Nasi sememangnya adalah makanan ruji kita setiap hari. Boleh jadi gelisah rasanya kalau tak ambil nasi sehari. Cukup sehari sekali sudah memadai untuk kita. Pun begitu ada yang cuba mengehadkan lagi pengambilan nasi untuk berdiet.
Sebenarnya kalau hendak berdiet dengan nasi pun kena ilmu mengenai jenis-jenis beras. Sama seperti roti yang mempunyai Glycemic Index (GI), beras juga harus diperiksa kadar GI nya untuk memastikan kita sentiasa sihat makan nasi setiap hari.
Berikut merupakan perkongsian yang dikongsikan oleh Dr Malinda Health & Beauty Academy di facebooknya. Jom tambah ilmu sama-sama. Bolehlah kawal pemakanan
anak-anak kita, tak kurang juga boleh berdiet.
BERAS YANG MANA BAGUS KALU NAK SIHAT?
Ramai yang bertanya ‘Kenapa banyak roti, mee, beras dan makanan yang tidak dilabel dengan Glycemic Index?’ Memang banyak yang belum lagi dilabel. Kita kena cari mencari inisiatif untuk mencari nilai GI untuk makanan tersebut.
Tapi hari ni saya nak kongsikan tentang beras. Saya faham dengan ‘nature’ kita di Malaysia yang sinonim dengan nasi. Jika anda perhatikan pada label beras yang dijual, memang banyak yang tiada label GI. Kalu semua dilabel, rasanya mungkin sales akan merudum. May be..hihi 🙂
Istimewa untuk anda semua, saya akan kongsikan nilai GI beberapa jenis beras yang biasa kita makan. Ingat untuk sihat, kita perlu pilih beras yang rendah GI.
Ingat skala yang saya kongsikan sebelum ni?
Ads
GI Tinggi : 70-100
GI Sederhana : 56 – 69
GI Rendah : 0 – 55
Jika nilai GI = 100, ini bermakna gula dalam darah akan meningkat sama seperti ‘pure glucose’ atau minum air gula. Tetapi jangan terperanjat kerana ada beberapa jenis makanan yang mempunyai nilai GI lebih tinggi dari gula! Tak percaya? Cuba lihat senarai yang saya berikan nanti.
Nak sihat? Mantra mudah yang saya selalu kongsikan : ‘Gula Meningkat, Insulin Meningkat dan Lemak akan Terperangkap!’. So kita kena jadi pengguna yang lebih bijak dalam memilih, mahal sikit tak apa, sebab kalu sakit nanti lagi mahal harganya!
Senarai dibawah adalah antara nilai yang saya perolehi dari data Glycemic Index dari University Of Sydney, Australia.
Ads
Beras Pulut : Glutinous rice, white, cooked in rice cooker (Bangkok, Thailand): GI 94
Beras Jasmine: Jasmine rice, white, cooked in rice cooker (Golden World Foods, Bangkok, Thailand): GI 109
Beras Hancur : Broken rice, white : GI 86
Beras Basmati : Basmati, white rice, boiled, (Product of Pakistan): GI 59
Beras Merah : Red Raw rice, Sri Lankan : GI 59
Beras Perang : Low GI Brown Long Grain rice, GI :54
Ads
Parboiled rice: GI 46
Cuba tengok apakah beras yang anda gunakan dirumah?
Saya personally bila ada clients yang mengatakan bahawa semua anak-anak mereka bulat (tidak terkecuali ibu dan ayah anak-anak tersebut..hihi), antara soalan yang saya akan tanya ialah ‘Beras apa yang anda sekeluarga makan?’
To my suprise, kebanyakkan keluarga ini mempunyai kegemaran yang sama iaitu memberi beras-beras yang sangat sedap, beras yang mereka import special dari negara jiran! haha.. Binggo!
Cuba lihat GI indeks bagi beras-beras tersebut. Kesannya lebih teruk dari minum air gula! No wonder gula dalam darah meningkat, insulin meningkat dan semuanya bulat!
Jom lakukan sedikit perubahan. Pilih beras dengan nilai yang lebih rendah untuk lebih slim dan lebih sihat. In shaa Allah.
