Tak Perlu Beli, Buat Sendiri Sos Guna Tomato Fresh. Ini Cara Paling Senang, Lengkap Dengan Resipi Sos Spageti!

Share

Ini adalah perkongsian resepi paling mudah dan ekspres untuk anda buat sos spaghetti menggunakan tomato segar.

Tak payah nak guna sos tomato dalam tin lagi, Jimat dan juga dapat elak dari makanan yang diproses. ini cara buat sos tomato yang dikongsikan oleh puan Zurina Zulkefli

.
Selamat mencuba!

Saya kongsi di sini ya kot ada yg teringin nak makan spaghetti tapi tak guna sos dalam tin. Saya guna tomato segar untuk dimakan bersama spaghetti. Walaupun rasa dia tak sepekat dan semasam Prego tapi masih sedap dimakan.
Resepi boleh rujuk setiap gambar ya.

Cara membuat:


Lima biji tomato segar dan merah ranum. Bahagian luar dihiris nipis untuk memudahkan proses menanggalkan kulit.

Kemudian rebus sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.Kemudian tomato tadi ditapis untuk mendapat pes tanpa biji.Okay, ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti.Jadi, masak macam biasa. Tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.Akhir sekali boleh masukkan spaghetti yg telah direbus. Kacau sebati.


Siap.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub

IKLAN