Tak Perlu Berhabis Duit, Buat Sendiri Je Wet Food Kucing Guna 3 Bahan Ni! Si Bulus Makin Sihat & Gebu

Share

Anak-anak bulus kat rumah kalau bagi makanan biasa slow je dia makan, tapi kalau bagi wet food, baru nak tuang dah menderum datang tanpa diundang! Bukan je manusia, kucing pun kalau nak sentiasa dalam keadaan sihat, kenalah jaga pemakanannya.

Nak borong wet food kat kedai pun kadangkala fikir banyak kali dek kerana sekarang ni semua barangan naik harga. Nak jimat, kenalah buat sendiri di rumah! Boleh ikut perkongsian Irene Audrey Amber. Dia menggunakan tiga bahan ini sebagai makanan tambahan untuk kucingnya untuk menggemukkan mereka.

Resepi Wet Food Kucing

Bahan-bahan:

Labu – Direbus
Isi ayam – Direbus
Kuning Telur Mentah

Cara-cara membuatnya:

Gaulkan tiga bahan ini dan beri pada kucing 2-3 kali seminggu.

Seminggu, saya akan beri makan 2-3 kali makanan ini.

Dry food tak beri yang mahal. Saya beri brand makanan Happy Cat saja. RM16/kg.

Langsung tak bagi supplement bagai. Semoga bermanfaat.

Selamat mencuba!

Sumber: Irene Audrey Amber

 

IKLAN