Selalu kalau masak kari atau sambal tumis, mesti teringat cicah lempeng pun sedap kan? Bertambah sedap kalau lempeng tu, lempeng kelapa. Lemak lembut lempeng tu bergandingan dengan kuah tadi memang marbeles!
Nak buat lempeng kelapa, ada caranya untuk dapatkan yang berlemak lembut dan manis. Petuanya iaitu jangan kedekut nak letak kelapa dalam adunan! Barulah terasa kelapanya, ye dak?
Nak cuba? Ikut saja resipi penuh di bawah yang dikongsikan oleh Jejaka Brownies.
RESIPI LEMPENG KELAPA PARUT LEMAK MANIS
Bahan-bahannya:
Ads
Kelapa parut 250gm
Tepung gandum 500gm
Baking powder 5gm
Garam 1 sudu kecil
Gula 150gm (boleh tambah)
Telur 2 biji (optional)
Air biasa (sukatan agak-agak)
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali air dan campurkan bagi serata. Akhir sekali baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit likat (cair sedikit dari adunan cekodok).
Ads
2. Setelah adunan siap, panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali. Bila kuali dah panas kecilkan api lalu masukkan adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu.
3. Tunggu bahagian bawah menjadi sedikit perang, bolehlah terbalikkan.
4. Siap, selamat mencuba!
Ads
Petua: Jangan kedekut kelapa parut barulah lempeng jadi sedap dan berlemak
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat cekodok memanglah mudah sahaja bahan dan cara memasaknya. Pun begitu, ada sahaja yang kecewa menyediakan menu cekodok ini bila hasilnya tidak bulat bentuknya. Jadi apa kata mencungkil rahsia untuk mendapatkan adunan yang sempurna dan elok bentuknya, anda cuba resipi yang dikongsikan oleh Akma Razali ini.
“Nak share resepi buat cekodok pisang paling simple. Uma mantuhak (ibu mertua) saya ajar, dah jadi kesukaan saya & anak2, masa panas tekstur nya rangup di luar & sangat lembut di dalam, dah sejuk pon lembut sedap di makan.”
Bahan-Bahan
16 biji Pisang Emas 3 senduk nasi tepung beras cap bunga teratai. 2 sudu tepung goreng pisang adabi (kat pic saya guna jenama lain sebab dah habis kat kedai yang adabi) Secubit garam.
Nota: Saya tak letak gula sebab pisang emas dah manis, kalau nak letak pun boleh, terpulang pada citarasa masing-masing.
Cara penyediaannya
2. Kemudian lenyek dan tambahkan secubit garam.
3. Senduk tepung beras dan 2 sudu tepung goreng adabi (saya suka yang adabi sebab wangi) tapi sudah habis dekat kedai, saya pakai yang ada sahaja.
4. Gaul rata dengan menggunakan tangan.
5. Basahkan tangan lepastu jemput kan bulat-bulat ke dalam kuali yang dipanaskan minyak tadi
6. Kaub balik dengan senduk.
7. Setelah berumah warna seperti ini, boleh angkat.
teringin sangat nak makan pizza, tapi malas nak keluar rumah dan cari di kedai. Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri je. Pilih resipi yang mudah je dan tak mengambil masa yang lama. Cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ummul Alifah Salim iaitu ‘Pizza Gunting’ beliau yang memang ‘laku keras’ apabila diniagakan. Menurutnya, resipi ini memang ramai yang minta resepi ini. Ia sangat mudah untuk anda buat di rumah. Cuma guna roti sebagai bahan asasnya, senang sangat!
PIZZA GUNTING Tiap kali buat,memang laku keras,ramai jugak yg minta resepi ni..meh sini,sy share kt korang,senang sgt buatnya..mari2x tgk resepinya,sangat sesuai utk yg nk mkn pizza,tp malas nk uli doh,guna roti gunting-gunting je……selamat mencoba 🙂 Telur sila tmbah lg kalau nak pizza yg lebih moist & kenyal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pulang daripada kerja, pasti badan terasa penat dan mula rasa malas nak masak. Tapi demi keluarga terpaksa digagahkan juga memasak buat mereka. Sebab itu para isteri sentiasa tercari-cari cara untuk memudahkan kerja dan memendekkan masa memasak.