Menerima ujian disahkan diri positif covid-19 dan turut dialami oleh ibu dan ayah yang telah berusia, tentunya merupakan ujian yang berat untuk diterima. Tidak dengan itu, belum pun surut rasa bebanan yang ditanggung, kini ibu dan ayah pula telah kembali ke negeri abadi.
“Mereka dah janji nak sehidup semati, tak sangka akhirnya mereka ‘pergi’ bersama,” luah Zuriyani Ramli, sayu bercerita tentang ibu dan bapanya yang meninggal dunia akibat COVID-19 masing-masing pada Jumaat dan semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sik, Kedah.
Menurut sumber, Zuriyani, 42, yang turut disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital sama berasa terkilan apabila tidak dapat menatap wajah ibunya, Salmah Shariff, 74, buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital untuk dikebumikan.
Namun, suri rumah itu tetap bersyukur kerana bapanya Ramli Awang, 82, ditempatkan di wad sama dengannya dan sempat meluangkan masa sehingga warga emas itu pula dijemput Ilahi.
Salmah Shariff (kiri) dan suaminya Ramli Awang (kanan) meninggal dunia selang 24 jam selepas disahkan positif COVID-19 Jumaat lalu. – NSTP/Ihsan Zuriyani Ramli
“Kami bertiga dirawat di hospital sama dan saya duduk satu wad dengan ayah, mak pula menerima rawatan di wad kecemasan. Jadi saya tak dapat tengok mak langsung dari mula masuk hospital sampai beliau meninggal dunia pukul 11.50 malam hari Jumaat lepas.
“Ayah duduk satu wad dengan saya dan kami sempat baca Yassin sama-sama. Malah, semasa ayah nazak saya sempat ajar ayah mengucap dan beliau menghembuskan nafas terakhir depan mata saya pada pukul 12.05 tengah malam semalam,” kata Zuriyani dalam nada sebak ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Zuriyani yang tinggal di Kampung Kota Bukit, Jeneri, di sini bersama suami dan lima anaknya berusia antara enam hingga 20 tahun berkata, bapanya yang menghidap strok tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu sebelum ibunya menyusul beberapa minggu kemudian.
“Sebelum ini ayah dan mak tinggal di rumah mereka di Kampung Batu 9, Gurun, bersama seorang lagi adik lelaki saya yang belum berkahwin. Saya bawa ayah duduk dengan saya sebab nak jaga dia dan mak pun ikut sekali selepas itu,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai jangkitan COVID-19, Zuriyani berkata beliau tidak pasti siapa yang pertama dijangkiti dahulu, namun penyakit itu mula dikesan pada dirinya.
Zuriyani berkata sebelum disahkan positif COVID-19, dia mengalami demam dan batuk selama seminggu dan beransur pulih, namun memutuskan untuk ke hospital bagi mendapatkan ubat batuk pada Jumaat lepas.
“Di hospital, doktor kata saya perlu buat ujian calitan. Apabila tahu saya positif COVID-19 saya terus telefon adik lelaki saya suruh bawa ayah ke hospital, sebab ayah juga beberapa hari sudah demam dan sejak itu tak boleh bercakap. Mak pula batuk-batuk tapi ingatkan batuk biasa sebab usia tua,” katanya.
Wanita itu berkata selepas bapanya disahkan positif COVID-19 pihak hospital mengambil ibunya di rumah yang kemudian turut disahkan positif dan dimasukkan ke wad kecemasan disebabkan keadaannya yang agak lemah.
“Saya tak sangka mereka positif. Saya ingat ayah yang kritikal sebab ada strok, tapi tak sangka mak yang pergi dulu sebelum ayah. Saya tak tahu kena jangkitan dari mana sebab saya tidak pergi ke mana-mana, rutin harian saya jaga mak ayah dan masak untuk mereka sahaja,” katanya.
Zuriyani berkata suami dan lima anaknya turut menjalani ujian saringan COVID-19, namun keputusannya belum dimaklumkan dan berharap mereka bebas jangkitan.
