnya pun sedikit sahaja. Sambil sediakan makan tengahari, boleh suruh anak-anak buat reben berbentuk kipas ni.
Menurut pemilik popia viral ini, Zura Zul yang berkongsi di grup Makan Apa Hari Ni (MAHN), resipi popia reben ini memang simple nak disediakan tetapi sedikit renyah. Maklumlah nak bentukkan kulit popia menjadi kipas, tentu ambil sedikit masa. Jom cuba cara yang dikongsikannya.
Simple..tapi sedikit renyah nak buat Popia Riben/bunga. Anak-anak memang suka. Laju jer deme makan..☺
Bahan:
Kulit popia
Sosej
Caranya:
1. Potong sosej. Potong agak-agak, tak nipis tak tebal.
2. Ambil straw besar dan tekap pada sosej. Buatkan lubang seperti dalam gambar.
3. Pilih kulit popia saiz kecil dan potong dua.
4. Lipat dan buat macam kipas.
5. Ambil sosej tadi dan masukkan di bahagian tengah kulit popia. Kembangkan dan jadikan bentuk kipas.
6. Panaskan minyak dan goreng kekuningan. Boleh cicah dengan sos cili, makan begitu saja pun sedap. Rangup.
Selamat mencuba.
Sumber: Zura Zul
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nasi Ayam Geprek memang menjadi kegemaran ramai. Hidangan yang enak dengan ayam goreng rangup, nasi serta sambal. Biasanya hidangan ini dibeli di kedai. Namun sejak PKP ramai yang tidak berpeluang menjamah hidangan ini.
Tapi bagi yang nak mencuba masakan ini boleh cuba buat di rumah. Ikuti resipi dikongsi oleh puan Zara Latif boleh cuba untuk hidangan keluarga.
Ingat tak post nasi geprek talam yang saya bagi kat jiran² beberapa hari yang lepas. Terima kasih atas doa dari semua ya, say
Bolehhh, sebenarnya sambal tu saa tak mampu nak balas satu satu. Ada yang mintak resepi sambal.ya buat niaga. Alhamdulillah customer repeat order.
Saya bagi resepi sambal geprek desik saya dan bonus resepi lengkap nasi yang biasa saya buat.
Saya halalkan, mana yg nak buat niaga pun sy tak kisah. Semoga resepi ni bermanfaat untuk semua ya.
Ni resepi ikut selera sy ya. Sebelum ni pernah jugak beberapa kali cuba makan nasi geprek/penyet kat kedai. Banyak versi resepi. Ada yg goreng ayam berempah letak jintan dan biji ketumbar.
Tapi tak kena selera sy bila letak biji ketumbar. Jadi, sy olah resepi paling mudah dan hasilnya rasa yg ringan ikut selera sy.
Resepi nasi ayam geprek/penyet (jumlah bahan agak2 je tau) Seekor ayam di potong kepada empat bahagian. Di cuci bersih Bahan² untuk rebusan ayam -kiub pati ayam -garam kasar -hirisan halia, lebihkan sbb nak hilangkan rasa hanyir ayam -hirisan lengkuas -bawang putih di ketuk shj =rebus ayam sehingga masak sepenuhnya, nanti nak goreng senang tak perlu lama² sbb isi ayam dah masak. =angkat dan toskan ayam =air rebusan ayam tu boleh guna untuk kuah sup dan masak nasi. =untuk nasi hanya gunakan air rebusan ayam, tak perlu tambah bahan lain/nak guna nasi putih pun boleh, atas selera masing² =untuk kuah sup, hanya tambahkan daun sup, bawang merah dan perasakan sekali lagi hingga secukup rasa. Didihkan seperti biasa.
Bahan perapan ayam. -tepung jagung -tepung beras/lebihkan tepung beras ya -1 biji telor -sedikit garam, sbb masa rebus ayam kita dah letak garam. -serbuk kunyit -maggi cukup rasa(optional) -air rebusan ayam =kacau sebati, perapan ni jangan pekat sangat, biar dia cair2 je. =perap ayam sekejap dan boleh di goreng seperti biasa. =perapan tu boleh guna untuk tempe jugak. Celup² tempe dan goreng.
Bahan lain -kobis -terung(goreng kosong je tak perlu letak apa² perasa) -tauhu putih yg fresh tu, potong 4 dan goreng/nak celup tepung boleh, taknak pun boleh. -timun
Sambal geprek paling ringkas
Bahan-bahan – 20 cili api hijau kecik dan 10biji cili merah kecik* – 1 biji bawang besar* – 5 ulas bawang putih* – 1 biji tomato* (kalau nak sambal masam, lebihkan tomato ya) – gula + garam + ajinomoto – belacan sebesar ibu jari je = kisar kasar bahan yang bertanda *
Kalau nak kisar kering boleh, kisar letak air pun boleh. Cuma kalau kisar letak air, lepas kisar tapis buang air ya. Sambal cepat masak kalau tapis buang air.
Langkah-langkah 1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan yang telah di kisar. Kena lebihkan minyak masa menumis. 2. Masukkan gula + garam + ajinomoto + belacan 3. Tumis sehingga pecah minyak dan sambal kering. 4. Dah siap dan boleh di makan bersama ayam goreng atau ikan goreng. Conpem bertambah nasi. =boleh masak banyak² untuk jadikan stok sambal ni. Kalau nak masak banyak, kena tumis lama sikit dan betul2 pecah minyak lah. Sesuai jadikan pes asam pedas, ikan sumbat, nasi/mee/bihun goreng dan masakan yg sesuai dengannya. =boleh simpan dlm peti untuk tahan lebih lama =cara pengambilan kena betul2 bersih untuk sambal tahan lama =isi sambal dlm botol/bekas yg kering. Nak ambik sambal guna sudu yg kering dan bersih. =sambal yg dah di kuarkan, jangan diisi ke dalam bekas sambal tu semula. Nak makan, ambik secukupnya je, maka takdelah terjadinya lebihan sambal.
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.