Prihatin dengan masalah ini Rajenaz Nazira menerusi akaun Facebooknya berkongsi tip untuk membantu ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah di luar sana menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak. Mengikut caranya menu untuk keluarga dapat dihidang paling lama 30 minit. Ikuti perkongsiannya.
Tips 1 : Pengasingan lauk
Semua ayam, udang, sotong siang dan basuh siap-siap kecuali ikan. Jangan basuh ikan, siang sahaja, kalau basuh ikan kemudian anda bekukan ia akan cepat rosak.
Lagi satu, jangan asingkan mengikut jenis sahaja tetapi asingkan mengikut kuantiti sekali masak. Kalau sekali masak perlu 4-5 ekor ikan, asingkan dalam bekas dengan kuantiti tersebut. Jangan simpan semua lauk dalam satu bekas sebab selepas defrost kan lauk sebaik- baiknya terus masak. Jangan re-frost lagi. Sebab itu mengundang toksik.
Tips 2: Simpan dalam bekas bahan memasak
Gunakan bekas yang transparent untuk anda kenal pasti kandungannya. Sebaik- baiknya label bahan tersebut untuk menjimatkan masa anda untuk mencari bahan mana yang diperlukan.
Pengasingan semua bahan-bahan memasak ini penting bagi mengekalkan kualiti dan memanjangkan tempoh ketahanan.
Tips 3 : Kopek bawang
Sabtu atau Ahad kopek (buang kulit/kupas) bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Ingat ya, bawang merah dan bawang besar ni bersifat penyerap bakteria sebab itu kita boleh gunakan sebagai alternatif untuk merawat demam panas dan selesema.
Jadi kalau kopek kulit kena terus masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais. Apabila nak masak ambil ikut keperluan sama ada untuk tumbuk atau hiris. Tidak payah buang masa nak kopek. Kerja mengopek bawang ini sebenarya melambatkan proses memasak.
Tips 4 : Tumis Cili
Cili kisar ini penting. Menumis cili kisar ini memang leceh. Sebab apa? Kalau menumis habislah dinding dapur merecik. Satu hal nak lap kan. Menumis cili mesti kena betul-betul masak baru boleh hasilkan masakan yang sedap.. Jadi , itu mengambil masa yang panjang. Jadi, siapkan cili kisar yang sudah siap tumis.
Kisar cili dan tumis untuk kuantiti seminggu (agak-agak dengan pelan memasak kita). Selepas tumis, sudah terbit minyak, sejukkan, bekaskan kemudian simpan dalam peti ais. Kalau diletakkan bahagian bawah paling lama boleh simpan seminggu sahaja.
Kalau cili tu banyak simpanlah di bahagian freezer, tahan sampai 3 bulan. Apabila nak masak. Ambil cili yang siap bertumis itu. Mudah dan cepat kan.
Tips 5 : Basuh dan rendam sayur dengan garam
Sayur-sayuran jenis cepat layu dan rosak. Apa yang kita boleh buat, lepas beli, basuh sayur dan rendam dengan air garam dalam 5 minit untuk melanjutkan tempoh kesegaran sayur-sayur tersebut. Kemudian, toskan lalu masukkan ke dalam bekas. Apabila nak masak barulah ambil. Kaedah ini boleh menjimatkan. Tidak perlu beli sayur setiap hari.
Tips 6 : Senaraikan menu masakan
Tip ini paling penting, sebelum masak kena senaraikan apa menu untuk seminggu dan tampal pada peti ais atau catat pada telefon bimbit. Kaedah ini dapat mengelakkan anda membuang masa memikirkan apa menu yang ingin dimasak.
7. Ikut turutan yang betul
Ketika mahu memasak, periksa senarai menu dan buat pilihan. Untuk yang bekerja, buka sahaja pintu rumah, jangan tanggalkan tudung dan tukar baju. Ambil lauk yang ingin dimasak dan defrost terlebih dahulu dan kemudian masak nasi. Dua perkara ini yang paling mengambil masa. Setelah itu, barulah boleh mula memasak.
Dengan tip ini Puan Rajenaz mampu menyediakan Sup Sayur dengan fish cake untuk anak-anak dan Ayam Masak Kicap Cili Kering dalam masa lebih kurang 20 minit.
Jika mahu menjimatkan masa, bolehlah cuba tip ini. Confirm 30 minit siap hidangan anda dan sinki pun siap bersih sekali.
Jom Cuba…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di