Ibu mana yang tak sayang anak. Sebolehnya inginkan anak menjadi apa yang diidamkan seperti berjaya dalam pelajaran, suka membaca, pengemas dan tidak bercakap kasar.

Jadi, tidak mustahil tekanan seperti ini, mak-mak akan lebih gemar membebel anak setiap hari apabila tidak menunjukkan perwatakan yang diidamkan.

Namun, bak kata perpatah, Bapa Borek Anak Rintik bermaksud akan perilaku atau perangai seorang anak itu yang sama seperti sifat serta perangai ibu dan ayahnya.

Begitulah dengan perkongsian ini, puan Adlil Rajiah yang pernah bersikap sebegitu dalam mendidik anak. Telah berubah sikap apabila menyedari bahawa formula untuk mendapat anak idaman sebenarnya tak perlu membebel tetapi hanya perlu jadi ibu bapa idaman aje. Jadi contoh buat anak-anak.

Adlil Rajiah bersama anaknya.

Benda yang paaaling banyak saya ubah pada diri sendiri sejak jadi mak—
adalah SIKAP.
.
Saya dulu pun perangai macam hawau.
Panas baran.
Tak sabar.
Degil.
Tak reti hormat orang.
Rasa diri sendiri je betul.
Tah apa-apa.
.
Tapi tahun demi tahun, saya mula perasan
anak2 ni memang nature dia—
tak makan saman.
.
Kita ajar lah macam mana pun,
kita berbuih nasihat macam mana pun,
kita bebel lah sepanjang hari pun,
kita hantar kat sekolah bagus macam mana pun,
anak2 still tak dengar cakap,
still memberontak,
still tak makan saman,
still tak jadi anak yang macam kita impikan.
.
Tapi after soooo many years baru saya sedar,
formula dia cuma satu;
KITA SENDIRI KENA JADI ORANG YANG KITA NAK ANAK JADI.
.
Anak tak perlukan nasihat.
Anak tak perlukan peraturan.
Anak tak perlukan bebelan.
Mereka cuma perlukan CONTOH.

IKLAN

FORMULA JADI IBU BAPA IDAMAN

IKLAN


.
Satu-satunya formula untuk dapat anak idaman, adalah dengan menjadi ibu bapa idaman.
.
One of my favourite mantra yang saya selalu share dalam seminar—
BE A THERMOSTAT, NOT A THERMOMETER.
.
Termometer sentiasa berubah mengikut keadaan sekeliling.

Bila keadaan sekeliling panas, suhu dia naik.
Bila keadaan sekeliling sejuk, suhu dia turun.
Dia duk berubah ikut suasana, ikut trend, ikut orang sekeliling.
.
Tapi termostat tak.
Termostat tetapkan standard, dan keadaan sekeliling akan berubah mengikut standard yg dia tetapkan.
Walau macam mana pun suhu orang sekeliling naik turun, termostat takkan ubah suhu dia.
Dia tetap maintain, sampai lama2 semua orang sekeliling ubah ikut suhu dia.
.
Itu termostat.
It sets the standard, and influences the surrounding.
.
Tipu la kalau saya kata anak saya baik macam malaikat.
Ada hari, dia memang baik.
Tapi ada juga hari, dia buat perangai mintak kaki 😂
.
There are times Haikal liat gilaa nak solat.
But before saya marah dia, I reset my solat standard first —
solat awal waktu, increase khusyuk, etc.
.
Tak lama lepas tu, i can see improvement pada Haikal dan tak susah dah nak ajak dia solat.
.
There are times Haikal banyak tengok TV dan jadi kurang kreatif.
Bila TV tak on, terus dia tak senang duduk.
Before saya hempok dia dengan remote, I reset the standard of my screen time first—
hadkan masa dengan TV/phone, rancang activities without screen, read books, read Quran, exercise, etc.
.
Tak lama lepas tu, i can see improvement pada Haikal. Bila TV tak on, dia mula capai quran, capai buku, capai lego, capai komik.
.
And there are times Haikal melawan cakap dan berkasar dengan saya.
Sebelum berkasar dan melawan dia balik, I reset my standard of handling my own anger, and be more patient first.
.
Tak lama lepas tu, Haikal mula bercakap lembut, tak cepat menjawab, mudah senyum, mudah minta maaf, etc.
.
My point is—
kita sebagai ibu bapa.
We ARE the thermostat.
We set the standard, and our children will follow accordingly.
.
But of course,
setiap progress perlukan masa.
.
Buat sehari, tak jadi apa—
sabar.
Teruskan buat hari kedua dan seterusnya.
Trust the process, and don’t lower down your standard.
.
Kita takkan dapat ubah orang lain terutama anak, melalui tekanan dan desakan.
Tapi melalui akhlak, kita pasti dapat membentuk hati si pemerhati sedikit demi sedikit.
Just be consistent in improving yourself.
.
Macam air yang menitis atas batu,
lama2 akan menghakis batu.
Bukan kerana tekanan air tu kuat,
tapi kerana konsistensi titisannya.
.
Anggap je setiap masalah yang kita hadapi dengan anak ni adalah satu peluang untuk kita capai standard yang lebih tinggi—
jadi termostat yang lebih berkualiti. 
.
Sumber: Adlil Rajiah.