“Sebelum ini, ayah ada cakap yang dia nak beraya (Hari Raya Aidiladha) dengan saya sekeluarga, malangnya tak kesampaian. Ayah juga selalu pesan agar jangan tinggal sembahyang,” katanya yang turut memberitahu jenazah ibu dan bapanya dikebumikan di tanah perkuburan di kampung mereka.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi berkata pasangan suami isteri warga emas itu dimasukkan ke Hospital Sik pada Jumaat lepas dengan gejala jangkitan salur pernafasan dan kematian adalah akibat pneumonia COVID-19.
Manusia memang tidak lepas daripada menghadapi masalah. Ia termasuk masalah rumahtangga, tempat kerja, pembelajaran dan sebagainya.
Masalah ini jika dibiarkan akan makan diri hingga boleh menjejaskan kehidupan pribadi kita.
Dengan kita mudah, akibat terlalu berfikir ia akan memberi kesan kepada tekanan, gelisah dan sebagainya. Malah jika dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh mengakibatkan tekanan perasaan, malah boleh membawa maut tanpa sedar.
Sebagaimana perkongsian Pakar Terapi, Dr Norzi Malek, masalah tekanan ini boleh diatasi dengan menggunakan kaedah Brain Dump iaitu cara untuk tenangkan minda. Nak tahu lebih lanjut ikuti penjelasannya.
#Part1 Jika kalian selalu over thinking, ada Anxiety, Depression, Panic Attack, stress atau lost di dalam kehidupan harian, saya akan cadangkan kaedah Brain Dump untuk meringankan fikiran (Declutter your mind and thought). 1. Brain Dump adalah kaedah yang sangat mudah untuk clearkan minda kita, dan menguruskan pemikiran serta otak kita. 2. Brain Dump sangat membantu dalam meningkatkan fokus pada perkara penting yang perlu dilakukan. 3. Teknik ini sangat berkesan untuk mencegah Panic Attack, Anxiety, Depression serta mengurangkan keserabutan hidup kita. 4. Yang paling penting, Brain Dump sangat membantu dalam menguruskan masa kita dengan lebih berkualiti serta mengurangkan over thinking. 5. Ini bermaksud, aktiviti ini dapat membantu kita menjadi orang yang lebih tenang dan produktif.
Buat aktiviti Brain Dump
6. Bahan yang diperlukan untuk aktiviti Brain Dump adalah sebuah Notebook, sebatang pen, highlight atau sehelai kertas jika kalian tidak mahu menggunakan notebook.
7. Tuliskan setiap perkara yang berlegar di dalam fikiran kita sekarang. – Apa yang sedang kita risaukan? – Apa yang kerap kita terlupa? – Apa yang ingin sekali kita lakukan? – Apa aktiviti yang jika kita lakukan dapat menaikkan semangat kita? – Peristiwa negatif yang mengganggu fikiran kita? – Peristiwa penting yang akan muncul (birthday, kenduri, mesyuarat). – Impian kita yang tidak terlaksana. – Aktiviti untuk mencapai impian kita. – Aktiviti harian yang perlu dilakukan segera. – Orang yang annoying hari ini. – Apa yang menganggu fikiran kita. – Apa aktiviti segera yang perlu kita lakukan tanpa tangguh. Tuliskan semuanya. 8. Biasanya saya akan cadangkan client saya untuk melakukan aktiviti ini di dalam notebook khas untuk aktiviti Brain Dump. Ini membolehkan client saya melihat kembali aktiviti Brain Dump yang lepas untuk melihat pattern pemikiran dan kenapa hari itu beliau rasa down dan serabut. 9. Dengan mempunyai Notebook Brain Dump, kalian akan dapati ada hari tertentu penuh buku catatan itu, dan ada hari tertentu hanya beberapa point sahaja. 10. Cadangan saya, kalian boleh memilih untuk melakukan secara harian atau seminggu sekali. Tetapi cadangan terbaik saya adalah kalian wajar lakukan setiap kali kalian down, serabut, stuck dengan sesuatu problem atau isu, sedang marah-marah atau emosi kurang stabil. Aktiviti Brain Dump ini sangat membantu untuk kita relakskan kembali diri kita serta menyusun hidup pada jalan yang lebih tenang.
#Part2
1. Jika kita dah rasa restless (gelisah), overwhelmed, mempunyai masalah fokus, rasa serabut, dah mula grumpy (marah-marah), rasa tak bersemangat nak jalani hidup, inilah masanya untuk kita melakukan Brain Dump.
Declutter otak kita, supaya kita dapat berfikir secara tenang dan jelas kembali.
2. Bahasa mudah, Brain Dump ini adalah proses kita memindahkan sebilangan maklumat daripada otak kita ke tempat yang lain (notebook atau kertas).
Untuk kita menilai kembali apa sebenarnya yang ada di dalam fikiran kita, menyusun kembali segala aktiviti yang perlu dilakukan dan membuang ‘sampah sarap’ serta benda yang tidak perlu ada di dalam fikiran kita.
3. Step pertama, tuliskan semua perkara yang bermain di dalam fikiran kita. Jangan membaca berulang-kali apa yang kita telah tuliskan. Senaraikan semua benda dahulu.
4. Step kedua, selepas selesai kita keluarkan dan senaraikan semua ‘benda’, susunkan mengikut pembahagian. Saya akan cadangkan guna highlight berlainan untuk setiap rumah.
Contoh senarai Brain Dump yang telah dibuat untuk step pertama. Bukan milik saya ya. Saya takkan sesekali pamerkan apa yang ada di fikiran saya untuk tatapan umum. Hahaha
– Rumahtangga
– Anak-anak
– kewangan
– Self-care
– Hobi
– Groceries
– social media
– Emosi
5. Step ketiga, pilih perkara yang penting sahaja, dan tinggalkan ‘sampah’ yang tidak perlu.
Contoh : untuk bahagian emosi, kalian boleh memilih untuk abaikan perkara-perkara yang tidak memberi manfaat.
Contoh emosi yang tidak bermanfaat :
terlalu memikirkan orang tidak suka kita, menyesali kisah lalu.
6. Bagitahu kepada diri, ‘sampah’ yang kita tinggalkan sangatlah toksik.
Akan menganggu energi hidup kita, akan membuatkan jiwa kita sakit, akan menjadikan kita lemah dan malas serta menjadikan kita seorang pendendam dan pemarah.
Jadi sampah itu wajib di buang dan di tinggalkan. Tak perlu fikir.
7. Jika ada di dalam senarai masalah emosi itu sesuatu yang memerlukan Problem Solving (perlu diselesaikan masalah itu), ambil masa bertenang dan carilah penyelesaian.
Jika tidak memerlukan tindakan Problem Solving, saya akan cadangkan kalian abaikan.
8. Step ke empat, masukkan senarai bahagian yang kita pilih sebagai list yang perlu kita siapkan. Masukkan ke dalam ‘rumah’ masing-masing.
Tengok bahagian contoh di bawah ya. Saya berikan contoh.
9. Step ke lima, mula rancang mengikut priority aktiviti mana yang mahu kita lakukan dahulu. Jangan memaksa diri melakukan semua perkara serentak.
Contohnya, untuk permulaan pilih lima task dahulu daripada senarai list yang dibuat. Selepas selesai, buat lagi lima task baru.
10. Ha.. Cuba buat aktiviti Brain Dump ini. Kalian akan rasakan hidup lebih aktif, diisi dengan perkara bermanfaat, badan akan bersemangat dan kita akan sangat gembira.
Brain Dump ini melibatkan thought, ideas dan task.
Brain Dump sangat bagus untuk clearkan minda dan pemikiran kita, menambahkan fokus, mengurangkan gejala over thinking.
Ada pepatah menyatakan, Your Brain is A Junk Drawer. Jadi, kena selalu clearkan. Buang yang tidak perlu dan susun yang baik-baik sebagai aktiviti harian kita.
Saya share percuma banyak aktiviti therapy di sini : https://t.me/norzimalek
Tahniah diucapkan buat bekas pemain pertahanan bola sepak negeri Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan dan isterinya yang menimang cahaya mata sulung mereka selepas 12 tahun menanti.